Social Icons

-

Saturday, July 16, 2011

Perkongsian Pintar

PERKONGSIAN PINTAR :-

INISIATIF SWASTA

Kementerian Pelajaran telah mengiktiraf peranan agensi luar dalam membantu sektor pendidikan khususnya dalam bidang ICT sejak tahun 2000. Ia bermula apabila sistem pendidikan negara terlibat secara langsung dalam usaha melahirkan dan membekal tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dalam bidang ICT. Usaha KPM mewujudkan makmal-makmal komputer di seluruh negara, memperkenalkan subjek ICT dan memperkenalkan Aplikasi Sekolah Bestari pada tahun yang sama turut mendorong minat sektor lain membantu kementerian. Penglibatan syarikat swasta dalam sektor pendidikan khususnya semakin serius apabila kerajaan sendiri menggalakkan perkongsian bersama khsususnya bidang-bidang yang mempunyai kepakaran tinggi.

Jumlah sumbangan syarikat swasta dalam membantu sektor pendidikan mencecah ratusan juta ringgit sejak ia mula diperkenalkan. Sumbangan dan bantuan yang diberikan dilihat sebagai sesuatu yang sangat berharga dan perlu dimanfaatkan untuk kebaikan sektor pendidikan. Program-program yang telah dan sedang dilaksanakan termasuk berkaitan dengan perkakasan, perisian, latihan ICT, sekolah angkat, aplikasi dan penyelesaian sistem pengurusan. Kementerian Pelajaran Malaysia melihat perkembangan ini sebagai satu indikator yang positif ke arah memantapkan pendidikan Negara dan menjadikannya ia sebagai kerjasama pintar (smart partnership) dalam pendidikan.

FAEDAH

Pelaksanaan perkongsian pintar boleh menghasilkan faedah-faedah berikut:

• Menjimatkan kos pembangunan sistem

• Meningkatkan prestasi agensi kerajaan secara menyeluruh

• Memudahkan perkongsian data dan sumber

• Meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran

• Mengurangkan jurang antara agensi-agensi kerajaan yang lebih berupaya dengan agensi-agensi yang kurang berkemampuan dalam membangun aplikasi IT

• Mewujudkan penyelarasan antara agensi-agensi kerajaan dalam pembangunan IT

• Membantu usaha pembangunan dan pemulihan ekonomi negara secara keseluruhan

GARIS PANDUAN

Garis panduan untuk melaksanakan program perkongsian pintar dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia:

i. Permohonan kepada kementerian untuk melaksanakan program secara rasmi hendaklah dihantar terus ke Kementerian Pelajaran Malaysia(Sektor Operasi Pendidikan)

ii. Kertas cadangan yang lengkap perlu menyatakan:

o Tujuan dan objektif program

o Latarbelakang projek atau program yang dicadangkan

o Huraian mengenai program

o Skop program

o Kumpulan sasaran

o Kaedah pelaksanaan

o Kos dan perbelanjaan

o Tempoh pelaksanaan

o Peranan dan Fungsi setiap agensi yang terlibat sama ada di peringkat Kementerian, Jabatan, Sekolah atau agensi pencadang

o Harapan dan lain-lain yang berkaitan

o Penutup

iii. Permohonan akan disemak dan dibincangkan di peringkat kementerian berdasarkan kertas cadangan:

o KPM akan meneliti kesesuaian cadangan program dengan mengambil kira pandangan semua bahagian terlibat

o Perbincangan awal dengan pihak penganjur

o Persembahan kepada pihak kementerian

o Makluman ke Mesyuarat Profesionalisme atau Pengurusan atau Mesyurat JPICT jika berkaitan

o Penambahbaikan selepas perbincangan

iv. Kertas cadangan yang lengkap diangkat ke Pengurusan KPM untuk pengesahan kementerian.

v. Persetujuan terma rujukan atau memorandum persefahaman jika berkaitan

vi. Surat kuasa melaksana

vii. Arahan pelaksanaan ke sekolah melalui Jabatan Pelajaran Negeri oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah semua proses dan prosedur dipatuhi

viii. Format terma rujukan bagi melaksanakan program dengan pihak sekolah

o Tajuk Program

o Definisi istilah

o Tujuan

o Fungsi dan Peranan agensi terlibat

o Peruntukan-Peruntukan Di Bawah Program Kementerian Pelajaran Malaysia

o Kumpulan Sasaran

o Peruntukan Khas

o Peralatan/Kelengkapan yang dibekalkan untuk setiap sekolah yang terpilih

o Nilai Sumbangan

o Tempoh Pelaksanaan

o Peruntukan Lain

o Implikasi-Implikasi Berkaitan

o Operasi

o Peruntukan Am

o Kerahsiaan

o Waad Bersaling

o Pengiktirafan

o Terma-terma khas

SENARAI PROJEK

Di antara projek perkongsian pintar adalah seperti berikut:

• Schoolnet

• GSB Technology Learning in School

• Program Sekolah Angkat bersama Samsung Digital Classroom

• K-Perak E-Learning Cluster No.1 (KPEC)

• Cyberkids Camp

• Projek e-Learning for Life 2 Syarikat Apple

• Program IBM – Kidsmart Early Learning untuk kelas PraSekolah

• Program Pendidikan dan Modal Insan NCIA-KPM(Edu Citi-Hostel)

• Value Add Microsoft(MBMMBI)

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara