Social Icons

-

Sunday, October 10, 2010

Jangan terburu-buru cari jawapan kepada pemansuhan PMR: Wee


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terburu-buru mencari jawapan kepada format penilaian baru yang akan diperkenalkan berikutan pengumuman pemansuhan Penilaian Menengah Rendah (PMR) berkuat kuasa 2016.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata pihak kementerian akan membuat pengumuman secara lebih terperinci berhubung perkara itu supaya orang ramai memahami dengan lebih jelas tentang kaedah penilaian yang baru.

Katanya, perkara ini banyak membabitkan aspek teknikal dan tidak seharusnya dilihat semata-mata dari sudut peperiksaan.
"Saya rasa perkara itu kita boleh perihalkan kemudian. Tak perlu kita tergesa-gesa cari jawapan pada waktu ini. Sudah ada perancangan (tentang kaedah penilaian yang baru), tapi kita kena buat secara teknikal berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara," katanya pada Perhimpunan Agung MCA ke-57 di Wisma MCA di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan bahawa peperiksaan PMR akan dimansuhkan dan digantikan dengan penilaian berasaskan sekolah manakala Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diteruskan dengan bentuk dan format yang berbeza, yang dijangka dijalankan serentak pada tahun 2016.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, perubahan itu sejajar dengan tuntutan masyarakat yang tidak mahu sistem persekolahan terlalu menekankan peperiksaan.

Bagaimanapun, katanya, masa diperlukan untuk perubahan dasar bagi memberi peluang pelajar yang masih berada dalam sistem pelajaran sekarang meneruskannya dengan ujian sedia ada.
Sementara itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata lebih banyak pelajar sekolah Tamil dijangka memperoleh pencapaian 7A dalam UPSR berikutan keputusan Kementerian Pelajaran meneruskan peperiksaan itu.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin kerana tidak memansuhkan UPSR daripada kalendar peperiksaan sekolah, beliau berkata keputusan itu amat melegakan ibu bapa dan pelajar.

Beliau berkata, MIC telah membantah cadangan awal untuk memansuhkan UPSR, dan mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin kerana memberi pertimbangan kepada pandangan parti.

"Mereka (pelajar) kini boleh menumpukan perhatian kepada UPSR kerana tahu bahawa peperiksaan itu tidak akan dimansuhkan. Hakikatnya, format baru bermula tahun 2016 akan lebih menggalakkan lagi mereka untuk mencatatkan pencapaian lebih baik," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Presiden MIC berkata, MIC menerusi Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) akan terus membantu pelajar sekolah Tamil untuk menduduki UPSR menerusi pelbagai inisiatif termasuk mengagihkan buku modul UPSR.

Beliau berkata, jumlah pelajar sekolah Tamil yang mencatatkan keputusan 7A dalam UPSR telah meningkat daripada 357 pelajar pada 2003 kepada 824 pelajar tahun lalu.

"Kami yakin jumlah itu akan meningkat tahun ini," kata Samy Vellu, yang juga Pengerusi MIED. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara