SUNGAI BULOH - Produk kesihatan dan kecantikan yang selamat, suci dan halal sesuai untuk semua menjadi teras perniagaan syarikat Acu Tra Resources Sdn. Bhd. (Acu Tra).
Pengurus Pemasarannya, Nap Din berkata, produk keluaran syarikat ini merupakan barangan berkonsep islamik dan diperakui oleh Islamic Manufacturing Practices (IMP) serta disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Produk dengan jenama Zulaikha adalah khas untuk kegunaan wanita dan Yusuf untuk lelaki manakala Zulaikha Yusuf untuk kegunaan kedua-dua jantina (unisex)," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurutnya, sehingga kini syarikat telah mengeluarkan sebanyak sembilan jenis produk di bawah jenama Zulaikha, Yusuf dan Zulaikha Yusuf yang ditubuhkan pada 2008.
Katanya, dua produk yang paling mendapat sambutan ialah Detox Foot Patch dan Air Sarang Burung di bawah jenama Zulaikha Yusuf.
"Produk ini selamat digunakan serta diperbuat daripada asas herba dan tidak menggunakan bahan kimia," jelasnya.
Beliau berkata, Air Sarang Burung keluaran syarikatnya merupakan produk minuman kesihatan yang kaya dengan kalogen yang baik untuk kulit.
Tambah beliau, sarang burung layang-layang ini dihasilkan sendiri dalam rumah burung yang diusahakan di Perlis di mana proses penyediaan produk tersebut dilakukan sepenuhnya di sana.
"Burung ini dipelihara dan sarang burung dihasilkan melalui air liur burung yang asli tanpa penggunaan bahan pengawet dan bahan kimia yang lain.
"Produk ini sangat baik bagi merawat penyakit-penyakit seperti batuk kronik, asma, membuang nikotin dalam badan dan lain- lain," katanya.
Selain itu jelasnya, penggunaan produk ini juga diyakini tidak mempunyai kesan sampingan malah memberi kesan segera untuk penyakit-penyakit biasa seperti demam dan batuk di mana kesannya akan dapat dirasai dalam masa 10 hingg 30 minit.
"Produk ini telah menjalani ujian klinikal dan ujian keberkesanan oleh Universiti Sains Malaysia (USM)," tambahnya lagi.
Zulaikha Yusuf Detox Foot Patch pula digunakan untuk membuang toksin dalam badan di mana kebanyakan punca-punca penyakit dapat dikesan melalui tapak kaki.
"Penggunaan yang mudah dan tahap keberkesanannya yang tinggi untuk penyakit-penyakit seperti gout, migrain, lenguh-lenguh anggota badan serta mengurangkan risiko kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Nap berkata, foot patch ini digalakkan digunakan pada waktu malam ketika tidur di mana pada waktu itu anggota badan sedang bekerja.
Produk ini boleh didapati di cawangannya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Jjumlah pengedarnya ialah seramai 50 orang dan stokis seramai 16 orang.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai produk keluaran syarikat ini bolehlah melayari www.zulaikha.com.my atau hubungi talian 019-3663782.
No comments:
Post a Comment