Social Icons

-

Monday, September 17, 2012

TEKS UCAPAN YAB TPM MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS PELANCARAN LAPORAN AWAL PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN





TEKS UCAPAN 

Y!B T!N SRI D!TO HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD Y!SSIN 

TIMBALAN PERDANA MENTERI 

MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA 

DI MAJLIS PELANCARAN LAPORAN AWAL 

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 

PADA 11 SEPTEMBER 2012; PUKUL 9.15 PAGI; 

BERTEMPAT DI PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR 



Bismillahhirrahmanirrahim. 

!ssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. 



1.            Allhamdulillah,  syukur  ke  hadrat  Allah  s.w.t.  atas  limpah  kurnia  dan  izin-Nya,  kita  dapat  berhimpun pada pagi yang berbahagia ini sempena Majlis Pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan  Pendidikan, 2013-2025.   



2.            Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan  kepada Y!B Dato Seri Mohd Najib bin Tun !bdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, atas kesudian YAB  Dato Seri melapangkan masa untuk melancarkan Laporan !wal Pelan Pembangunan Pendidikan pada  hari ini. Kehadiran Y!B Dato Seri di majlis ini amat bermakna kerana ia melambangkan kesungguhan,  sokongan dan komitmen Y!B Dato Seri yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha untuk meningkatkan  kualiti pendidikan di negara kita.  



KEMAJUAN DAN KEJAYAAN 



Y!B Dato Seri dan hadirin yang dihormati sekalian, 



3.            Sistem  pendidikan  di  Malaysia  telah menempa  banyak  kemajuan  sepanjang  lebih  lima  dekad  yang lalu.  Hasil daripada Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960), Laporan  Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996, sehinggalah yang terakhir Pelan Induk  Pembangunan Pendidikan (2006-2010), sistem pendidikan kita telah mencatat beberapa kejayaan yang  membanggakan. 



4.            Enrolmen murid pada peringkat pendidikan rendah, termasuk di sekolah swasta, telah mencapai  tahap  hampir  sejagat,  iaitu  96%  berbanding  hanya  40%  pada  tahun  1950.  Kadar  enrolmen  pada  peringkat  menengah  rendah  pula  telah  mencapai  91%,  dan  menengah  atas  82%.  Peningkatan  yang  signifikan  dalam  enrolmen  disusuli  oleh  peningkatan  dalam  pencapaian  murid.  Kadar  literasi  remaja 





telah meningkat daripada 88% pada tahun 1990 kepada kadar hampir sejagat sebanyak 99% masa kini.  Kadar  literasi  dewasa  juga  telah  meningkat  secara  mendadak,  iaitu  daripada  52%  semasa  negara  mencapai kemerdekaan kepada 93% pada tahun 2010. Kesemua pencapaian ini amat membanggakan  kita. 



5.            Kerajaan juga telah memperuntukkan secara tekal sebanyak 16% daripada bajet negara setiap  tahun untuk Kementerian Pelajaran. Pelaburan yang besar telah dibuat dalam latihan guru, emolumen  dan  pembinaan  infrastruktur  serta  kemudahan  asas  pendidikan  yang  telah  berhasil  meningkatkan  penyertaan murid pada peringkat pendidikan rendah dan menengah, termasuk di kawasan luar bandar  dan pedalaman. Hasilnya, jurang pencapaian antara sekolah Bandar dan luar Bandar telah berkurangan.  Dalam peperiksaan UPSR, jurang pencapaian murid Bandar dan luar Bandar telah berkurangan daripada  8% pada tahun 2005 kepada 4% pada tahun 2011. 



6.            Mutakhir ini, berkat usaha gigih warga pendidik dan Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif  bawah  Bidang  Keberhasilan  Utama  Negara  bagi  sektor  pendidikan,  enrolmen  murid  prasekolah  juga  telah berjaya ditingkatkan daripada 67% pada tahun 2009 kepada 77% pada tahun 2011. Penguasaan  Literasi  dan  Numerasi  murid  juga  telah  menunjukkan  pencapaian  yang  memberangsangkan. 

Berdasarkan keputusan ujian LINUS 2011, kadar literasi murid kohort Tahun1 telah meningkat daripada  87% pada tahun 2010, kepada 95% apabila mereka berada di Tahun 2 pada tahun 2011. Begitu juga  dengan  kadar  numerasi  murid  kohort  yang  sama  telah  meningkat  daripada  87%  pada  tahun  2010  kepada 97% pada tahun 2011. 



7.            Sistem pendidikan kita juga mempunyai asas falsafah dan dasar yang kukuh dengan tergubalnya  Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dasar-dasar pendidikan yang bermatlamat melahirkan insan yang  holistik dan seimbang, serta memupuk perpaduan nasional. 



8.            Semua  kejayaan  ini  adalah  hasil  komitmen  dan  usaha  gigih  para  guru,  ibubapa,  anggota  masyarakat  dan  Kerajaan  untuk  meningkatkan  pencapaian  murid  di  negara  kita.  Namun,  di  sebalik  lakaran kejayaan ini, masih banyak lagi yang perlu kita capai. Ketika sistem pendidikan kita menempa  beberapa kemajuan penting sepanjang lebih lima dekad yang lalu, sistem pendidikan di negara-negara  lain juga telah bergerak pantas dalam perlumbaan untuk menjadi sistem yang terbaik di dunia. Dalam  persaingan  global  yang  semakin  sengit  ini,  negara  kita  perlu  bergerak  lebih  pantas  ke  hadapan.  Walaubagaimanapun,  pentaksiran  pada  peringkat  antarabangsa  menunjukkan  pencapaian  murid  kita  dalam beberapa bidang penting seperti Bacaan, Matematik dan Sains masih rendah berbanding murid di  negara-negara  maju.  Misalnya,  daripada  74  buah  negara  yang  mengambil  bahagian  dalam  ujian  Programme  for  International  Student  Assessment  atau  PISA  2009,  murid  Malaysia  berada  di  tempat  sepertiga terbawah bagi Bacaan, Matematik dan Sains.  



9.            Hal ini perlu diatasi segera sekiranya negara kita ingin mengorak langkah lebih pantas dalam  perlumbaan menuju negara maju. Tidak ada jalan pintas untuk kita melakukannya. Tidak ada tongkat 





ajaib yang boleh menjelmakan hasil yang terbaik dalam sekelip mata. Sebaliknya, kita perlu akur dengan  realiti semasa, jujur melakukan pembetulan dan mengambil langkah berani untuk melonjakkan prestasi  pendidikan negara  



PENYEDIAAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, 2013-2025 



Y!B Dato Seri dan hadirin yang dihormati sekalian, 



10.          Bertitik tolak daripada kesedaran ini, Kementerian Pelajaran telah memulakan usaha mengkaji  semula sistem pendidikan negara pada bulan Oktober 2011. Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara  telah dibentuk untuk mengumpul pandangan masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu  diambil  oleh  Kerajaan  untuk  meningkatkan  kualiti  pendidikan.  Menerusi  satu  siri  jelajah  dialog  pendidikan yang diadakan di seluruh negara, sebanyak 7,039 syor telah diterima daripada hampir 12,000  orang peserta yang mengambil bahagian. Kementerian juga telah menerima 156 memorandum daripada  pelbagai  pertubuhan  dan  individu.  Selain  itu,  pandangan  daripada  Panel  Penilai  Bebas  Malaysia  dan  Antarabangsa  telah  diperolehi  dalam  menyediakan  Laporan  Awal  Pelan  Pembangunan  Pendidikan. 

Kementerian juga telah mendapatkan input daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh UNESCO, OECD, 

Bank Dunia dan Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi Awam tempatan.   



11.          Hari ini, ketika kita masih lagi dalam semangat sambutan ulangtahun kemerderkaan negara yang  ke-55,  tercatat  satu  lagi peristiwa  penting  dalam  lembaran  sejarah  negara  kita.  Laporan  Awal  Pelan  Pembangunan Pendidikan yang akan memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan  bertaraf antarabangsa akan dilancarkan sebentar lagi oleh YAB Perdana Menteri. Pelan ini tidak ubah  seperti  satu  referendum  bersejarah  yang  melambangkan  cita-cita  dan  pengharapan  rakyat  terhadap  sistem pendidikan negara. 



MATLAMAT DAN PENDEKATAN  



Y!B Dato Sri dan hadirin yang dihormati sekalian, 



12.          Kementerian  Pelajaran  akan  mengorak  langkah  dalam  menghasilkan  suatu  sistem  pendidikan  negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.  Disamping  itu,  pada  peringkat  murid-murid  pula,  pelan  ini  menyasarkan   6  ciri  aspirasi  utama  iaitu  pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian,  serta identiti nasional. 



13.          Dalam  merangka  Pelan  ini,  9  bidang  keutamaan  yang  dikenal  pasti  hasil  daripada  Laporan  Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi.  Sembilan perkara tersebut ialah: 







            Pertama, memartabatkan profesion keguruan; 

            Kedua, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah; 

            Ketiga, meningkatkan kualiti sekolah; 

            Keempat, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran; 

            Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa; 

            Keenam, mengukuhkan pelibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi  dalam pendidikan;              Ketujuh, meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan  pasaran kerja;  

            Kelapan, memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan 

            Kesembilan, membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.  



14.          Daripada keseluruhan 9 bidang keutamaan ini, Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan  yang  perlu  dilakukan  bagi  menghasilkan  perubahan  yang  diingini  oleh  seluruh  rakyat  Malaysia.  Sebahagian  daripada  anjakan  ini  merupakan  perubahan  strategi  dan  hala  tuju  pendidikan,  manakala  anjakan  yang  lain  merupakan  perubahan  operasi  yang  telah  dan  sedang  dilaksanakan.  Sama  ada  perubahan bersifat strategi atau operasi, semuanya menggambarkan perubahan amalan semasa. 



11 ANJAKAN  



Y!B Dato Seri dan para hadiri yang dihormati sekalian. 



15.          Seterusnya,  izinkan  saya  mengambil  sedikit  masa  untuk  menghuraikan  11  anjakan  yang  terkandung  dalam  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  ini.  ANJAKAN  PERTAMA  (1)  ialah  Menyediakan  Kesamarataan  Akses Kepada  Pendidikan  Berkualiti  Bertaraf  Antarabangsa.  Hakikatnya,  hari  ini, murid  dikatakan  telah  berjaya  menguasai  ilmu  apabila  mereka  berupaya  menganalisa  maklumat,  berfikir  secara  kritis,  mengaplikasi  ilmu  secara  kreatif  dan  berkomunikasi  dengan  berkesan.  Inilah  ciri-ciri  kemahiran berfikir aras tinggi yang telah pun dimiliki oleh murid di negara-negara maju.  



16.          Sehubungan dengan itu, Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah  (KSSM)  dan  Kurikulum  Standard  Sekolah  Rendah  (KSSR)  yang  disemak  semula  pada  tahun  2017.  Kementerian  juga  akan  menimbang  pindaaan  kepada  peraturan  sedia  ada  untuk  memberikan  kelonggaran  kepada  sekolah  mengamalkan  jadual  anjal  selagi  sekolah  boleh  menyampaikan  hasil  pembelajaran dan kandungan yang digariskan dalam kurikulum. 



17.          Seiring  dengan  pelaksanaan  kurikulum  baharu  ini,  Kementerian  akan  mengkaji  kemungkinan  melaksanakan  laluan  pembelajaran  pintas  selain  pendidikan  arus  perdana.  Ini  termasuklah 





membenarkan  murid  berpencapaian  tinggi  menamatkan  pengajian  sekolah  menengah  dalam  masa  empat tahun berbanding lima tahun sekarang, dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun  berbanding enam tahun.  



18.          Selanjutnya,  peperiksaan  dan  pentaksiran  kebangsaan  akan  dirombak  untuk  meningkatkan  tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu.  

Sebagai  contoh  menjelang  tahun  2016,  peperiksaan  UPSR  akan  mengandungi  80  peratus  soalan  berbentuk pemikiran aras tinggi. 



19.          Selain itu, tempoh pendidikan wajib juga akan dilanjutkan daripada 6 tahun sekarang kepada 11  tahun,  dengan  disokong  oleh  pelbagai  inisiatif  untuk  mengekalkan  murid  dalam  sistem  pendidikan,  termasuk memperluaskan laluan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional.  



20.          Untuk menjamin akses pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada semua murid,  Kerajaan  akan  meningkatkan  pelaburan  bagi  sumber  fizikal  dan  pengajaran  kepada  murid  dengan  keperluan  khusus.  Murid  orang  Asli  dan  kumpulan  minoriti,  serta  murid  kurangupaya  fizikal  dan  pembelajaran, akan menerima bantuan tambahan supaya mereka juga menikmati peluang yang sama  seperti murid lain.  



21.          Dari segi penguasaan bahasa, Kementerian akan melaksanakan AJAKAN YANG KEDUA (2), iaitu  memastikan  setiap  murid  profisien  dalam  Bahasa  Malaysia  dan  Bahasa  Inggeris.  Menerusi  Pelan  Pembangunan  Pendidikan ini,  Kementerian  akan memperluas  program LINUS supaya meliputi  literasi  Bahasa  Inggeris.  Kementerian  juga  akan  meningkatkan  kemahiran  bahasa  Inggeris  guru  dengan  memastikan  semua  70,000  orang  guru  bahasa  Inggeris  lulus  Cambridge  Placement  Test  (CPT)  dalam  tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard yang ditetapkan akan mengikuti latihan intensif  untuk  meningkatkan  kemahiran.  Di  samping  itu,  murid  akan  diberi  pendedahan  yang  lebih  meluas  terhadap bahasa Inggeris dengan memperkenalkan modul Sastera Inggeris yang akan diwajibkan kepada  murid sekolah menengah.  



22.          Bagi  memantapkan  penguasaan  bahasa  Malaysia  di  semua  jenis  sekolah,  Kementerian  akan  memperkenalkan  kurikulum  Bahasa  Malaysia  yang  standard  pada  peringkat  rendah,  merangkumi  sekolah  jenis  kebangsaan.  Dengan  pelaksanaan  kurikulum  standard  ini,  Kelas  Peralihan  di  sekolah  menengah  kebangsan  akan  dimansuhkan  mulai  tahun  2017.  Selain  itu,  Kementerian  juga  akan  menggalakkan  setiap  murid  mempelajari  bahasa  tambahan  seperti  bahasa  Cina,  bahasa  Tamil  atau  bahasa Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.  



23.          Seterusnya, Kementerian akan melaksanakan ANJAKAN yang ketiga (3), iaitu melahirkan rakyat  Malaysia yang menghayati nilai. Dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar hari ini, anak-anak  kita perlu memiliki nilai-nilai murni sejagat yang selaras dengan tuntutan moral, etika dan agama. Pada 





masa yang sama, sebagai warganegara, anak-anak kita juga perlu sentiasa dipupuk dengan semangat  patriotisme untuk membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu. 



24.          Untuk itu, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini, Kementerian akan memperkukuhkan  Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang tahun 2017. Pedagogi untuk Pendidikan  Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan  (role  play),  simulasi,  perbincangan,  dan  tugasan  dalam  kumpulan  kecil.  Selanjutnya,  Kurikulum  Pendidikan Islam akan melibatkan tumpuan terhadap pemahaman nilai teras dan falsafah Islam serta  agama-agama yang lain. Bagi murid bukan Islam pula, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman  tentang  nilai  teras  semua  agama  utama  di  Malaysia.  Kementerian  juga  akan  mengkaji  kemungkinan  murid  Islam  dan  bukan  Islam  berkongsi  kelas  yang  sama  apabila  nilai-nilai  sejagat  diajar.  Program-program  yang  sedia  ada  seperti  Rancangan  Integrasi  Murid  Untuk  Perpaduan  (RIMUP) dan  program  1Murid 1Sukan 1Kelab dan 1Badan Berunifom juga akan diteruskan. 



Y!B Dato Sri dan para hadirin yang dihormati sekalian, 



25.          Segala langkah yang akan diambil ini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan dokongan guru-guru yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, Kementerian akan melakukan ANJAKAN YANG KEEMPAT  (4),  iaitu  meningkatkan  kualiti  guru  dan  menjadikan  profesion  keguruan  sebagai  profesion  pilihan. 

Anjakan  ini  adalah  selari  dengan  pandangan  sebahagian  besar  peserta  Dialog  Nasional  Pendidikan  Negara  yang  mahukan  kualiti  guru  diberikan  keutamaan.  Untuk  itu,  Kementerian  akan  mengetatkan  syarat  kemasukan  ke  latihan  perguruan  dengan  menyasarkan  hanya  30%  teratas  daripada  kelompok  pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan. Selain itu, bagi guru-guru yang sudah berada dalam  sistem,  Kementerian  akan  mengukuhkan  pembangunan  kerjaya  berterusan  guru-guru  dengan  melaksanakan program pembangunan kerjaya secara in-situ di sekolah.  



26.          Untuk  menyokong  peningkatan  prestasi  guru,  Kementerian  akan  menyediakan  laluan  kerjaya  guru  berasaskan  kompetensi  dan  prestasi.  Dalam  hal  ini,  guru  berprestasi  tinggi  akan  berpeluang  menikmati  kenaikan  pangkat  bermula  daripada  gred  DG41  sehingga  DG54  dalam  tempoh  yang  lebih  singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun yang merupakan purata tempoh kenaikan pangkat secara time-based yang baru.  



27.          Selain  itu,  Kementerian  akan  memastikan  guru  memberikan  tumpuan  kepada  fungsi  teras  pengajaran  dengan  mengurangkan  beban  pentadbiran;  memperluaskan  laluan  kerjaya  guru  untuk  peranan  kepimpinan,  pakar  pengajaran  dan  pakar  bidang  khusus;  dan  mempertimbangkan  untuk  mewujudkan satu skim pensijilan yang dikaitkan dengan penguasaan kecekapan guru.  



28.          Seterusnya,  ANJAKAN  YANG  KELIMA  (5)  ialah  memastikan  pemimpin  berprestasi  tinggi  ditempatkan  disetiap  sekolah.   Untuk  itu,   Kementerian  akan  memperkenalkan  kriteria  pemilihan 





pengetua  dan  guru  besar  berasaskan  kompetensi,  serta  memperkukuhkan  proses  perancangan  penggantian  pengetua  dan  guru  besar  mulai  tahun  2013.  Selain  itu,  Kementerian  juga  akan  menempatkan  pengetua  atau  guru  besar  cemerlang  di  sekolah-sekolah  luar  bandar  dan  di  kawasan-kawasan miskin bandar bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah. 



29.          Kementerian  juga  akan  menyediakan  sokongan  yang  secukupnya  kepada  pengetua  dan  guru  besar untuk membantu mereka meningkatkan prestasi sekolah. Untuk itu, Kementerian akan melakukan  ANJAKAN YANG KEENAM (6), iaitu mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian  khusus  berasaskan  keperluan.  Kementerian  akan  menempatkan  Jurulatih  Mata  Pelajaran  Khusus  Program Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches atau SISC+) dan Jurulatih  Pengetua  Rakan  Penambahbaikan  Sekolah  (School  Improvement  Partners  atau  SiPartners)  secara  sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Para jurulatih ini bertanggungjawab memberikan bimbingan  secara terus kepada sekolah berprestasi rendah, iaitu sekolah yang berada dalam band 5, 6 dan 7. Satu  projek rintis akan dilaksanakan di negeri Sabah dan Kedah mulai Januari 2013, manakala pelaksanaan  seluruh Negara akan bermula Januari 2014. 



30.          Selain itu, untuk meningkatkan autonomi sekolah, Kementerian akan membenarkan fleksibiliti  pengoperasian  ke  atas  pengagihan  bajet  dan  pelaksanaan  kurikulum,  dimulai  dengan  Sekolah  Berprestasi  Tinggi,  Sekolah  Kluster,  Sekolah  Amanah  dan  sekolah-sekolah  yang  menunjukkan  peningkatan  prestasi  yang  ketara.  Dari  semasa  ke  semasa,  lebih  banyak  sekolah  akan  diberikan  hak  membuat keputusan dan akauntabiliti berdasarkan prestasi yang ditunjukkan.  



Y!B Dato Sri dan hadirin yang dihormati sekalian, 



31.          Dalam  dunia  yang  pantas  berkembang  hari  ini,  teknologi  maklumat  dan  komunikasi  atau  ICT  mempunyai  potensi  yang  besar  untuk  memacu  proses  pembelajaran.  Untuk  itu,  Kementerian  akan  melaksanakan  ANJAKAN  yang  ketujuh  (7),  iaitu  memanfaatkan  (ICT)  bagi  meningkatkan  kualiti  pembelajaran.  Kementerian  akan  meningkatkan  akses  internet  dan  persekitaran  pembelajaran  maya  melalui pelaksanaan 1BestariNet bagi kesemua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya  pada penghujung tahun 2013. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada  rangkaian  4G  di  sekolah  yang  akan  menyediakan  landasan  untuk  pelaksanaan  pembelajaran  secara  interaktif. 



32.          Seterusnya,  Kementerian  akan  melaksanakan  ANJAKAN  YANG  KELAPAN  (8),  iaitu  mentransformasi  kebolehan  dan  keupayaan  penyampaian  Kementerian  Pelajaran.  Struktur  organisasi  Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih. Lebih ramai tenaga kerja akan  ditempatkan di PPD, iaitu agensi utama dalam rantaian penyampaian pendidikan. Dalam konteks ini,  PPD bukan lagi semata-mata berperanan sebagai saluran penghubung antara Kementerian dan sekolah,  tetapi sebagai agensi penting yang terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi  sekolah. Kementerian akan mengekalkan fungsinya dalam perancangan makro dan penggubalan dasar, 


  





manakala JPN akan memberikan tumpuan kepada penyelarasan dan penyampaian segala perancangan,  serta menjadi penghubung yang penting antara penggubal dasar dan pelaksana di peringkat bawah.  



33.          Menyedari  hakikat  bahawa  proses  pembelajaran  tidak  hanya  berlaku  di  sekolah,  tetapi  turut  merangkumi aktiviti-aktiviti di luar sekolah yang melibatkan penyertaan ibu-bapa, komuniti dan sektor  swasta, Kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KESEMBILAN (9), iaitu memperluaskan jalinan  kerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta. Kementerian akan memperluaskan capaian  Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), untuk membolehkan ibu bapa memantau kemajuan anak  mereka di sekolah secara atas talian. Perhatian khusus akan diberikan kepada usaha membantu ibubapa  luar bandar dan miskin bandar meningkatkan prestasi anak masing-masing.  



34.          Selain itu, pihak Kementerian akan mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai  pelaksanaan kurikulum  setempat  dan  kualiti  guru  mulai  tahun  2016.  Untuk  menggalakkan  pelibatan  sektor swasta dan komuniti, Kementerian akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah  menjelang tahun 2025 dengan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan yang  berpotensi sebagai penganjur. 



Y!B Dato Sri dan hadirin yang dihormati sekalian,   



35.          Saban tahun, sekitar 16% daripada bajet negara diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran,  dan  jumlah  ini  merupakan  yang  terbesar  antara  semua  kementerian.  Bajet  pendidikan  di  Malaysia,  sebagai sebahagian daripada KDNK juga merupakan satu daripada yang tertinggi di dunia.  



36.          Untuk  itu,  Kementerian  akan  melaksanakan  ANJAKAN  YANG  KESEPULUH  (10),  iaitu  memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kementerian akan mengaitkan setiap  program  yang  dilaksanakan  dengan  keberhasilan  murid  yang  hendak  dicapai  dan  merasionalisasi  program berimpak rendah pada setiap tahun, seiring dengan anjakan pengurusan kewangan negara ke  arah Bajet Berasaskan Keberhasilan (Outcome-Based Budgeting). Kementerian juga akan meningkatkan  kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberikan keutamaan kepada bidang paling kritikal  seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru. 



37.          ANJAKAN YANG KESEBELAS (11), iaitu yang terakhir, ialah meningkatkan ketelusan akauntabiliti  awam.  Sepanjang  pelaksanaan  Pelan  ini,  semua  pihak  berkepentingan  akan  mempunyai  akses  yang  tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian. Laporan  Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan ini akan diterbitkan untuk tatapan umum mulai  tahun 2013. Kementerian juga akan melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan  2025  bagi  memastikan  pelan  ini  sesuai  dengan  sifat  dinamis  dan  perkembangan  semasa  sektor  pendidikan.  




  





Y!B Dato Sri dan hadirin yang dihormati sekalian, 



38.          Pelan  Pembangunan  Pendidikan  ini  adalah  satu  dokumen  komprehensif  yang  bukan  sahaja  mengenalpasti bidang-bidang keutamaan dan meletakkan sasaran-sasaran yang hendak dicapai, malah  turut  menyenaraikan  inisiatif-inisiatif  penting  yang  akan  dilaksanakan,  melakar  pelan  tindakan  yang  jelas, dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.  



39.          Misalnya, rakyat boleh menjangkakan dalam Gelombang Pertama pelaksanaan, iaitu dari tahun  2013  hingga  2015,  akan  berlaku  peningkatan  dalam  kemahiran  guru,  kualiti  pengajaran,  keupayaan  pegawai di peringkat negeri dan daerah, dan mutu kepimpinan sekolah.   



40.          Dalam  Gelombang  Kedua  pula,  iaitu  dari  tahun  2016  hingga  2020,  akan  berlaku  perubahan  struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua atau  guru besar menikmati pakej kerjaya baharu; bahagian-bahagian di Kementerian distruktur semula untuk  menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang Pertama; dan kurikulum sekolah  rendah dan menengah disemak semula untuk memastikan ia sejajar dengan perkembangan sosial dan  ekonomi dunia hari ini. 



41.          Manakala dalam Gelombang Ketiga, iaitu dari  tahun 2021 hingga 2025, semua sekolah, guru  dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Kementerian  akan  memberikan  tumpuan  kepada  usaha  meningkatkan  keluwesan  operasi  dan  menganjakkan  kebanyakan  sekolah  kepada  model  pengurusan  berasaskan  sekolah,  serta  membangunkan  model  kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran.  



Y!B Dato Sri dan hadirin yang dihormati sekalian, 



42.          Keseluruhan  anjakan  ini  akan  memberikan  impak  yang  besar  kepada  peningkatan  kualiti  pendidikan  negara.  Sekiranya  kesemua  11  anjakan  yang  terkandung  dalam  Pelan  ini  dilaksanakan  dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang kita akan menyaksikan satu anjakan  besar  dalam  sistem  pendidikan  negara,  iaitu  daripada  pendidikan  yang  berfokuskan  akses  kepada  pendidikan  yang  berfokuskan  kualiti.  Untuk  itu,  sepanjang  tempoh  pelaksanaan,  pegawai-pegawai  di  Kementerian, khususnya kumpulan pengurusan tertinggi, mempunyai KPI masing-masing yang dikaitkan  dengan pencapaian setiap sasaran yang ditetapkan. KPI ini akan disebarkan ke peringkat bawah, dari  Kementerian  hingga  ke  sekolah,  untuk  memastikan  matlamat  yang  hendak  dicapai  adalah  tekal  dan  selari.  



43.          Selain  itu,  Kementerian  akan  mewujudkan  Unit  Penyampaian  Pendidikan  (Education  Delivery  Unit)  untuk  memacu  pelaksanaan  Pelan  ini.  Unit  ini  akan  bertanggungjawab  memantau  kemajuan,  menyelesaikan  isu  pelaksanaan,  menguruskan  komunikasi  dengan  pihak  berkepentingan  dan 


  





mengumpul maklumbalas secara berterusan. Pegawai yang ditempatkan di unit ini akan terdiri daripada  mereka yang berbakat besar dan berpengalaman luas dalam mengurus transformasi, baik dalam sektor  awam mahupun sektor swasta. 



44.          Dalam konteks ini, Pelan ini agak berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu.  Di samping menghuraikan hasrat dan sasaran yang hendak dicapai, Pelan ini lengkap dengan kaedah  pelaksanaan, dan strategi penyampaian yang jelas.Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas  Antarabangsa  bahawa  kajian  semula  sistem  pendidikan  kita  telah  dilakukan  dengan  amat  teliti,  dan  kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.  



Y!B Dato Sri dan hadirin yang dihormati sekalian, 



45.          Inilah julung-julung kali dalam sejarah negara kita, satu pelan pembangunan pendidikan untuk  rakyat  disediakan  hasil  rundingan  awam  secara  telus  dan  terbuka.  Sukacita  saya  maklumkan  di  sini  bahawa sehingga kini, lebih 90 peratus pandangan yang dikemukakan oleh orang ramai menerusi siri  jelajah Dialog Nasional Pendidikan Negara telah diambilkira dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan  Pendidikan yang saya bentangkan pada hari ini.  



46.          Selepas  ini,  Kementerian  akan  mengadakan  Hari  Terbuka  untuk  membolehkan  masyarakat  umum meneliti kandungan Pelan ini, mendapatkan penjelasan dan mengemukakan maklumbalas lanjut  kepada  Kerajaan.  Saya  percaya,  apabila  pelan  ini  dibentangkan  kepada  Kabinet  kelak  dan  dimuktamadkan pada bulan Disember nanti, apa yang terhasil adalah satu pelan pendidikan yang sarat  dengan  cita-cita  dan  harapan  rakyat.  Inilah  tanda  kesungguhan  Kerajaan  Barisan  Nasional  bawah  kepimpinan Y!B Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun !bdul Razak, untuk menzahirkan  matlamat Dasar Transformasi Nasional yang berasaskan jangkaan dan pengharapan rakyat.  



47.          Selain itu, pelaksanaan keseluruhan Pelan ini pastinya melibatkan perbelanjaan yang agak besar.  Untuk itu, saya amat mengharapkan komitmen daripada YAB Perdana Menteri agar peruntukan yang  setimpal dapat diberikan kepada Kementerian Pelajaran. Saya yakin, dengan keprihatinan YAB Perdana  Menteri terhadap sektor pendidikan selama ini, lebih-lebih lagi sebagai mantan Menteri Pendidikan, YAB  Dato Sri pasti bersedia untuk terus memberikan komitmen kepada usaha melonjakkan kualiti  pendidikan negara.  



Y!B Dato Seri dan hadirin yang dihormati sekalian, 



48.          Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada  ahli-ahli panel Dialog Nasional Pendidikan Negara yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Wan Mohd. Zahid  Wan  Nordin,  ahli-ahli  dan  Panel  Penilai  Bebas  Malaysia  yang  diketuai  oleh  YBhg.  Prof.  Tan  Sri  Dato  Dzulkifli  Abdul  Razak  dan  kesemua  ahli  Panel  Penilai  Bebas  Antarabangsa,  iaitu  Dr.  Byong  Man  Ahn, 








Mantan  Menteri  Pelajaran  Korea,  Dr.  Micheal  Fullan,  Penasihat  Khas  Kepada  Perdana  Menteri  dan 

Menteri Pelajaran Ontario, Dr. Andreas Schleicher, Ketua Bahagian Indikator dan Analisis OECD, dan Dr. 

Lee Sing Kong, Pengarah Institut Pendidikan Singapura.  



49.          Tidak lupa juga, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para penyelidik daripada  Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti  Sains  Malaysia,  Universiti  Malaya  dan  Akademi  Kepimpinan  Pengajian  Tinggi  yang  telah  memberikan  input awal dalam penyediaan Pelan ini. 



50.          Seterusnya ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya kalungkan kepada pegawai-pegawai  di Kementerian Pelajaran, JPN, PPD, pengetua, guru besar, guru-guru dan semua yang terlibat dalam  usaha menyediakan Pelan ini.   



51.          Akhirnya, saya lagi saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB  Perdana Menteri yang sudi meluangkan masa hadir bersama-sama kita pada pagi ini untuk melancarkan  Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Negara. Semoga segala usaha murni yang kita lakukan  dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada rakyat akan diberkati oleh Allah s.w.t.  



Wabillahi al-taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 































No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara