TERIMA kasih diucapkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran atas kenyataan beliau akan mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani kegelisahan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang bakal ditamatkan kontrak perkhidmatan mereka tidak lama lagi.
Tindakan proaktif itu, menunjukkan beliau dapat merasai setiap denyutan nadi segolongan rakyat yang bakal kehilangan pekerjaan atau lebih tepat lagi mata pencarian.
Memberi peluang kepada GSTT menjadi guru terlatih satu pilihan bijak kerana GSTT adalah guru yang berdedikasi.
Buktinya, terdapat GSTT yang sudah berkhidmat antara tiga hingga enam tahun kerana mendapat kepercayaan dari pihak pengurusan sekolah.
Amat malang, jika GSTT ini yang sudah menimba banyak pengalaman dalam profesyen perguruan dilepaskan begitu saja. Dari sudut kemanusiaan pula kebanyakan GSTT sudah pun berkeluarga, justeru, sikap prihatin kerajaan membela nasib mereka pasti akan menjadi satu hadiah kehidupan yang tidak ternilai.
NORHISYAM MOHAMAD,
Kuala Kedah
Berita Harian Online: 30 September 2010
Friday, October 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment