KUANTAN 5 Okt. - Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang julung kali diadakan tahun ini bakal menawarkan biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi kepada peserta atau atlet yang berjaya menjuarai acara dipertandingkan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebanyak 22 acara akan dipertandingkan dalam SUKIPT yang akan berlangsung dari 28 Okt hingga 11 Nov dengan majlis perasmian dan penutupan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
"Mereka yang menjadi johan akan layak untuk biasiswa sukan itu," katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan karnival bola keranjang 3 ON 3" Institut Pengajian Tinggi di sini, hari ini.
Mengenai karnival bola keranjang 3 ON 3" IPT, beliau berkata sukan itu bukan lagi sukan yang didominasi oleh sesuatu kaum sahaja khususnya kaum Cina.
Katanya, kementerian mengganggap sukan itu harus dipromosi dan diberi tumpuan kerana lebih 500,000 rakyat negara ini yang bukan dari kaum Cina, juga bermain sukan berkenaan.
"Karnival ini akan dijadikan sebagai satu platform bagi meningkatkan minat pelajar-pelajar IPT dalam sukan itu," katanya.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment