Social Icons

-
Showing posts with label ICT Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label ICT Pendidikan. Show all posts

Monday, January 7, 2013

Cara-cara install Windows 8


Windows 8 merupakan Windows terbaru dari Microsoft yang dilancarkan kepada orang ramai pada Oktober 2012 yang lalu. Ia membawa banyak perubahan, terutamanya dalam menyelaraskan user experience pada komputer, tablet, dan smartphone. Windows 8 juga memperkenalkan user interface baru yang dibina berdasarkan “Metro”.

Jika anda masih menggunakan Windows yang terdahulu, anda mungkin tertanya-tanya, mengapa anda perlu upgrade? Apa kelebihannya Windows 8? Apa yang saya boleh katakan adalah selain daripada sekuriti dan prestasi yang lebih baik, user interface “Metro” itu sendiri berbaloi untuk dicuba.

Cara terbaik untuk mengetahui betapa bagusnya sebuah operating system adalah dengan mencubanya sendiri. Artikel kali ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows 8 . Anda boleh upgrade Windows anda dengan mudah tanpa membuang dokumen anda, namun pastikan anda telah membuat backup terlebih dahulu. Mari kita mula:

1. Masukkan DVD/USB Windows 8 dan hidupkan komputer. Jika mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar, tekan Enter.
cara-install-windows-8

2. Window “Windows Setup” keluar. Tekan Next.
cara-install-windows-8

3. Klik “Install now”
cara-install-windows-8

4. Pilih jenis OS yang anda mahu (jika anda tidak tahu apakah perbezaannya, pilih ‘x86’) dan tekan Next.
cara-install-windows-8

5. Baca terma dan syarat yang dipaparkan. Jika anda setuju dengannya, klik “I accept the license terms” dan tekan Next.
cara-install-windows-8

6. Pilih ‘Upgrade’ jika anda ingin mengekalkan semua software yang anda telah install pada Windows sebelumnya. Jika tidak, pilih ‘Custom’.
cara-install-windows-8

7. Pilih partition mana yang anda ingin masukkan Windows, dan tekan Next (jika anda memilih partition yang telah mengandungi Windows, segala fail-fail Windows yang lama termasuk “My Documents” akan dipindahkan ke dalam folder ‘Windows.old’).
cara-install-windows-8

8. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai, dan komputer akan restart (jika mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar sekali lagi, jangan tekan apa-apa).
cara-install-windows-8

9. Berikan nama bagi komputer anda, dan tekan Next.
cara-install-windows-8

10. Pilih “Use express settings” untuk menetapkan Windows mengikut senarai yang dipaparkan, atau pilih ‘Customize’ untuk menetapkannya satu-persatu.
cara-install-windows-8

11. Anda boleh masukkan email anda, atau klik pada “Sign in without a Microsoft account” untuk teruskan.
cara-install-windows-8

12. Jika anda memilih untuk tidak menggunakan akaun Microsoft, tekan “Local account”.
cara-install-windows-8

13. Masukkan nama bagi akaun PC anda, dan tekan “Finish”.
cara-install-windows-8

14. Windows 8 anda sudah sedia dan boleh digunakan!

Monday, November 26, 2012

Menghilangkan jejak penggunaan PC


banner_left_cc
Tahukah anda bahawa kebanyakan aktiviti penggunaan PC meninggalkan jejak? Ini termasuklah jejak-jejak yang menunjukkan dokumen, laman web, fail-fail sementara, log yang ditinggalkan oleh perisian-perisian lain  serta maklumat-maklumat anda tidak mahu diketahui oleh orang lain.
Oleh itu entry kali ini akan memperkenalkan CCleaner iaitu sebuah perisian percuma dari Piriform yang dapat mengoptimumkan sistem pc dan membersih jejak sesebuah PC. Software ini mampu membuang fail-fail yang tidak berguna dari sistem, ini akan membuatkan komputer berfungsi lebih pantas dan memberi lebih ruang kepada hardisk.
CCleaner juga membersihkan segala jejak aktiviti internet anda seperti laman web yang pernah dilayari.
Jadi selepas ini anda boleh melayari internet dan menggunakan komputer dengan selamat!
download

Saturday, November 24, 2012

Install Dotted Font (Font Titik-Titik)


Sebelum kanak-kanak mampu menulis sendiri dengan baik dan kemas, kanak-kanak biasanya dibimbing dengan titik-titik huruf. Latihan seumpama ini sememangnya membantu kanak-kanak untuk membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf dan jarak antara setiap perkataan. Contoh latihan seperti di bawah.

Latihan menulis
Latihan di atas dibentuk hanya dengan menggunakan Microsoft Word 2010 dengan font tambahan yang perlu di installterlebih dahulu:
  1. PrintClearly_TT
  2. PrintDashed_TT
(Klik ikon DOWNLOAD untuk muat turun font)
Cara install font:
1. Pastikan extract dahulu bahan download di atas.
2. Untuk Window 7 dan keluarganya:
  • Klik kanan mana-mana fail .ttf dan pilih Install
  • Selesai
atau
  • Klik kiri dua kali pada fail .ttf untuk preview kemudian pilih Install
  • Selesai
3. Untuk Window XP dan keluarganya:
  • Buka Control Panel dari menu Start
  • Klik dua kali (kiri) pada folder Font
  • Pada menu File klik Install New Font
  • Pointkan pada drive dan folder yang mengandungi fail .ttf yang telah dimuat turun di atas.
  • Tekan OK
  • Selesai
Lazimnya untuk membentuk latihan seperti di atas, beberapa laman web menyediakan “generator” atau “maker” yang memudahkan proses guru-guru membina latihan untuk murid masing-masing.
Antara contoh-contoh laman web yang menyediakan “dotted font generator
Klik pada gambar untuk ke laman berkenaan (Tetingkap baharu akan dibuka)
SOFTSCHOOLS.COM

Handwriting for kids
  1. Boleh tulis sehingga 1o baris jadi boleh lah letak sepuluh perkataan atau sepuluh ayat dalam baris berbeza.
  2. Banyak ketetapan yang boleh diubah seperti arahan, saiz huruf, orientasi kertas, saiz kertas dan boleh letak frame kalau nak.
  3. Latihan boleh diubahsuai sendiri, sekiranya mahu kanak-kanak menulis semula ayat hanya kosongkan line ruangan line seterusnya. (contoh: tulis “ayah beli lori” di Line 1, kosongkan Line 2. Ayat seterusnya di Line 3)
  4. Perlu save segera sebaik sahaja generate, jadi tak dapat review dahulu.
HANDWRITINGWORKSHEETS.COM

Handwriting Practice
  1. Terhad kepada satu baris sahaja, jadi sesuai untuk latihan menulis ayat.
  2. Latihan yang dibentuk hanya terhad kepada mengikut titik-titik, tiada penulisan sendiri.
KIDZONE.WS

Creating a tracer page
  1. Boleh pilih bentuk tulisan samada block, script atau cursive
  2. Bina 4 baris perkataan/ ayat.
  3. Latihan yang dibentuk hanya terhad kepada mengikut titik-titik, tiada penulisan sendiri.
TOOLSFOREDUCATORS.COM

Tools for educator
  1. Sebelum boleh guna, kena download dan install dulu font yang disediakan di web.
  2. Sesuai untuk latihan menulis yang ada gambar (seperti contoh di atas), jadi tak perlu susah-susah cari gambar sendiri.
  3. Gambar-gambar diasingkan mengikut kategori (pelbagai kategori)
  4. Ada pilihan untuk membentuk latihan bagi kanak-kanak tulis sendiri.

Berlatih Menaip Dengan Pantas



Kemahiran menaip sudah menjadi satu keperluan pada masa kini, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang sudah sebati dalam setiap pekerjaan. Sebahagian besar pekerjaan pada masa kini melibatkan kerja-kerja menaip.
Walaubagaimanapun kebanyakan daripada kita tidak pernah belajar untuk menaip dengan cara yang betul. Ini sangat merugikan kerana kita membazirkan masa yang sangat banyak “berperang” dengan keyboard berbanding menggunakan masa tersebut untuk kerja-kerja yang lebih produktif. Contohnya menaip satu laporan satu mukasurat mungkin mengambil masa hampir setengah jam, sepatutnya hanya memakan masa kurang daripada lima minit.


Untuk menguasai kaedah menaip dengan betul dan pantas tidaklah sesukar yang disangka. Ia hanya memerlukan kesabaran dan sedikit latihan yang berterusan. Ingat bahawa matlamat kita bukanlah untuk menjadi penaip yang terpantas di dunia, sebaliknya cukuplah sekadar menaip menggunakan sepuluh jari tanpa perlu melihat keyboard.

Saya akan berkongsi beberapa tips untuk memulakan latihan menaip pantas.
1. Belajar kedudukan jari yang betul pada keyboard
  • Berhenti daripada menaip dengan satu, dua, tiga atau empat jari sebaliknya gunakan kesemua jari tangan yang korang ada. Teknik ini dikenali sebagai touch typing. Panduan seperti gambar di bawah.
  • Kalau korang perasan pada huruf F dan J di keyboard ada garisan timbul kan? Itu adalah panduan untuk korang letakkan jari jemari korang pada home keys yang betul. Ibu jari hanya digunakan untuk menekan space barsahaja. Saya pula lebih suka meletakkan jari pada home keys secara separa terapung iaitu sentuh sedikit sahajakey tersebut dengan hujung jari.
  • Pada QWERTY keyboard yang biasa kita gunakan home keys ialah “asdfjkl;”
  • Fungsi home keys ni adalah untuk membolehkan setiap huruf-huruf pada keyboard ditekan oleh home keys yang terhampir seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
2. Berlatih menaip tanpa melihat keyboard
  • Setelah tahu kedudukan home keys dan pergerakan setiap jari yang betul. Berlatih untuk menaip secara drilling tanpa melihat keyboard. Mata hanya tertumpu pada huruf-huruf yang muncul pada skrin bukannya padakeyboard. Untuk mahir korang hanya perlu buat latihan dan ulangan secara sangat kerap pada peringkat awal.
  • Ingat bahawa teknik touch typing tidak melibatkan penglihatan untuk mencari huruf-huruf dan aksara padakeyboard sebaliknya ingatan secara spontan pada pergerakan jari.
  • Jadi masa berlatih jangan tengok keyboard langsung.
3. Tumpukan kepada ketepatan (accuracy) perkataan dan bukan kepada kepantasan (speed)
  • Antara faktor utama yang membuatkan anda menaip tidak pantas ialah kecenderungan untuk membetulkan kesilapan menaip dengan segera semasa berlatih.
  • Seharusnya semasa latihan tumpuan harus diberikan kepada ketepatan (accuracy) dan bukannya pada kelajuan (speed) namun sekiranya terdapat kesalahan, biarkan kesalahan tersebut dan teruskan menaip. Apabila korang hanya cenderung untuk menaip pantas pada peringkat awal, percayalah bahawa korang hanya akan membuat lebih banya kesilapan.
Kaedah terbaik yang menyumbang ke arah kejayaan korang menguasai kemahiran menaip dengan pantas ini adalah melalui latihan yang sangat kerap bermula dengan berlatih home keys terlebih dahulu.
Tidak dinafikan bahawa ada di antara kita yang mampu menaip dengan pantas meskipun tanpa menggunakan kesemua jari bahkan mungkin hanya menggunakan kedua-dua jari telunjuk sahaja. Jadi sekiranya korang sudah selesa dengan teknik korang itu terserahlah pada kehendak masing-masing.
Korang kini tidak perlu bersusah payah merancang urutan latihan untuk berlatih menaip kerana  kini sudah terdapat pelbagai software yang menyediakan modul untuk menaip secara pantas. Software yang saya cadangkan ialah Typing Master Pro. Korang boleh membeli terus dari laman web rasminya di SINI atau sekiranya korang tak kisah korang boleh download versi crack dengan mengklik butang download di bawah
Kursus yang disusun di dalam Typing Master Pro ini adalah sangat tersusun dan sangat sistematik. Korang boleh tengok progress korang dari masa ke semasa dan berlatih key-key yang bermasalah. Korang juga boleh pilih course yang korang nak iaitu touch typing course (untuk yang baru belajar menaip) ataupun speed building course (untuk yang dah pandai touch typing tapi sekadar nak tingkatkan lagi kepantasan menaip)
Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya anda betul-betul komited dalam mengikuti modul dan latihan yang disediakan, anda dapat menguasai kemahiran touch typing ini hanya dalam tempoh sebulan. Sepanjang sebulan itu anda perlu berlatih setiap hari. Selain dari itu, latihan intensif seperti ini memerlukan anda mempunyai kesabaran yang tinggi kerana belajar menaip ini mudah membuatkan anda mengalami tekanan perasaan.
Sekiranya anda telah install Typing Master Pro ini ke komputer anda, tahniah saya ucapkan kerana ini adalah langkah pertama anda ke arah menguasai kemahiran touch typing. Anda tidak perlu mengadap selama sejam setiap kali berlatih. Cukuplah sekadar berlatih satu sub-topik (lebih kurang 3-6 minit) setiap kali sebelum berfacebook, main game, buat assignmentsurt internet ataupun sebelum tgk movie. Seperti saya saya katakan sebelum ini yang penting ia dilakukan secara berterusan dan biasakan diri menaip dengan sepuluh jari setiap kali anda menaip.
Screen Shot Typing Master Pro:
Lama kelamaan bila korang dah rasa mahir ataupun agak-agak dah mahir dan ingin menguji kepantasan korang untuk mendapatkan ranking secara online, korang boleh uji kepantasan di Malaysian Typing Speed Test dan dapatkan result korang.

Friday, November 23, 2012

“Download” Cara Mudah Dengan Internet Download Manager


Kelebihan Internet Download Manager (IDM) memberikan anda kepantasan mendownload sehingga lima kali ganda. Jika proses download korang kerap terganggu akibat masalah internet, laptop abis bateri ataupun masalah gangguan elektrik, tak perlu bimbang lagi kerana kebanyakannya mampu disambung semula oleh oleh IDM. Bentuk antaramukanya juga mudah dan senang digunakan.
Selain itu satu ciri pintar yang ditawarkan oleh IDM ialah korang boleh mendownload video-video streaming yang berformat .flv seperti di Youtube hanya dengan satu/dua klik.
Lihat di bawah:

Lebih menarik lagi, fungsi IDM bukan hanya terhad untuk download kandungan video sahaja tetapi juga sebarang kandungan lain. Beberapa file juga boleh didownload secara serentak!
Sekiranya IDM tidak mendownload secara automatik sesetengah sambungan fail (file extension) sila ke Downloads>Option (Rujuk bawah)




Sekian tutorial buat kali ini. Dapatkan IDM V 5.19 (Lengkap) pada link di bawah. Sebarang masalah jangan segan-segan tanya..

Save atau convert video dari Youtube


Sebenarnya terdapat banyak cara untuk download dan save video dari dari streaming site seperti youtube, dailymotion, metacafe dan sebagainya. Banyak video dari stereaming site ini sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama atau digunakan di dalam P&P.
keepvidlogo
Kali ini saya ingin berkongsi satu cara mudah untuk save video dari Youtube, antara streaming site yang terpopular pada masa kini tanpa perlu memasang sebarang software ke dalam komputer atau sebarang add-on mahupun plugins. Melalui cara ini korang boleh gunakan mana-mana komputer yang mempunyai akses internet. Korang boleh terus mendownload mana-mana video yang korang suka.
Mula-mula, kenalpasti URL video youtube yang hendak didownload terlebih dahulu. (Contohnya:-http://www.youtube.com/watch?v=9pBe2_tbPUE )
Kemudian korang boleh convert atau save secara online di laman web www.keepvid.com
Di situ pada ruangan URL, masukkan url video dari youtube yang korang nak tu. Dah siap masuk, tekan “DOWNLOAD” (lihat gambar di bawah)
keepvid download
Tunggu beberapa saat (bergantung kepada saiz video) sehingga page akan reload.
Sebaik sahaja proses tersebut selesai, korang boleh pilih samada nak simpan file tadi dalam bentuk .flv (kualiti rendah) ataupun .mp4 (kualiti tinggi). Klik kanak pada pilihan dan pilih “save link as..”
download
Jadi selepas ini korang boleh download mana-mana video dari youtube yang korang suka tanpa perlu memikirkan tentang software yang sesuai.
Sekian dan selamat mencuba!

Thursday, November 22, 2012

Aplikasi rekodkan salasilah keluarga


sekadar hiasan


Terdapat satu laman web yg membolehkan anda dan saudara mara yg jauh merekodkan susur galur keluarga anda dengan mudah dan diakses oleh mereka.laman web yg dimaksudkan adlh; http://www.myheritage.com/.
Untuk memulakannya, anda perlu masukkan maklumat yg diminta seperti nama anda,bapa,ibu,email dan sebagainya.setelah anda melengkapkanny,anda akn dibawa ke page samada mahukan aplikasi yg berbayar atau free.


Selepas membuat plhn tersebut,anda diminta utk membuat pasword. page pengenalan akan muncul untuk memberitahu apa fungsi&aplikasi yang disediakan.kemudian anda diberi peluang untuk membuat page khas utk keluarga anda seperti ".......myheritage.com.
dengan arahan yang diberikan,maka anda boleh la mulakan explorasi keluarga anda. =)


saudara anda juga boleh masukkan nama2 ahli keluarga dia di page yang anda bina itu.contohnya anda d malaysia,anak saudara anda di Jepun.dia boleh mengakses page ini dan masukkan data seperti adik beradik dia,anak dia dan sesape sahaja yang ada kaitan dengan keluarga anda.

Wednesday, November 21, 2012

Aplikasi Online Dengan Google Docs



Aplikasi percuma yang ditawarkan oleh Google ni amat menarik kerana pelbagai dokumen seperti MS Powerpoint, Word dan sebagainya dapat dipaparkan secara online untuk dimanfaatkan oleh pelajar. Cara menggunakannya pun agak mudah dan boleh diakses di mana-mana dengan syarat ada sambungan ke internet. Powerpoint yang kita hasilkan tentang sesuatu topik boleh dikongsi dengan pelajar dan hasil kerja pelajar juga boleh paparkan. pelajar tentu suka apabila hasil kerja mereka dihargai.. Cubalah ye.
Klik di sini : Google Docs

Tukar Tulisan Rumi Ke Jawi



ejawi.net merupakan satu laman web khas yang dihasilkan untuk pencinta tulisan jawi.  Anda yang hendak menukarkan tulisan rumi ke tulisan jawi boleh menggunakan khidmat ejawi.net dengan mudah dan cepat. Amat disyorkan kepada para guru khususnya GPI untuk mengajar dan sebagainya.
Link Web : ejawi.net

Bina Peta Minda Guna XMind



XMind merupakan satu perisian untuk menghasilkan Peta Minda dengan mudah dan cepat. Dan yang lebih penting ianya PERCUMA. Pelbagai topik boleh dibuat dalam bentuk Peta Minda yang menarik dan boleh dicetak. Guru juga boleh melatih pelajar untuk mengunakan perisian ini. Selamat mencuba!!
Download di sini : XMind.net

Tuesday, November 20, 2012

Bina Teka Silang Kata Menggunakan Eclipscrossword



Satu lagi perisian untuk membina teka silangkata PERCUMA ialah EclipseCrossword. Perisian ini mudah digunakan dan boleh dicetak atau dipaparkan secara online di dalam blog atau laman web. Ianya amat sesuai untuk memantapkan ingatan dan pemahaman pelajar bagi soalan yang berbentuk fakta. Mesti cuba tau..!!
Download di sini : Eclipscrossword

KITAB ONLINE


Ingin mencari himpunan kitab-kitab secara online? Anda boleh lihat kandungan kitab suci Al-Quran, Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan banyak lagi dengan melayari laman web di bawah. Ianya lengkap dengan terjemahan dan amat memudahkan pencarian. Terima kasih kepada pihak yang telah membangunkan perisian PERCUMA ini. Semoga usaha anda diberkati..!

Klik di sini : http://lidwa.com/app/

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara