MAJLIS Perwakilan Pelajar (MPP), Management & Science University (MSU) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Pelajar & Kerjaya (SCD) universiti berkenaan menjayakan misi kemanusiaan ke Padang baru-baru ini. Misi yang dikenali sebagai Pandanglah Padang 2 itu adalah susulan misi pertama pada penghujung 2009 lalu dijayakan dengan kerjasama Malaysia Relief Agency (MRA).
Program itu jug adalah sebahagian daripada kokurikulum yang direncanakan MSU dalam usaha melahirkan graduan cemerlang.
Aktiviti sebegini juga meningkatkan ciri-ciri kemahiran insaniah yang positif serta memberikan mereka pendedahan antarabangsa.
Kunjungan pelajar MSU ke kawasan bencana gempa bumi di Padang, Indonesia itu menghulurkan bantuan kemanusiaan dari segi bantuan pendidikan, gotong-royong memasak bersama penduduk, gotong-royong mendirikan rumah serta klinik bergerak. Mereka turut melakukan pemeriksaan kesihatan kepada setiap kawasan bencana yang dikunjungi.
Pengisian program kali ini lebih menjurus kepada pendidikan. Seramai 16 orang pelajar MSU turut serta dan masing-masing diketuai pengarah program, Wan Nur Aimi Wan Aziz, pelajar program bacelor Biomedical Science.
Beliau berkata, kunjungan itu menekankan pentingnya usaha untuk terus belajar dalam kalangan pelajar di Pasentren Tapuz di Pariaman, Pesantren Pendidikan Anak Usia Dini (PAUD) di Kampung Tandikat dan Pasentren Hamka di Maninjau.
“Antara modul yang digunakan katanya, ialah penyelesaian matematik, aplikasi sains dalam kehidupan seharian serta modul bahasa Inggeris.
“Sambutan daripada pelajar di sana begitu menggalakkan dan sedikit sebanyak menceriakan mereka walaupun masih menderita kesan bencana alam,” katanya.
Seorang peserta Nurul Nadiah Selamat, berkata sepanjang di sana dia menjalankan pelbagai aktiviti sampingan antaranya riadah seperti nyanyian lagu bahasa Inggeris bertajuk ‘I Love You’.
Katanya, latihan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga disediakan antaranya `Making Words from Alphabate’, `Square Puzzle’, `Gas Has Mass’, `Number Puzzle’ dan `Match Photos’
Bagi Exco Kerohanian MPP Fatin Mohamed, berkata program itu bermanfaat dalam membentuk graduan lebih peka kepada keperluan mereka yang kurang bernasib baik.
Khidmat masyarakat itu katanya adalah `kuliah’ terbaik dalam mencabar keupayaan diri dan menilai sama ada pelajar bersedia menjalankan tanggungjawab sebaik menamatkan pengajian.

No comments:
Post a Comment