SAYA menyokong bahawa ada kebenaran yang dibuat oleh 'Guru Lama' dari Perak berkenaan dengan pemilihan guru cemerlang tanpa pemantauan yang disiarkan dalam ruangan ini baru-baru ini.
Mungkin jemaah nazir sibuk sehingga terlupa banyak perkara. Saya ingin ingatkan jemaah nazir semua bahawa pemilihan guru cemerlang tanpa pemantauan ini berlaku ketika iklan penghujung 2008. Mereka ini menerima surat penyandang pada April 2009.
Saya mohon pihak nazir menyemak balik hal ini. Memang ini benar berlaku, tidak dinafikan bahawa Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) memang diambil kira kerana ada dalam borang itu. Tetapi adakah markah itu menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan seseorang tanpa pemantauan oleh pihak nazir?
Ada sesetengah guru memperoleh markah begitu tinggi asalkan menjalinkan hubungan baik dengan penilai atau lebih glamour dengan istilah ‘kaki bodek’.
Bagaimana, pula nasib mereka yang bekerja keras dan bertungkus-lumus, tetapi tidak mendapat markah setimpal kerana mereka ini tidak pandai ‘kipas’ penilai.
Pemilihan guru cemerlang tanpa pemantauan ini seolah-olah menutup peluang guru yang bertungkus-lumus menyediakan bahan untuk pemantauan. Ini adalah kerana jawatan ini adalah berdasarkan kuota.
Iklan terbaru pula memberitahu bahawa kuota untuk guru cemerlang gred DG44 sekolah menengah hanya tinggal kira-kira 400, tetapi bagi sekolah rendah melebihi 1000 kuota.
Jika dikira nisbah guru Gred 41 adalah lebih ramai di sekolah menengah berbanding sekolah rendah. Sewajarnya kuota sekolah rendah lebih banyak. Sekarang ini pula, kerap kali guru cemerlang menghadiri mesyuarat dan kursus bagi mempersiapkan diri seperti penyediaan dokumentasi dan kajian.
Tindakan ini menunjukkan mereka tidak membuat dokumentasi yang sepatutnya dibuat bakal guru cemerlang dan layak digelar ‘guru cemerlang percuma’.
BEKAS GURU,
Selangor
Berita Harian Online: 9 Ogos 2010
Friday, September 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment