Social Icons

-

Tuesday, September 14, 2010

GPMS setuju UPSR, PMR dihapuskan

KUALA LUMPUR 20 Jun — Beberapa pihak berkaitan hari ini bersetuju dengan cadangan Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mengelakkan sistem pendidikan negara daripada terus berorientasikan peperiksaan.

Masing-masing juga berpendapat pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu akan membolehkan pelajar menumpukan kepada peperiksaan yang lebih penting dalam menentukan hala tuju mereka.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Jais Abdul Karim berkata, langkah itu akan dapat memantapkan sistem pendidikan dan seterusnya melahirkan pelajar yang lebih fokus dan tenang.

"Sistem kita hari ini terlalu berorientasikan peperiksaan dan ini memberi tekanan kepada pelajar dan mereka belajar secara membuta tuli semata-mata untuk lulus peperiksaan tanpa memikirkan sama ada ilmu yang diperolehi boleh digunakan pada masa-masa akan datang," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Persatuan Bekas Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Abdul Karim Abdullah pula berkata, pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu akan membolehkan pelajar dan guru menumpukan perhatian kepada kegiatan kokurikulum dan sukan.

Sebelum ini mereka anggap kegiatan sukan dan kokurikulum mengganggu masa pembelajaran kerana pelajar harus bersedia hadapi peperiksaan, tetapi apabila peperiksaan dimansuhkan kelak pelajar akan ada lebih masa untuk fokus kepada kegiatan kokurikulum dan sukan, katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara