Showing posts with label selingan/lain-lain. Show all posts
Showing posts with label selingan/lain-lain. Show all posts
Tuesday, January 29, 2013
Wednesday, January 16, 2013
Asal Usul Sambutan Maulidur Rasul
Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidakpernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.
Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.
Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.
Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.
Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.
Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.
Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.
Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.
Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.
Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.
Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.
Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.
Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.
Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.
Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.
Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.
Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.
Tuesday, January 15, 2013
Monday, January 7, 2013
Cara-cara install Windows 8
Windows 8 merupakan Windows terbaru dari Microsoft yang dilancarkan kepada orang ramai pada Oktober 2012 yang lalu. Ia membawa banyak perubahan, terutamanya dalam menyelaraskan user experience pada komputer, tablet, dan smartphone. Windows 8 juga memperkenalkan user interface baru yang dibina berdasarkan “Metro”.
Jika anda masih menggunakan Windows yang terdahulu, anda mungkin tertanya-tanya, mengapa anda perlu upgrade? Apa kelebihannya Windows 8? Apa yang saya boleh katakan adalah selain daripada sekuriti dan prestasi yang lebih baik, user interface “Metro” itu sendiri berbaloi untuk dicuba.
Cara terbaik untuk mengetahui betapa bagusnya sebuah operating system adalah dengan mencubanya sendiri. Artikel kali ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows 8 . Anda boleh upgrade Windows anda dengan mudah tanpa membuang dokumen anda, namun pastikan anda telah membuat backup terlebih dahulu. Mari kita mula:
1. Masukkan DVD/USB Windows 8 dan hidupkan komputer. Jika mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar, tekan Enter.
2. Window “Windows Setup” keluar. Tekan Next.
3. Klik “Install now”
4. Pilih jenis OS yang anda mahu (jika anda tidak tahu apakah perbezaannya, pilih ‘x86’) dan tekan Next.
5. Baca terma dan syarat yang dipaparkan. Jika anda setuju dengannya, klik “I accept the license terms” dan tekan Next.
6. Pilih ‘Upgrade’ jika anda ingin mengekalkan semua software yang anda telah install pada Windows sebelumnya. Jika tidak, pilih ‘Custom’.
7. Pilih partition mana yang anda ingin masukkan Windows, dan tekan Next (jika anda memilih partition yang telah mengandungi Windows, segala fail-fail Windows yang lama termasuk “My Documents” akan dipindahkan ke dalam folder ‘Windows.old’).
8. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai, dan komputer akan restart (jika mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar sekali lagi, jangan tekan apa-apa).
9. Berikan nama bagi komputer anda, dan tekan Next.
10. Pilih “Use express settings” untuk menetapkan Windows mengikut senarai yang dipaparkan, atau pilih ‘Customize’ untuk menetapkannya satu-persatu.
11. Anda boleh masukkan email anda, atau klik pada “Sign in without a Microsoft account” untuk teruskan.
12. Jika anda memilih untuk tidak menggunakan akaun Microsoft, tekan “Local account”.
13. Masukkan nama bagi akaun PC anda, dan tekan “Finish”.
14. Windows 8 anda sudah sedia dan boleh digunakan!
Thursday, January 3, 2013
Pendapatan 100 jutawan dunia cecah RM5.77 trilion
Carlos menduduki tempat pertama individu terkaya dunia manakala Robert Kuok, rakyat Malaysia tersenarai di tempat ke-41.
Carlos Slim pengasas syarikat telekomunikasi Mexico individu terkaya dunia
Jumlah kekayaan hartawan dunia bertambah tahun lalu dengan peningkatan nilai bersih terkumpul masing-masing AS$241 bilion (RM732 bilion).
Indeks Jutawan Bloomberg iaitu ranking harian 100 individu terkaya di dunia, mendapati nilai bersih terkumpul keseluruhan 100 jutawan dunia adalah AS$1.9 trilion (RM5.77 trilion) selepas pasaran ditutup pada 31 Disember lalu.
Daripada 100 individu yang disenarai dalam ranking terakhir 2012, hanya 16 mencatatkan kerugian bersih dalam tempoh 12 bulan lalu.
“Tahun 2012 adalah tahun yang hebat kepada hartawan dunia,” kata tokoh perniagaan dan pemilik Red Apple Group Inc, John Catsimatidis dalam satu e-mel yang dihantar dari Bahamas.
“Pada 2013, mereka akan terus meninjau pelaburan di serata dunia yang tidak semestinya di Amerika Syarikat (AS) untuk memberikan kelebihan kepada diri masing-masing.”
Amancio Ortega, warga Sepanyol yang mengasaskan syarikat peruncitan Inditex SA adalah individu yang meraih keuntungan terbesar. Ortega kini adalah individu ketiga terkaya dunia.
Mengikut indeks itu, nilai kekayaan jutawan berusia 76 tahun itu meningkat AS$22.2 bilion (RM67.5 bilion) kepada AS$57.5 bilion (RM174.6 bilion) apabila saham Inditex, syarikat yang mengendalikan perniagaan rangkaian pakaian Zara, meningkat 66.7 peratus.
“Ia adalah syarikat mantap yang meraih pendapatan hebat dan keuntungannya menepati justifikasi berikutan prestasinya itu,” kata Penganalisis Barclays Plc di London, Christodoulos Chaviaras, yang memberikan penarafan ‘setara’ kepada Inditex selama setahun.
“Bolehkan mereka mengulanginya? Ia menjadi lebih sukar. Banyak berita positif sudah pun dicerminkan pada harga sahamnya.”
Saham global meningkat pada 2012. Indeks MSCI World menokok 13.2 peratus tahun lalu untuk ditutup pada 1,338.50 pada 31 Disember.
Indeks Standard and Poor’s 500 (S&P) meningkat 13.4 peratus untuk ditutup pada 1,426.19. Saham Eropah melonjak pada separuh kedua tahun lalu.
Stoxx Europe 600 menokok 19.6 peratus sejak 4 Jun, meningkat apabila Bank Pusat Eropah (ECB) memperkenalkan program pembelian bon, S&P menaikkan penarafan hutang Greece serta peningkatan keyakinan perniagaan di Jerman yang melebihi unjuran.
Kenaikan 14.4 peratus pengukur penanda aras itu tahun lalu adalah pulangan tahunan tertinggi sejak 2009.
Carlos Slim, jutawan telekomunikasi yang menguasai syarikat Mexico, America Movil SAB mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya dunia sepanjang tahun lalu.
Nilai bersih jutawan berusia 72 tahun itu meningkat AS$13.4 bilion (RM40.7 bilion), atau 21.6 peratus sehingga 31 Disember lalu, menjadikannya individu yang meraih keuntungan kedua tertinggi pada 2012.
Keuntungan diraih konglomerat industri Slim, Grupo Carso SAB dan Grupo Financiero Inbursa iaitu operasi perbankan serta insuransnya, lebih daripada mengimbangi penurunan yang dicatatkan oleh America Movil, yang juga pegangan terbesarnya.
Pengendali mudah alih terbesar di benua Amerika dari segi langganan itu jatuh 5.8 peratus untuk ditutup pada 14.9 peso, hujung tahun lalu.
“America Movil bukan lagi cerita pertumbuhan seperti sebelumnya, memandangkan penembusan tanpa wayar di benua Amerika Latin telah berlaku sejak lima tahun lalu,” kata penganalisis Stifel Nicolaus & Co, Chris King, di Baltimore, Maryland.
“Ia terus menjana sejumlah besar aliran tunai dan mempunyai set aset telekomunikasi di seluruh rantau Amerika Latin.”
Jutawan perisian AS, Bill Gates, 57, berada di tempat kedua dalam senarai itu.
Beliau ketinggalan AS$12.5 bilion (RM38 bilion) di belakang Slim.
Kekayaan pengasas bersama Microsoft itu meningkat AS$7 bilion (RM21.2 bilion) apabila saham syarikat berpangkalan di Washington itu meningkat 2.9 peratus.
Kekayaan Warren Buffett, 82, Pengerusi Berkshire Hathaway yang kehilangan gelarannya kepada Ortega pada 6 Ogos lalu, meningkat AS$5.1 bilion (RM15.5 bilion) tahun lalu.
Pengasas IKEA, Ingvar Kamprad, 86, adalah individu kelima terkaya dunia dengan nilai kekayaan berjumlah AS$42.9 (RM130.3 bilion).
‘Raja Gula’, Robert Kuok pula muncul satu-satunya rakyat Malaysia tersenarai dalam indeks itu apabila menduduki tempat ke-41 dengan nilai kekayaan AS$17.9 bilion (RM54.3 bilion). - Bloomberg
Monday, December 31, 2012
9 Kereta Paling Jimat Minyak 2012 ( Ranking Dunia)
Kereta yang dicipta oleh syarikat automotif biasanya mengambil kira kuasa serta teknologi enjin,keselesaan,maka di sana pertimbangan sudah tentunya pelbagai cita rasa sama ada kereta itu untuk keluarga seperti MPV atau SUV, atau sedan .Malahan hybrid dan kuasa elektrik juga menjadi pertimbangan.Namun paling penting kereta yang dipilih mampu membakar bahan api atau menggunakan kuasa elektrik serta gas dengan sempurna menjadi pilihan utama.dengan kata lain kereta yang dipih mampu menjimatkan minyak atau duit anda. Penilaian ini berdasarkan kepada kereta paling menjimatkan,walaupun harganya memang boleh tahan bagi pasaran tempatan,malah ada yang belum sampai ke Malaysia pun .
Kereta elektrik terbaik di alam kelasnya.mempunyai petroleum dan juga elektrik untuk mengerakkan kereta.Memang efisyen bagi menjimatkan minyak,Kalau tak salah kereta ini sudah diperkenalkan sejak tahun lepas,tetapi masih mendominasi kereta menjimatkan minyak.'EV' bermaksud Electric Vehicle'. Diiktiraf di USA sepanjang 2011 - hingga awal 2012 sebagai kereta paling cekap menggunakan bahan api. Namun apa yang paling penting pada pandangan lovehijau kereta ini mesra alam ,ianya lebih dari kereta hibrid. Anggaran harga Malaysia RM 150k ke atas.

Atas kesedaran alam sekitar yang bersih Syarikat Toyota melancar Prius. Terjual di 70 buah negara.Jangan terkejut jika antara bahan dalaman Prius ini merupakan gentian kenaf dan Rami yang melalui teknologi tinggi (bioplastik berasaskan tumbuhan ). Namun apa yang lebih penting ianya memang menjimatkan minyak di alam kelasnya. Kereta Prius memang sudah lama di pasaran Malaysia, dengan harganya 150 k ke atas.

Merupakan Car Of The Year 2008 di Jepun,memang merupakan kereta yang hampir sama dengan Mitshubishi MiEV.dengan mementingkan konsep mesra alam serta penjimatan sumber bahan api versi EV,atau kenderaan elektrik di katakan akan dilancarkan pada Ogos 2012. Menurut sumber Toyota hanya 600 unit versi EV akan dibina dengan 400 unit untuk pasaran Jepun dan selebihnya untuk Eropah dan USA.

Memecah dominasi Toyota, Ford Fiesta 2012 memang merupakan kereta paling efisyen di dalam bahan bakar yang sempurna,serta hibrid

Untuk tahun 2012 Toyota Prius V,merupakan kereta sepenuhnya menggunakan sistem hibrid gas. Merupakan 5 finalis kereta berteknologi hijau mesra alam 2012 di Los Angeles USA oleh Green Car Journal Nov 2011. Hanya akan dipasarkan pada pertengahan tahun 2012 di Eropah.

Walaupun menggunakan diesel,namun mampu menghasilakan pembakaran bahan api yang sempurna serta menjimatkan minyak.

Kerete SUV ini sememangnya menjimatkan minyak di dalam kelasnya dan dijangka menjadi pilihan Eropah

Memecah dominasi Toyota di dalam kereta paling jimat minyak. Merupakan mini SUV dan dijangka akan menguasai pasaran Eropah
Pada tahun tahun mendatang, teknologi kereta sudah pastinya akan menumpukan perhatian kepada tenaga yang boleh diguna pakai berulang kali, nampaknya kereta hibrid dan elektrik akan mengambil tempat,apabila sumber bahan api fosil semakin berkurangan.namun dengan faktor harga yang agak tinggi sukar untuk merealisasikan keadaan ini di banyak negara di Asia,walau pun di sana terdapatnya gergasi permotoran yang hebat seperti Jepun,bersediakah rakyat Malaysia ke arah teknologi hijau? Mampukah industri permotoran negara menghasilkan ciptaan kenderaan mesra alam serta mesra sumber? Atau biodiesel negara boleh terus di pacu bersama ciptaan yang hebat mesra alamnya
No 1: Mitsubishi i MiEV

No 2: Toyota Prius

Atas kesedaran alam sekitar yang bersih Syarikat Toyota melancar Prius. Terjual di 70 buah negara.Jangan terkejut jika antara bahan dalaman Prius ini merupakan gentian kenaf dan Rami yang melalui teknologi tinggi (bioplastik berasaskan tumbuhan ). Namun apa yang lebih penting ianya memang menjimatkan minyak di alam kelasnya. Kereta Prius memang sudah lama di pasaran Malaysia, dengan harganya 150 k ke atas.
No 3: Lexus CT 200h

Kereta hibrid elektrik mewah,terdapat empat versi iaitu Normal ,sport, eco dan EV. EV menggunakan elektrik sepenuhnya.Walaupun begitu harga di pasaran Malaysia memang tinggi dan Toyota mensasarkan penjualan kereta jimat minyak yang mewah ini untuk pasaran Eropah
No 4 : Toyota iQ

Merupakan Car Of The Year 2008 di Jepun,memang merupakan kereta yang hampir sama dengan Mitshubishi MiEV.dengan mementingkan konsep mesra alam serta penjimatan sumber bahan api versi EV,atau kenderaan elektrik di katakan akan dilancarkan pada Ogos 2012. Menurut sumber Toyota hanya 600 unit versi EV akan dibina dengan 400 unit untuk pasaran Jepun dan selebihnya untuk Eropah dan USA.
No 5: Ford Fiesta

Memecah dominasi Toyota, Ford Fiesta 2012 memang merupakan kereta paling efisyen di dalam bahan bakar yang sempurna,serta hibrid
No 6: Toyota Prius V
Untuk tahun 2012 Toyota Prius V,merupakan kereta sepenuhnya menggunakan sistem hibrid gas. Merupakan 5 finalis kereta berteknologi hijau mesra alam 2012 di Los Angeles USA oleh Green Car Journal Nov 2011. Hanya akan dipasarkan pada pertengahan tahun 2012 di Eropah.
no 7: Wolkswagen Passat

Walaupun menggunakan diesel,namun mampu menghasilakan pembakaran bahan api yang sempurna serta menjimatkan minyak.
No 8: Ford Escape hibrid

Kerete SUV ini sememangnya menjimatkan minyak di dalam kelasnya dan dijangka menjadi pilihan Eropah
No 9: Nissan Juke

Memecah dominasi Toyota di dalam kereta paling jimat minyak. Merupakan mini SUV dan dijangka akan menguasai pasaran Eropah
Pada tahun tahun mendatang, teknologi kereta sudah pastinya akan menumpukan perhatian kepada tenaga yang boleh diguna pakai berulang kali, nampaknya kereta hibrid dan elektrik akan mengambil tempat,apabila sumber bahan api fosil semakin berkurangan.namun dengan faktor harga yang agak tinggi sukar untuk merealisasikan keadaan ini di banyak negara di Asia,walau pun di sana terdapatnya gergasi permotoran yang hebat seperti Jepun,bersediakah rakyat Malaysia ke arah teknologi hijau? Mampukah industri permotoran negara menghasilkan ciptaan kenderaan mesra alam serta mesra sumber? Atau biodiesel negara boleh terus di pacu bersama ciptaan yang hebat mesra alamnya
Subscribe to:
Posts (Atom)