1. Tujuan
e-Learning adalah Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) yang dianjurkan bersama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Universiti Teknologi Tun Abdul Razak (UNITAR). Program ini telah disarankan oleh Y. B. Dato' Seri Menteri Pertahanan di dalam beberapa mesyuarat Pengurusan yang telah diadakan dan Y.B Dato' Seri telah melancarkan program ini pada bulan Ogos 2002.
2. Latarbelakang
Program Pengajian Jarak Jauh ini adalah satu pendekatan pembelajaran yang akan memanafaatkan semua peringkat warga Kementerian Pertahanan.Pendekatan ini diambil kerana ianya akan menghasilkan generasi pelapis yang berpengetahuan dan berkemahiran terutama dibidang teknologi maklumat. Program ini juga akan memberi peluang kepada pihak tentera terutama bagi anggota lain-lain pangkat untuk meningkatkan kesiapsiagaan mereka didalam era globalisasi.Kementerian Pertahanan telah merancang membangunkan kemahiran dan kompetensi di kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selaras dengan matlamat Pelan Stategik Maklumat iaitu bagi mencapai wawasan K-KEMENTAH
3. Peringkat
- Sijil (Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Pengurusan)
- Diploma (Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Pengurusan)
- Ijazah Pertama (Ijazah Teknologi Maklumat dan Ijazah Pengurusan)
4. Bidang
Pengurusan & Pengurusan Maklumat dan Sains Komputer.
5. Calon
Calon-calon yang akan terpilih untuk menjayakan program adalah terdiri dari warga ATM iaitu Anggota Darat , Laut dan Udara.
6. Pelaksanaan
- Fasa pertama- dilaksanakan di Semenanjung Malaysia
- Fasa kedua akan dilaksanakan di Kuching, Sarawak.
7. Kemudahan Makmal
Kementerian telah menyediakan makmal komputer dengan kemudahan internet. Makmal-makmal ini telah dibangunkan mengikut zon iaitu:
- Zon utara (Alor Setar, Kedah),
- Zon Perak (Lumut, Perak),
- Zon tengah (Wisma Pertahanan dan Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur),
- Zon timur (Kuantan , Pahang) dan zon selatan (Melaka).
Penggunaan internet digunakan bagi setiap peserta sebagai media penyampaian maklumat di antara pensyarah dan peserta. Namun begitu peserta juga perlu berjumpa dengan pensyarah sekali dalam sebulan. Atas kerjasama kementerian dengan UNITAR, pengajian ini telah membekalkan courseware mengikut peringkat pengajian yang diambil.
8. Peryertaan
Sessi pengambilan pertama peserta kursus telah bermula pada Mei hingga November 2002 yang terdiri daripada peryertaan warga ATM Anggota Darat adalah 221 orang , Anggota Laut 95 orang manakala Anggota Udara adalah 187 orang.
9. Lokasi Program
Pengujudan makmal-makmal komputer ini adalah berdasarkan lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti. Lokasi-lokasi tersebut tersebut adalah:-
- Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur
- Bilik Siber Ilmu, Wisma Pertahanan , Kuala Lumpur
- Kem Tentera Darat Terendak, Melaka
- Pangkalan Udara, Kuantan , Pahang
- Kolej Tentera Udara, Alor Setar
- Pangkalan TLDM, Lumut
10. Penutup
Memandangkan pembelajaran dan latihan adalah satu proses yang beterusan dan sentiasa berkembang mengikut teknologi, maka adalah wajar bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan mendapat menfaat dari program ini. Ini adalah satu langkah yang positif untuk menanam sifat menimba ilmu supaya generasi yang akan datang dapat menjadi pegawai yang berpengetahuan tinggi dan juga dapat menguruskan organisasi dengan lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment