Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

Penyeliaan Klinikal


PENGENALAN
Dunia pendidikan masa kini penuh dengan cabaran dan pergolakan yang perlu ditangani oleh semua lapisan masyarakat. Untuk mendapatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah guru hendaklah memainkan peranan masing-masing dengan berkesan. Oleh itu, satu daripada faktor kejayaan di bilik darjah ialah penyeliaan yang sistematik dan berkesan, Sebenarnya terdapat hanyak cara membuat penyeliaan untuk menyelesaikan masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Ada di antaranya lebih sesuai dilakukan secara langsung dan ada pula penyeliaan secara tidak langsung. Keadaan ini banyak bergantung kepada tujuan penyeliaan itu sendiri. Walau bagaimanapun faktor penentu ukuran kejayaan sesuatu penyeliaan itu bergantung kepada keberkesanannya dan kedua-dua pihak iaitu guru serta penyelia dapat merasa suatu kepuasan dalam tugasan mereka di samping berjaya mengatasi segala masalah pengajaran dan pembelajaran. Penyeliaan Klinikal pula adalah satu pendekatan yang dapat merangkumi semua aspek di dalam penyeliaan yang sepatutnya dilakukan kini.

SIAPAKAH PENYELIA?
Menurut Raymond (2004), penyelia adalah seseorang yang mempunyai deskripsi tugas merancang, mengagih tugas, mengarah, memberi kerjasama, membuat penyelesaian masalah, memilih dan melatih, memotivasi, menasihat, memperbaiki, mengurus tekanan dan mengawal kemajuan.

OBJEKTIF PENYELIAAN
Secara khususnya penyeliaan mempunyai objektif untuk menghasilkan kaedah yang lebih baik untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat menimbulkan iklim fizikal, sosial dan psikologikal yang lebih sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, ia mampu menghasilkan penyusunan secara bersepadu segala usaha dan bahan bagi menentukan kesinambungan pengajaran dan pembelajaran di samping mewujudkan kerjasama semua staf dalam mengatasi masalah pengajaran.

PENGERTIAN PENYELIAAN
Menurut Harris (1985) penyeliaan ialah apa-apa yang dibuat oleh kakitangan sekolah terhadap manusia dan benda yang terdapat di dalamnya bagi mengekal atau mengubah perjalanan untuk mempengaruhi secara langsung pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajarannya. Glickman (1990) mengatakan bahawa penyeliaan ialah suatu fungsi yang menyatukan semua elemen pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan sesebuah sekolah sebagai suatu pergerakan yang menyeluruh bagi mencapai matlamatnya.

MAKNA PENYELIAAN PENGAJARAN DAN BIDANG TUGASNYA
Menurut Glickman (1991) pula penyeliaan pengajaran adalah sejenis penyeliaan yang dinamik dalam proses perdidikan yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran. Dalam erti kata lain, setiap penyeliaan perlu membawa perubahan yang positif untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

PANDANGAN-PANDANGAN MENGENAI KAEDAH PENYELIAAN KLINIKAL
Menurut Ibrahim (2001) penyeliaan klinikal ialah pemerhatian secara langsung ke atas pengajaran seseorang guru dalam bilik darjah. Semasa penyeliaan dibuat, segala perlakuan guru sama ada positif atau negatif dicatat oleh penyelia, tidak kira perbuatan, pertuturan atau tabiat. Cara ini memastikan guru mendapat maklum balas yang jelas dan segera daripada penyelia tentang kekuatan dan kelemahannya. Laporan dan teguran yang berterus terang daripada penyelia membolehkannya membaiki pengajarannya.

Pajak (2002) mengutarakan pendapat bahawa ilmu pengetahuan Penyeliaan Klinikal mempunyai sejarah yang agak lama di Amerika Syarikat. Ia tersebar bereterusan sejak tiga abad yang lalu. Idea mengenainya telah dimulakan oleh Morris Cogan dan Robert Goldhammer di Universiti Harvard dalam tahun 1960-an dan kemudian bersambung di Universiti Pittsbugh. Sejak awal lagi, para sarjana telah memberi pendapat dan perspektif yang berbeza berkaitan dengan persoalan asasnya kerana ia beitu luas sekali. Di samping itu, terlalu banyak buku dan artikel telah diterbitkan tentang penyeliaan klinikal dari tahun ke tahun, namun secara hakikatnya, keterangan-keterangan baru dan kefahaman yang teliti serta mendalam masih belum dapat dilihat pada ketika ini.

Terdapat empat jenis kumpulan keluarga dalam penyeliaan klinikal Empat Jenis Kumpulan Keluarga Penyeliaan Klinikal (Four Families of Clinical Supervision)

a) Model Klinikal Tulen “Original Clinical Models” (Bermula akhir 1960-an)
Dicadang oleh Goldhammer, Mosher, Purpel dan Cogan. Ia hasil campuran pelbagai sumber pemikiran berdasarkan empirikal, fenomenalogikal, behavioral dan perspektif-perspektif yang berkembang. Model ini menekankan kepada kepentingan hubungan rakan sejawat antara para penyelia dan para guru, kerjasama untuk meneroka maksud sebenar dan perkembangan gaya pengajaran individu yang unik.

b) Model Humanistik/ Artistik “Humanistic/ Artistic Models” (Bermula pertengahan 1970-an)
Model ini merupakan perspektif-perspektif daripada Blumberg dan Eisner yang berasakan kepada prinsip-prinsip eksistentialisme dan estektik. Model ini menjelaskan secara langkah demi langkah tentang prosedur-prosedur dan menekankan kepada hubungan interpersonal yang terbuka dan intuisi secara peribadi, kemahiran dan keperilakuan. Para penyelia digalakkan untuk membantu para guru bukan hanya memahami tetapi turut merasai kekayaan keunikan pengajaran.

c) Model Teknikal/ Didaktik “Technical/ Didactic Models” (Bermula awal 1980-an)
Diperkenalkan oleh pengkarya-pengkarya seperti Acheson dan Gall, Hunter, Joyce dan Showers mengambil manfaat dari kajian proses-produk dan keberkesanan pengajaran. Model ini menekankan teknik-teknik pemerhatian dan maklum balas yang boleh mengukuhkan sesetengah tingkah laku yang berkesan dan pra penentuan model-model pengajaran yang guru-guru bercadang untuk dituruti.

d) Model Perkembangan/ Reflektif) “Development/ Reflective Models” (Bermula pertengahan 1980-an)
Ia merupakan model oleh Glickman, Costa dan Garmston, Schon, Zeicher dan Liston, Garman, Smyth dan Retallick, Bowers dan Flinders, dan Waite yang menitik berat kepada perbezaan-perbezaan individu, pengelolaannya, sosial, politik dan bubaya dalam konteks pengajaran. Model ini menyeru para penyelia supaya mengalakkan refleksi di kalangan guru, memupuk perkembangan profesional, meneroka konteks-spesifik dalam amalan dan pemupukan keadilan serta kesamarataan.

Menurut Goldhammer, Anderson dan Krajewski (1993) penyeliaan klinikal boleh merupakan suatu konsep atau suatu struktur. Mereka memberi ulasan tentang sembilan ciri yang menggambarkan penyeliaan klinikal sebagai suatu konsep iaitu; a) Ia merupakan satu teknologi untuk mempertingkatkan pengajaran.
b) Ia merupakan intervensi yang disengajakan dalam proses pengajaran-pembelajaran.
c) Ia berorientasikan matlamat, menggabungkan keperluan-keperluan perkembangan individu tertentu yang bertugas di sekolah.
d) Ia mengandaikan satu hubungan profesional di antara para guru dan para penyelia.
e) Ia memerlukan perkongsian kepercayaan yang tinggi dan diterjemahkan dalam bentuk persefahaman, sokongan dan komitmen untuk berkembang.
f) Ia berbentuk sistematik, walaupun memerlukan kefleksibiliti dan perubahan metodologi yang berterusan.
g) Ia menghasilkan ketegangan yang produktif untuk merapatkan jurang antara kebenaran dan ideal.
h) Ia mengandaikan para penyelia mengetahui secara mendalam tentang menganalisis pengajaran dan pembelajaran serta interaksi antara manusia yang produktif.
i) Ia memerlukan para penyelia mengikuti pra latihan khasnya dalam teknik-teknik dan membuat refleksi dalam perkhidmatan yang berterusan serta pendekatan yang berkesan.

Glickman, Gordon dan Ross-Gordon (2004) menjelaskan struktur penyeliaan klinikal boleh dipermudahkan kepada lima langkah yang tersusun seperti berikut:-
1) Preconference (Pra persidangan dengan guru).
2) Pemerhatian di dalam bilik darjah.
3) Membuat analisis dan interpretasi pemerhatian serta menentukan pendekatan konferens.
4) Post-Conference dengan guru (Persidangan selepas pemerhatian)
5) Menganalisi secara kritikal terhadap keempat-empat langkah terdahulu.

Langkah 1: Preconference (Pra persidangan dengan guru).
Dalam langkah pertama ini, para penyelia berduduk bersama guru untuk menentukan; a) Sebab dan tujuan pemerhatian, b) Fokus pemerhatian, c) Kaedah dan bentuk pemerhatian yang bakal digunakan, d) Jangka masa pemerhatian dan e) Masa untuk post-Conference.

Langkah 2: Pemerhatian di dalam bilik darjah.
Langkah kedua ini adalah menumpukan masa untuk memastikan kesefahaman yang dipersetujui sewaktu preconfence dipatuhi. Penyelia mungkin akan menggunakan sejenis bentuk pemerhatian atau kombinasi-kombinasi pemerhatian. Kaedahnya termasuk kekerapan mengikut kategori, petunjuk-petunjuk dalam persembahan, penggunaan diagram visual, penguasaan ruang, bahasa, perbincangan bebas atau susunan huraian, penglibatan, soalan-soalan berfokus, kritikan membina dan sistem pemerhatian mengikut keperluan.

Langkah 3: Membuat analisis dan interpretasi pemerhatian serta menentukan pendekatan konferens.
Pada peringkat ini, penyelia akan meninggalkan bilik darjah dengan hasil-hasil pemerhatiaannya. Penyelia mencari penyelesaian masalah di sesuatu sudut atau pejabat. Dia membuka rekod-rekod pemerhatian dan mengkaji maklumat yang diperolehi. Tugas-tugasnya boleh jadi mengira kekerapan yang wujud, melihat kesilapan yang berulang-ulang, pengasingan peristiwa-peristiwa yang utama dan menemui petunjuk-petunjuk dalam persembahan guru yang wujud atau sebaliknya. Penyelia juga perlu peka dengan penggunaan instrumen yang tidak diambil kira, soal selidik, soalan-soalan terbuka dalm mendapatkan maklumat-maklumat yang penting. Dari itu, penyelia barulah membuat interpretasi berdasarkan analisis ke atas huraian-huraiannya.

Langkah 4: Post-Conference dengan guru (Persidangan selepas pemerhatian)
Dengan borang pemerhatian yang lengkap diisi, analisis yang lengkap dan borang interpretasi serta penggunaan pendekatan interpersonal yang dipilih, penyelia barulah bersedia mengadakan pertemuan dengan guru dalam peringkat ini. Post-Conference diadakan untuk membincangkan tentang analisis pemerhatian dan akhir sekali untuk menghasilkan satu perancangan untuk meningkatkan pengajaran. Perkara utama adalah membiarkan guru mengimbau kembali semasa dalam proses pemerhatian yang telah dilaksanakan supaya beliau dapat melihat sendiri atau mengingat kembali apa yang telah dilaluinya. Dari situ, penyelia akan menggunakan pendekatan yang telah dipilih sama ada membuat kawalan secara berarah directive), pemberian maklumat secara berarah, kolaboratif atau bukan berarah (non-directive).

Langkah 5: Menganalisi secara kritikal terhadap keempat-empat langkah terdahulu.
Pada peringkat terakhir ini, ia merupakan masa untuk meninjau sama ada format dan prosedur-prosedur yang bermula dari preconference sehingga ke postconference adalah memuaskan atau semakan semula mungkin diperlukan sebelum mengulangi sesuatu peringkat mengikut urutannya. Penganalisisan secara kritikal mungkin akan dilaksanakan pada akhir post-conference atau dilakukan satu lagi konferens secara berasingan selepas beberapa hari. Ia perlu menjadi satu sesi formal tetapi boleh jadi hanya satu perbincangan ringkas yang mengandungi persoalan seperti Apakah perkara-perkara yang penting patut dimasukan dalam apa yang telah dilakukan? Apakah yang kurang penting? Apakah cadangan-cadangan perubahan yang perlu? Pada peringkat ini, ia boleh jadi sesuatu yang berbentuk simbolik dan nilai tanggungjawab. Ia menunjukkan bahawa para penyelia turut terlibat dalam usaha-usaha dalam memperbaiki diri sama juga dengan orang yang diselia. Di samping itu, maklum balas daripada para guru memberi peluang untuk membuat keputusan tentang amalan-amalan yang boleh diteruskan, disemak semula dan perubahan yang perlu dilakukan apabila bekerjasama dengan para guru pada masa depan.

Menurut Ismail dan Othman (1994) penyeliaan klinikal (Clinical supervision) adalah satu penyeliaan secara langsung (direct) yang boleh dilakukan oleh Penyelia, Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Pensyarah, Ketua Panatia dan sesiapa sahaja yang dipertanggungjawabkan untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah pengajaran-pembelajaran.

Penyeliaan klinikal ini hanya dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila mendapat kerjasama atau timbul kesefahaman di antara kedua-dua pihak yang boleh mencapai ke arah perubahan positif. Kaedah penyeliaan klinikal ini mengandungi lima langkah yang perlu diambil perhatian oleh penyelia dan guru iaitu;
1. Persidangan Pra Pemerhatian (Pre Observation Planning Conference)
2. Pemerhatian Di Bilik Darjah (Classroom Visit/ Observation)
3. Analisi Selepas Pemerhatian (Post-Observation Analiysis)
4. Perbincangan Selepas Pemerhatian (Post-Observation Conference)
5. Analisis Selepas Perbincangan (Post-Conference Analysis)

PROSES PENYELIAAN
1. PERSIDANGAN PRA PEMERHATIAN (Pre Observation Planning Conference)
Biasanya terdapat dua keadaan, keadaan pertama guru itu sendiri berjumpa penyelia mengadu dan meminta nasihat tentang sesuatu masalah yang dihadapinya di bilik darjah. Keadaan kedua pula, penyelia membuat rondaan atau pemerhatian secara rambang di bilik darjah dan berjumpa dalam satu keadaan yang penyeliaan klinikal perlu dilakukan terhadap guru berkenaan. Mengekalkan hubungan kemesraan (rapport) ketika perbincangan dibuat supaya segala masalah yang terbuku dapat dikeluarkan semasa perbincangan.

Persidangan Pra Pemerhatian ini hendaklah dilakukan di tempat yang sesuai umpamanya di bilik pengetua, Bilik Penolong Kanan atau di bilik-bilik khas. Minuman dan makanan bolehlah disediakan supaya keadaan lebih mesra dan pihak yang kedua pula merasai dihormatI. Pada masa perbincangan ini, penyelia hendaklah meneliti dan simpati akan masalah yang diluahkan oleh guru berkenaan dan hendaklah memebrikan “harapan” kepadanya sama ada melalui anggukan atau kata-kata perangsang. Dalam pada itu, penyelia perlu memikirkan cara bagaimanakah kaedah ini dapat digunakan dalam jangka masa pendek tetapi berjaya menyelesaikan masalah tersebut secara berkesan untuk satu jangka masa panjang. Dalam perbincangan awal ini penyelia dan guru hendaklah dalam suasana yang mesra dan tidak tertekan. Keadaan ini pasti memberikan keyakinan lebih kepada guru tersebut sehingga ada kalanya dia rela mencurahkan segala masalah yang dihadapinya secara terus terang. Guru yang emosional pula, kadang kala akan mengalirkan air mata atau sedih, marah, geram atau menahan perasaan semasa perbincangan. Dalam situasi sedemikian, penyelia mesti bersifaf 'attentive' dan "simpati". Sebenarnya, di sinilah penyelia yang berpengalaman dan memiliki sedikit sebanyak pengetahuan 'runding cara' menggunakan kemahiran dan pengalaman untuk memberi harapan bagi memujuk dan membantu guru yang menghadapi masalah. Menanamkan keyakinan diri merupakan pendorong utama ke arah kejayaan usaha ini. Penyelia hendaklah menetapkan masa yang sesuai untuk membuat pemerhatian atau pencerapan mengikut kesesuaian dan kesediaan kedua-dua pihak.

2. Pemerhatian Di Bilik Darjah (Classroom Visit/ Observation)
Ketepatan masa adalah sangat penting ketika berlakunva proses pencerapan ini, penyelia seboleh-bolehnya hendaklah mengikut masa yang ditetapkan dan tidak pula rnengganggu proses pengajaran-pembelajaran yang sedang berjalan, begitu juga apabila keluar, hendaklah keluar tanpa rnengganggu pengajaran, Apakah yang perlu dicerap oleh penyelia ketika berada di bilik darjah? Ini banyak bergantung kepada tujuan pencerapan itu sebenarnya. Pada kebiasaannya penyelia lebih berminat melihat sejauh mana keberkesanan pengajaran-pembelajaran di bilik darjah di samping menumpukan aspek permasalahan yang dihadapi oleh guru berkenaan. Hakikat ini lebih dijelaskan oleh Mc Greal; "The accuracy of the classroom observations is directly related to the supervisor's use of a narrow focus of observations."

Namun, Glatthorn (1984) pula menyarankan beberapa aspek yang perlu menjadi fokus pemerhatian di bilik darjah. Antaranya : i. Kecekapan guru menggunakan peruntukan masa (pengurusan bilik darjah dan pengajaran-pembelajaran). ii. Keberkesanan pengajaran-pembelajaran guru berkenaan terutama apabila menjelaskan satu-satu konsep sehingg difahami oleh pelajar-pelajar. iii. Kebolehan dan kecekapan guru mengemukakan berbagai-bagai soalan. iv. Objektif pengajaran-pembelajaran yang jelas. v. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid-murid. vi. Suasana pengajaran-pembelajaran yang kondusif.

Walau apa pun kaedah dan fokus penyeliaan yang diambil, dalam “Penyeliaan Klinikal” ini, pemyelesaian masalah secara hikmah menjadi tumpuan utama penyelia. Penyelia juga perlu mencatat segala kelemahan dan kekuatan guru berkenaan untuk tujuan perbincangan dengan menggunakan satu senarai semak.

3. Analisi Selepas Pemerhatian (Post-Observation Analisis)
Setelah segala maklumat dikumpulkan, guru berkenaan dijemput untuk berbincang atau bersidang dengan penyelia. Suasana persidangan ini perlu diberikan perhatian serius. Jika diadakan di tempat yang tidak sesuai sudah tentu keberkesanannya kurang. Jika dapat, sekali lagi penyelia menyediakan minuman ringan bertujuan untuk meredakan ketegangan guru. Beliau juga pasti terasa selesa dan dihargai. Penyelia harus memainkan peranan dengan menyakinkan guru itu bahawa tidak ada satu masalah pun yang tidak boleh diselesaikan. Kernajuan atau peningkatan jika ada perlulah dipuji, beberapa aspek pengajarannya menunjukkan prestasi memberangsangkan dan tentang kelemahannya pula, nyatakanlah secara berhikmah. Jika boleh, guru berkenaan hendaklah diminta memberikan cadangan untuk memperbaiki kelemahan diri, di sarnping memberikan masa dan ruang untuknya menyatakan sesuatu idea. Ketika berlangsung persidangan ini, penyelia hendaklah sentiasa berhati-hati memberikan komen dan tegurannya. Keikhlasan kedua pihak mengeluarkan pendapat masing-masing dalam suasana mesra serta saling hormat menghormati menjadi faktor penting terhadap kejayaan Penyeliaan Klinikal ini.

4. ANALISIS SELEPAS PERSIDANGAN (Post-Conference Analysis)
Sejauh rnanakah berjayanya penyeliaan klinikal ini banyak bergantung kepada penyelia itu sendiri sebagai pelakon utama dalam mengendalikan peranannya. Penyelia yang bersifat terbuka dapat mengatasi masalah dengan sekali penyeliaan sahaja. Dalam hal ini tindak ikut oleh penyelia dan yang diselia adalah perlu, sekiranya langkah penyeliaan yang diambil kurang berkesan, prosedur tersebut bolehlah diulang.
Menurut Al. Ramaiah (1999) kaedah penyeliaan klinikal adalah gabungan semua aspek pendekatan dan prosedur penyeliaan yang efektif yang diamalkan oleh penyelia-penyelia yang berpengalaman dan dihormati. Pendekatan dan prosedur penyelian tersebut telah pun diuji dan didapati sesuai dan berkesan bagi kebanyakan keadaan dan persekitaran bilik darjah. Merujuk kepada konsep analisis sistematik, proses ini (penyeliaan klinikal) perlu mempunyai sifat-sifat satu pendekatan am atau satu set prosedur. Dalam hubungan ini, satu rangka kerja perlu diwujudkan untuk memperkembang dan melaksanakan prosedur-prosedur dalam satu situasi sekolah tertentu. Kaedah penyeliaan klinikal merupakan gabungan kemahiran-kemhiran pentadbiran tradisional berkaitan dengan bidang hubungan manusia, organisasi dan komunikasi “inter-personal”; dengan kemahiran-kemahiran kaunselor psikologi yang bekerja dalam keadaan hubungan “kaunselor-pelangan”.
Kaedah penyeliaan klinikal kini sudah mantap. Pelaksanaannya adalah berdasarkan kepada beberapa andaian, dan andaian-andaian tersebut yang membawa kepada satu metodologi penyeliaan yang menekankan pertalian usaha sama antara penyelia dengan yang diselia. Andaian-andaian itu diringkaskan secara tepat dan ringkas oleh Acheson dan Gall (1987) aeperti berikut: “Guru-guru mempunyai kemahuan dan sumber-sumber kendiri untuk mwnyelesaikan masalah-masalah pengajaran, mereka berkeupayaan menggunakan kelebihan kuasa bertindak dan tanggungjawab berbanding dengan yang dibenarkan oleh tanggungjawab penjaran.” “Pengajaran bleh diperbaiki cuma menerusi maklum balas terus kepada guru-guru berkenaan pengajaran.” “Guru-guru juga patut mempunyai kebebasan dan tanggungjawab untuk menyelesaikan isu-isu, membuat analisis dan memperbaiki pengajaran serta membentuk satu stail pengajaran sendiri.”

Dalam hubungan itu, masalah, minat, dan mengambil berat terhadap pengajaran. Menerusi proses penyelidikan klinikal, data atau bukti prestasi guru diperolehi dalam cerapan di dalam bilik darjah. Penyeliaan klinikal juga membenarkan guru-guru merancang serta mengatur keutamaan berkaitan dengan kemajuan kendiri. Usaha kemajuan kendiri adalah berdasarkan maklum balas daripada penyelia. Dalam konteks ini, penyelia dalam penyeliaan klinikal bukan sahaja menyelia tetapi juga membantu guru yang diselia itu memperbaiki dan memajukan diri dalam kecekapan-kecekapan pengajaran di dalam bilik darjah.

Proses penyeliaan klinikal ini meliputi lima peringkat yang berikut:
1. Konferensi sebelum penyeliaan.
2. Menyelia pengajaran dalam bilik darjah.
3. Menganalisis data yang diperolehi dan menyediakan strategi untuk konferensi.
4. Konferensi antara penyelia dan guru.
5. Konferensi selepas penyeliaan dalam mana penyelia membuat analisis peranan mereka sebaagai penyelia.

Dalam perbincangan berikut, istilah-istilah am seperti “penyelia” dan “guru” akan digunakan tanpa menyentuh penglibatan pengetua dalam proses penyeliaan ini.

1. Konferens Sebelum Penyeliaan
Perbincangan dengan guru-guru yang berkenaan adalah perlu untuk mencapai beberapa matlamat dan mewujudkan hubungan guru-guru dengan penyelia. Strategi ini adalah perlu walaupun kedua-dua pihak (penyelia dan guru) pernah bekerja bersama sebelum ini. Keperluan manusia untuk bertenang sebelum menjalankan sesuatu aktiviti yang rumit menjadi alasan dan justifikasi untuk melakukan proses ini, iaitu, konferensi sebelum penyeliaan.

Untuk mendapat keterangan yang lebih mendalam mengenai objektif pengajaran guru dan kaedah-kaedah pengajaran yang akan digunakannya, proses ini (konferensi sebelum penyeliaan) wajar dilakukan kerana menurut beberapa penyelidikan, jika seseorang mempunyai objektif yang jelas, maka usaha serta strategi ke arah pencapaian objektif tersebut tentu lebih berkesan. Tambahan lagi banyak kajian berkenaan role expectation, mencadangkan bahawa apabila penyelia dan guru bersetuju dengan objektif dan pelaksanaan strategi untuk mencapai objektif, banyak hasil positif dan faedah akaan muncul. Secara ringkas, jika penyelia dan guru tidak bersefahaman mengenai apa yang diseliakan dan untuk tujuan apa penyeliaan yang berkenaan, salah faham akan timbul dan munglin penyelia akan dituduh sebagai “mencari salah” dan tidak objektif dalam menjalankan tugasnya sebagai penyelia.

Untuk menyemak semula pengajaran guru sebelum ia dilaksanakan dalam bilik darjah, tujuan proses ini bermakna ataupun tidak bermakna bergantung kepada situasi. Kalau guru yang baru dan kurang pengalaman, proses ini merupakan peluang yang baik untuk guru belajar daripada pengalaman penyelia. Selain daripada itu, proses ini juga memberi peluang kepada kedua-dua pihak (penyelia dan guru) untuk menyemak prodsedur sebelum pelaksanaan pengajaran.

2. Penyeliaan Pengajaran Di Dalam Bilik Darjah
Peringkat kedua dalam pusingan penyelaian ialah berkaitan dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam bilik darjah. Di Kanada, wujud suatu tradisi baru di mana penyelia-penyelia tidak mementingkan lawatan ke bilik darjah sebagai satu bahagian daripada tugas penyeliaan. Namun begitu, ia (lawatan ke bilik darjah) masih merupakan satu aspek asas penyeliaan pengajaran dalam bilik darjah, dan ada penyelia menganggap ia sebagai satu keperluan dalam proses penyeliaan.
Walau bagaimanapun, penyeliaan pengajaran di dalam bilik darjah mempunyai banyak kelemahan sebagai satu alat penilaian dan pengukuran kerana kehadiran penyelia sendiri dalam bilik darjah adalah satu gangguan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, Guru dan murid akan menjadi peka terhadap kehadiran penyelia di dalam bilik darjah. Oleh kerana penyelia dianggap sebagai seorang “asing”, berbagai-bagai persoalan mengenai tugas dan peranan berhubung dengan lawatan penyelia dalam bilik darjah timbul dalam minda murid dan guru. Tambahan lagi, kalau lawatan penyeliaan ini bersifat “sekali-sekala” maka tahap kesahannya boleh dipersoalkan. Misalnya, kalau guru yang berkenaan dapat menghasilkan pengajaran yang baik sekali dalam setahun semasa (guru) diselia, adakah penyeliaan ini sah? Walaupun dalam kebanyakan masa yang lain, pengajrannya adalah kurang memuaskan. Dalam konteks ini, penyeliaan pengajaran sebagai satu alat pengukur adalah tidak sah.

Walaupun terdapat masalah dan kelemahan berhubung dengan penyeliaan, teknologi masa kini dapat menjadikan lawatan penyelia ke bilik darjah sebagai satu proses dan kaedah yang wajar dan sesuai sekali untuk mendapatkan data-data petunjuk prestasi guru. Di samping kaedah penyeliaan secara langsung yang memerlukan kehadiran penyelia dalam bilik darjah untuk membuat cerapan pengajaran, terdapat juga kaedah penyeliaan secara tidak langsung di mana penyelia cuba memerhati sambil berjalan lalu di bilik darjah. Penyelia akan mendapat sedikit data tentang prestasi guru sebagai pengajar dengan merujuk kepada suasana kelas dan apa sahaja yang dapat dicerapkan daripada luar bilik darjah. Maklumat yang diperolehi melalui cara tidak langsung adalah sukar dan kurang bererti. Sebaliknya, kalau penyeliaan secara tidak langsung ini dapat diulangi beberapa kali dan didapati hasilnya adalah konsisten, maka butir-butir hasil “pengintipan” mungkin baik dan sesuai, tetapi dari segi moral dan etika, mengintip seseorang rakan sejawat untuk mendapatkan maklumat tentang prestasimya adalah tidak digalakkan walaupun terdapat kebaikannya. Menurut pendapat penulis, jika seseorang penyelia ingin mengetahui apa yanmg berlaku dalam bilik darjah, ia harus membuat lawatan ke bilik darjah yang berkenaan beberapa kali tanpa sebarang prasangka, tidak perlu menyamar, dan tidak patut menipu, terangkan dengan jelas mengenai tujuannya berkenaan lawatan itu. Inilah cara yang betul dan bermakna, mempunyai asas yang kukuh yang menjadikan penyeliaan dan lawatan sebagai satu langkah untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran, serta meningkatkan lagi prestasi dan keupayaan guru. Penyeliaan perlu dilihat sebagai satu langkah untuk perkembangan dan kemajuan yang berterusan ke arah pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
Seperti yang diterangkan tadi, salah satu tujuan penyeliaan adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai prestasi guru dan mengenalpasti guru-guru yang kurang cekap untuk tindakan selanjutnya, sama ada untuk kenaikan pangkat ataupuin untuk mengadakan latihan dan kursus dalam sekolah. Tetapi cara dan kaedah memperolehi data dan mencari bukti haruslah sah dan tidak dipengaruhi oleh sebarang prasangka.

3. Menganalisis Data dan Menyusun Strategi
Peringkat ketiga merupakan peringkat yang amat penting dalam keseluruhan pusingan Penyeliaan klinikal. Walaupun diandaikan bahawa pencerapan yang kurang tepat telah dilakukan pada peringkat penyeliaan yang lain, ia tidak dapat menyempurnakan tugas penyeliaan pada keseluruhannya. Ada aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pengajaran yang harus dibincangkan dengan guru dan ada juga cadangan-cadangan yang perlu dibuat untuk tindakan guru yang berkenaan. Perlu diingatkan bahawa kaedah penyeliaan adalah tidak terhad, ada banyak lagi kaedah atau teknik penyeliaan pengajaran dalam bilik darjah (misalnya Flanders, Gallagher, dan lain-lain), yang menggabungkan peringkat pencerapan atau pengamatan dengan analisis yang terdapat dalam pusingan penyeliaan. Jika seseorang menggunakan teknik sedemikian, maka kebanyakan analisis adalah ditentukan terlebih dahulu dengan memilih satu system pencerapan. Sistem pencerapan sedemikian, walaupun mempunyai kelebihan, boleh menghadkan tingkah laku penyelia. Walaupun adalah benar bahawa semua sistem pencerapan mempunyai kelemahan tertentu, misalnya daripada segi menghadkan skop dan pembolehubah yang dicerapkan. Seseorang penyelia mungkin memilih sistem-sistem tersebut dengan menyedari akan kekurangan-kekurangannya. Sebaliknya terdapat system pencerapan yang lebih bebas di mana penyelia bergantung kepada kepercayaan terhadap sensitivitinya. Sistem pencerapan yang bebas mempunyai bahaya dari segi ketiadaan pencerapan yang sistematik ataupun panbduan yang tertentu, semata-mata bergantung kepada sensitiviti penyelia sahaja. Kepercayaan kepada kebebasan kaedah pencerapan telah mencemarkan nama baik penyelia. Kalaupun hendak memilih sistem pencerapan yang lebih bebas, seseorang penyelia perlu mengadakan dasar am dan struktur komunikasi dalam proses penyeliaan.
Banyak soalan boleh ditimbulkan mengenai kriteria-kriteria yang harus digunakan semasa membuat analisis data pencerapan dan perkembangan serta penyusunan strategi. Dengan merujuk kepada data-data pencerapan, seseorang penyelia akan merancang strategi dan menentukan bahan serta pendekatan perbincangan dengan guru yang diselia. Sehubungan ini, kriteria-kriteria yang berikut perlu diambil kira semasa seseorang penyelia hendak memilin item-item atau corak tingkah laku guru yang telah dicerapkan,, sebagai bahan perbincangan dengannya (guru).

1. Kepentingan
Ia merujuk kepada corak tingkah laku guru yang diselia, yang dirasakan penting yang boleh mempengaruhi kejayaan atau gagal sesuatu pelajaran.

2. Bilangan yang kecil
Ini bermakna bahawa sebilangan kecil sahaja faktor harus dipilih untuk dibincangkan dengan guru yang berkenaan. Ini adalah kerana penyelia mempunyai masa yang terhad untuk berinteraksi dnegan guru yang diselia dan penyelia haruslah tertumpui kepada perkara-perkara yang lebih genting dan penting.

3. Kebolehan menggunakannya
Perkara-perkara yang akan dibincangkan nanti haruslah terdiri daripada perkara-perkara yang boleh diperbaiki sekiranya guru yang diselia menggandakan usaha. Seseorang penyelia seharusnya mempunyai kebolehan dan ekmahiran dalam emengenal pasti tingkah laku (guru yang diselia) yang boleh diperbaiki berasaskan kepada pengalaman dan pengetahuannya terhadap seseorang guru atau berkenaan pengajaran secara amnya. MDalam keadaan yang tertentu, ada kemungkinan kedapatan corak tingkah laku guru yang penting kepada keberkesanan pengajaran dalam bilik darjah, tetapi tidak ada cara yang konkrit untuk mengubah tingkah laku demi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Maka penyelia mungkin tidak akan memilih corak tingkah laku tersebut sebagai salah satu perkara perbincangan dengan guru yang diselia. Ini boleh ditafsirkan sebagai sikap mengaku kalah bagi pihak penyelia. Tetapi ini boleh dan perlu dianggap sebagai sikap yang lebih logikal. Dalam kebanyakan masa, seseorang penyelia terpaksa mengabaikan atau mengetepikan aspek corak tingkah laku guru yang kurang memuaskan dan yang penting kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah daripada senarai perbincangan dengan guru kerana diketahui bahawa perkara tersebut tidak boleh diperbaiki lagi, misalnya suara guru, ataupun sifat semulajadi guru yang lain.

4. Konferensi
Seluruh proses Penyeliaan Klinikal sampai ke kemuncaknya semasa konferensi. Di sinilah seluruh percubaan yang dibuat semasa konferensi sebelum penyeliaan, semasa penyeliaan dan semasa analisis data dan menyusun strategi digabungkan untuk dijadikan satu asas untuk membuat keputusan dengan guru yang diselia. Jika konferensi ini dapat mendorong guru membuat semakan ke atas persepsinya terhadap faktor-faktor kelemahan dan kekurangan pengajarannya dalam bilik darjah, ini bermakna bahawa konferensi telah mencapai sebahagian daripada matlamatnya. Tambahan lagi, konferensi ini boleh dan perlu dijadikan satu forum di mana guru dan penyelia boleh mencadangkan dan membincangkan elemen-elemen prestasi guru-murid serta elemen-elemen yang menyumbangkan kejayaan dan kegagalan sesuatu usaha pengajaran. Berdasarkan pertukaran pendapat antara guru dengan penyelia di peringkat konferensi ini, mungkin lahir rancangan-rancagan untuk menyelesaikan masalah-masalah atau memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti. Persetujuan haruslah dicapai berkenaan apakah jenis atau bentuk perubahan yang harus dibuat kepada pelajaran-pelajaran seterusmnya, dan perubahan-perubahan ini akan menjadi bahan penting dalam konferensi selepas penyeliaan iaitu proses seterusnya dalam pusingan penyeliaan.

Kemahiran apakah yang perlu ada kepada seseorang penyelia supaya proses konferensi dapat dikendalikan dengan berkesan? Pada umumnya, penyelia memerlukan kemahiran sebagai seorang kaunselor. Seseorang penyelia haruslah bersifat sabar dan menjadi seorang pendengar yang baik, haruslah mahir berkomunikasi dan menyampaikan hasil dan keputusan penyeliaan kepada guru yang diselia. Walau bagaimanapun, sesi maklum balas (konferensi) ini kadang-kala tercemar dengan unsur ugutan, terutama sekali dari sudut pandangan pihak yang diselia, iaitu guru. Perasaan terugut adalah perkara biasa apabila guru yang diselia menerima komen atau maklum balas yang bersifat negatif daripada penyelia. Seseorang penyelia yang cekap perlu berhati-hati dan peka dengan perasaan dan sensitiviti pihak yang diselianya. Maka dalam konteks ini, kemahiran dan pengetahuan yang berguna kepada seseorang penyelia ialah keupayaan beliau untuk meramalkan perasaan dan tindak balas seseorang guru kepasa sesuatu maklum balas ataupun komen yang dikemukakan olehnya sebagai penyelia. Dalam pada ini, hanya praktik klinikal yang luas dalam situasi yang sama, iaitu konferensi dan perbincangan dapat memberikan pengalaman dan kemahiran serta pengetahuan praktik yang sangat diperlukan oleh para penyelia. Penyelia pendidikan yang menghadiri konferensi tanpa sebarang bantuan diibaratkan sebagai seorang ahli ilmu jiwa yang memperolehi pengalaman awal melalui pelanggannya. Tindak balas manusia kepada sesuatu rangsangan luar adalah suatu perkara yang rumit difahami, apa lagi ingin meramalkannya. Penyelia-penyelia perlu berhati-hati apapbila berbincang dengan seseorang guru yang tidak berpengalaman tentang perwatakan dan prestasi pengajarannya dalam bilik darjah.

5. Konferensi Selepas Penyeliaan
Dalam keadaan seseorang penyelia sahaja yang bertugas dalam sebuah bilik darjah, mungkin boleh diaturkan satu pusingan penyeliaan dengan kehadiran penyelia-penyelia lain memerhati rakan sejawat mereka. Jika ini boleh dilakukan maka konferensi selepas penyeliaan boleh memberi peluang kepada penyelia-penyelia untuk menilai secara kritikal peranan dan prestasi masing-masing serta menmcadangkan cara-cara untuk menyelesaikan maslaah sekiranya terdapat masalah penyeliaan, dan juga memajukan proses dan kaedah penyeliaan sekirannya ada kelemahan.

Jika seorang penyelia sahaja yang bertugas dalam satu situasi tertentu, konferensi selepas penyeliaan boleh dijadikan sebagai semakan semula prestasi sendiri. Salah satu kemungkinan ialah penyelia boleh meminta bantuan guru-guru yang diselia untuk membuat beberapa kenyataan penilaiannya tentang prestasinya sendiri sebagai penyelia. Walau bagaimanapun, soalan yang perlu difikirkan oleh penyelia di peringkat ini adalah “Bagaimanakah tingkah laku saya sebagai penyelia telah menyumbang kepada perkembangan profesional guru-guru yang telah diselia oleh saya?” Jika jawapannya positif, ia juga boleh dianggap sebagai satu peluang untuk perkembangan profesional penyelia itu sendiri.

Beberapa Masalah Dalam Pelaksanaan Penyeliaan Klinikal.
Kejayaan pelaksanaan penyeliaan klinikal bukanlah mudah. Adalah sukar untuk menyampaikan satu kenyataan sumatif yang boleh memberikan satu gambaran tentang aspek-aspek kompleks yang berkaitan dengannya. Maka apa yang akan dinyatakan sememangnya mempunyai kekurangan dari segi kesesuaian dan strategi yang ideal tetapi kalau kita berpegang teguh kepada tiga kriteria yang dikemukakan di awal perbincangan ini, maka beberapa isu yang penting dan yang mempunyai hadnya, boleh dicuba oleh seseorang pengetua dan boleh dibincangkan.
Pihak pengurusan sekolah khasnya pengetua boleh memainkan peranan sebagai pengelola, penyelia klinikal yang aktif atau sebagai seorang jurulatih. Seseorang pengetua tidak boleh mengabaikan penglibatannya dalam semua aktiviti yang tersebut. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa bukan semua pentadbir sekolah mempunyai kemahiran dalam Penyeliaan klinikal. Ada di kalangan mereka khasnya para pengetua, yang kurang sensitif terhadap individu, tetapi lebih sensitif terhadap organisasi. Oleh itu, mereka ini tidak akan boleh menjadi kaunselor yang berjaya. Tambahan pula kemahiran mereka mungkin sangat terhad berhubung hal penyeliaan pengajaran dalam bilik darjah terutama sekali jika seseorang pengetua membezakan perbezaan antara mata pelajaran, ataupun latar belakang prestasi sesebuah sekolah. Pengetua-pengetua yang kurang mahir harus mencuba sedaya upaya untuk untuk memperolehi kemahiran yang berkaitan. Yang tidak berjaya dalam memperolehi kemahiran itu harus dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam penyeliaan klinikal kecuali dalam keadaan yang membolehkan mereka memainkan peranan bukan sebagai penyelia, tetapi sebagai pengelola dan pemudah cara. Diharapkan bahawa pengetua-pengetua sekolah dan bakal pengetua-pengetua sekolah, memperolehi kemahiran penyeliaan klinikal. Keperluan ini haruslah diberikan perhatian yang wajar dan sikap para pendidik terhadap penyeliaan klinikal harus diubah. Sebagai seorang pengamal penyeliaan klinikal, pengelola dan pemudah cara, pengetua sekolah memainkan peranan yang penting. Merekalah yang bertanggungjawab terhadap kejayaan dan kegagalan usaha penilaian formatif hasil interaksi antara penyelia dengan guru.
Pengetua sekolah juga perlu memiliki kemahiran sendiri atau bantuan daripada luar sekolah untuk menentukan keperluan Penyeliaan Klinikal. Namun, dengan kepelbagaian peranan pengetua yang kompleks ini, jangan terlalu mengharapkan serta terlalu bergantung kepada pengetua sehubungan dengan penyeliaan klinikal. Guru-guru sekolah harus berinisiatif untuk memperolehi kemahiran Penyeliaan Klinikal kerana ia boleh dan akan membantu mereka dalam soal interaksi dengan rakan sejawat dalam proses penyeliaan. Menerusi Penyeliaan klinikal bukan sahaja boleh mempereratkan lagi hubungan antara Penyelia dengan guru, malahan meningkatkan lagi tahap profesionalisme dan bakat guru sebagai pendidik. la juga dapat menyelesaikan masalah kekurangan penyeliaan kerana kekurangan penyelia dan aktiviti penyeliaan dapat dikendalikan dengan lebih kerap lagi. Ia juga boleh menyelesaikankan masalah berkaitan dengan perbezaan antara mata pelajaran dan merentasi gred.

Kaedah penyeliaan rakan sejawat ini tidak bererti bahawa kedudukan pengetua ataupun jawatan formal dalam hierarki sekolah akan runtuh. Malahan la merupakan satu ciri profesionalisme perguruan. Secara bandingan penyeliaan klinikal cuba memfokuskan kepada pelaksanaan pengajaran dalam bilik darjah. la memberikan peluang kepada rakan sejawat guru lain melibatkan diri dalam salah satu aktiviti asas perguruan. Penglibatan dalam aktiviti penyeliaan ini adalah lebih penting daripada penyertaan dalam proses membuat keputusan tentang organisasi dan persekitaran sekolah. Walaupun faktor-faktor organisasi dan persekitaran sekolah penting, ia cuma merupakan faktor-faktor sokongan yang membantu memperkemaskan lagi proses pengajaran dan pernbelajaran dalam bilik darjah.
Jarang ada orang yang mengaku kalah apabila menghadapi cabaran. Jika ini adalah hakikat umum, maka boleh dicadangkan bahawa para pengetua, penolong kanan dan guru-guru kanan sekolah dalam sistem pentadbiran sekolah, melaksanakan kaedah, dan konsep Penyeliaan Klinikal, mengubah pandangan mereka terhadap Penyeliaan Klinikal dan menerima serta menghayati Penyeliaan Kliniikal sebagai satu amalan profesional. Penyeliaan Klinikal telah pun diterima sebagai satu kaedah yang efektif dalam menggalakkan perkembangan profesional di kalangan guru-guru. Kaedah ini menjadi bertambah popular kerana fleksibilitinya, serta kerjasama rakan sekerja yang digalakkan oleh kaedah ini. Menurut Pool dan Evans (1991), apabila Kaedah Penyeliaan Klinikal diperkenalkan, banyak model-model bimbingan Penyeliaan Klinikal berkenaan teknik cerapan serta penilaian sebelum pembelajaran turut diperkenalkan (Johnson, 1988; Martin dan Yoder, 1985; Wood, 1987). Program-program Penyeliaan Klinikal juga dipasarkan, misalnya program yang memerlukan pengetua sebagai penyelia menilai setakat mana pelajar adalah responsif terhadap pengajaran, dan juga kualiti interaksi antara guru dengan pelajar (Glatthorn, 1990). Selain itu, Seminar demi seminar diadakan berkaitan Penyeliaan Klinikal.

Kelemahan Kaedah Penyeliaan Klinikal
Dalam banyak model, program dan seminar tentang penyeliaan klinikal, tiada satu pun menyentuh gangguan kerana kehadiran penyelia dalam bilik darjah yang boleh mempengaruhi proses pengajaran-pembelajaran dan mempengaruhi proses interaksi guru-pelajar (Pool dan Evans, 1991). Malahan penyokong Penyeliaan Klinikal mengandaikan bahawa penyelia adalah tidak dapat dilihat. Penyeliaan klinikal bukan tanpa kekurangannya. Pool dan Evans (1991) menyebut sekurang-kurangnya tiga impak hasil danpada cerapan tidak menonjol (Unobtrusive observation), yakni: tanda pendahuluan untuk pelajar (Advance cuing of students), interaksi guru-pelajar, dan pencapaian objektif pelajaran. Sebenarnya cerapan tidak menonjol bermakna bahawa penyelia yang membuat cerapan di belakang bilik darjah adalah tidak dapat dilihat, maka tidak dapat mempengaruhi proses pengajaran-pembelajaran. Itu adalah tidak benar dan kehadiran pengetua atau penyelia dalam bilik darjah tetap akan mempengaruhi proses pengajaran-pembelajaran dan seperti yang Pool dan Evans (op cit).
Konferensi pra cerapan diadakan untuk membincang objektif dan strategi pengajaran dan ia boleh dijadikan sebagai satu tanda isyarat kepada pelajar tentang kedatangan "pelawat" supaya mereka bersiap sedia. Ia akan mempengaruhi hasil cerapan. Pelajar-pelejar diberitahu tentang kedatangan pengetua untuk membuat cerapan pembelajaran, mereka akan mencuba sedaya upaya supaya pengetua sebagai penyelia adalah tertarik dengan kebolehan dan kemahiran mereka.
Selain itu, interaksi antara guru dengan pelajar turut dipengaruhi oleh kehadiran seorang penyelia yang duduk di belakang bilik darjah. Oleh kerana sensitif terhadap kehadiran seorang penyelia dalam bilik darjah, para pelajar biasanya teragak-agak dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Oleh kerana Penyeliaan Klinikal menilai iklim pembelajaran berdasarkan kepada interaksi ini, maka hasil cerapan dan data diperolehi itu menjadi tidak sah. Ada kalanya para pelajar tidak dapat memberi respon yang betul kepada soalan yang dikemukakan oleh guru kerana mereka merasa ketegangan apabila ada "pelawat" di dalam bilik darjah, apatah lagi dalam kes ini penyelianya adalah pengetua sekolah.
Di samping itu, kalau penyelia ingin menilai keberkesanan pengajaran dengan merujuk kepada tingkah laku pelajar, penilaian jenis ini adalah tidak sah kerana tingkah laku para pelajar adalah berbeza semasa penyelia ada berada bersama di dalam bilik darjah dan semasa penyelia tidak berada di dalam bilik darjah. Merujuk kepada huraian di atas, kehadiran penyelia dalam bilik darjah boleh ditafsirkan sebagai satu tanda yang "mengancam", dan oleh itu mempengaruhi beberapa aspek interaksi antara guru dengan pelajar serta proses pengajran-pembelajaran.
Kehadiran penyelia dalam bilik darjah untuk membuat cerapan pengajaran adalah tidak dapat dielakkan. Soalnya ialah bagaimanakah hendak mengatasi masalah gangguan fizikal penyelia dalam bilik darjah. Pool dan Evans (1991) mencadangkan perlunya penglibatan penyelia dalam interaksi serta proses pengajaran-pembelajaran, misalnya dalam aktiviti berkumpulan, rnenerima nota dan memberi respon kepada soalan guru. Apakah ini akan menonjolkan lagi kehadiran penyelia dalam bilik darjah dan menimbulkan kesan yang lagi negatif? Persoalannya di sini ialah bagaimana atau dengan cara apakah untuk menyahpekakan pelajar serta guru terhadap kehadiran penyelia dalam bilik darjah supaya pelajar dan guru merasa selesa dan tidak terganggu dalam mengendalikan proses interaksi dan proses pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah, pendek kata, kehadiran penyelia dalam bilik darjah adalah tidak “mengancam”. Pool dan Evans (1991) berpendapat bahawa cerapan dan penyeliaan boleh dijadikan satu perkara yang "tidak mengancam" dalam keadaan suasana beramah, rasa berkongsi, belas kasihan, humor, kejujuran dan berinteraksi. Kehadiran penyelia membuat cerapan dalam bilik darjah boleh dijadikan satu ciri positif sekiranya yang membuat cerapan dan yan dicerap itu bersama-sama melibatkan diri serta mengambil bahagian dalam proses penyeliaan itu.

Penyeliaan pengajaran-pembelajaran guru di dalam bilik darjah bukan sahaja bertujuan mempertingkatkan profesionalisme guru dan prestasi guru berhubung dengan pengajaran dan prestasi pelajar berkaitan pembelajaran, memungut data yang menjadi asas perbincangan profesional antara pengetua dengan guru, penyeliaan juga digunakan sebagai satu alat atau kaedah dalam sistem penilaian guru.


Kesimpulan
Menurut Robinson (1998) selagi para pendidikan masih meneruskan usaha untuk mencari kaedah-kaedah pengajaran untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan para pelajar, penyeliaan klinikal turut terus menjadi berdaya maju walaupun secara tidak langsung kaedah ini bertujuan untuk mencapai matlamatnya tersendiri.

Pavan (1993) pula mengatakan bahawa dalam model-model penyelidikan klinikal jika para pentadbiran dapat mengubahsuai amalan penyelidikan klinikal untuk meningkatkan kepuasan kerja guru. Maka akan lebih ramai guru berpuas hati untuk meneruskan serta mempertingkatkan amalan pengajaran mereka.
Kamarudin Kachar (1989) berpendapat institusi pendidikan di Malaysia pada masa kini telah menjadi semakin kompleks dan tidak bercorak ringkas seperti pendidikan zaman penjajahan British dahulu. Perkembangan pendidikan yang terbaru khususnya dalam bidang sains dan teknologi maklumat memerlukan kepimpinan yang berkesan, khasnya kaedah pengajaran.

Maka kaedah penyeliaan seperti penyeliaan klinikal untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran perlu dilaksanakan dengan berkesan melalui pemupukan kebolehan guru, dan membentuk serta menyelaraskan semua daya usaha guru-guru. Kualiti pendidikan yang tinggi hanya dapat dicapai jika para pendidik dan penyelia pendidikan mempunyai dedikasi dan tanggungjawab yang tidak berbelah bagi. Penyeliaan yang berkualiti akan memberi kesan yang baik kepada pertumbuhan pelajar.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara