B AHAGIAN Pendidikan Teknik dan Vokasional menggariskan enam strategi - serta beberapa pendekatan pengurusan terkini - untuk memperkasa pendidikan vokasional dan teknikal.
Enam strategi itu ialah:
lMempertingkatkan kualiti pengurusan vokasional dan teknik.
lMemperkasakan kurikulum vokasional dan teknik.
lMeningkatkan hubungan industri dan badan profesional.
lMemperkasa keusahawanan di sekolah (school enterprise).
lMemantapkan jalinan hubungan dengan IPTA/IPTS dan agensi latihan awam dan swasta.
lPerancangan komunikasi - Mengubah minda masyarakat ke arah menjadikan program vokasional dan teknikal sebagai pilihan utama pendidikan.
Sementara konsep 5S adalah antara pendekatan pengurusan yang dicadangkan. Program 5S ialah sisih (seiri), susun dalam turutan (seiton), sapu (seiso), seragam (seiketsu) dan sentiasa amal (shitsuke).
Tuesday, September 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment