Social Icons

-

Wednesday, October 13, 2010

Pendidikan mesti tekankan pembentukan nilai moral: Tuanku Bainun

TANJUNG MALIM: Pendidikan mesti menekankan pembentukan nilai moral yang baik, bukan hanya menyampaikan fakta isi pelajaran untuk persediaan peperiksaan semata-mata.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, bertitah masalah sosial remaja hari ini semakin membimbangkan kerana statistik pembabitan pelajar dalam jenayah dan salah laku sosial semakin meningkat.

Baginda yang juga Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bertitah musibah gejala sosial kini melarat kepada seks bebas, pornografi, gangsterisme, minum arak, menyamun, meragut, merogol dan membunuh.

"Gejala dahsyat ini jika tidak ditangani segera boleh meruntuhkan seluruh pembangunan negara," titah baginda ketika menyempurna Istiadat Konvokesyen UPSI ke-12 di sini, pagi tadi.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara