PUSPANITA atau nama singkatannya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali.
Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli. Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT).
Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini.
Di samping pembentukan perlembagaan, PUSPANITA telah berjaya menambahkan keahlian dari tahun ke tahun dan kini mempunyai lebih daripada 80,000 ahli. Satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli.
Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya. Antaranya adalah Rancangan Lima Tahun PUSPANITA, Tabung PUSPADARA PUSPANITA dan Tabung Latihan PUSPANITA. Kejayaan PUSPANITA adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan penaung dan penasihatnya. Ini diikuti dengan kerjasama dan sokongan padu Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) serta warga PUSPANITA.
VISI
Ke arah PUSPANITA cemerlang.
MOTO
Wanita sepakat negara meningkat.
MISI
Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketerampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.
Antara objektif utama penubuhan PUSPANITA adalah :
1. Adalah untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan.
2. Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar dan kursus.
3. Adalah untuk menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat.
4. Adalah untuk menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.
5. Adalah untuk mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambah pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini.
6. Adalah boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya. Mana-mana cawangan juga boleh memiliki tanah, bangunan dan aset-aset atau sebagainya untuk kebajikan dan faedah ahli.
7. Adalah untuk menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini, hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan, akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang di buat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini, dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini.
DASAR
1. Untuk meningkatkan keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan negara di era k-ekonomi dan globalisasi.
2. Untuk membantu meningkatkan prestasi dan imej perkhidmatan awam ke arah menyokong pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
3. Memupuk dan memantapkan nilai positif di kalangan wanita ke arah pembangunan dan kecemerlangan diri.
4. Memupuk silaturrahim antara wanita diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.
5. Membantu memupuk hubungan kekeluargaan yang harmoni ke arah membanteras gejala sosial.
STRATEGI
1. Meningkatkan jumlah keahlian.
2. Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam kalangan ahli.
3. Mengadakan perkongsian pintar antara PUSPANITA dengan badan-badan kerajaan dan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
4. Menjana aktiviti yang menyokong dasar-dasar kerajaan :-
- Ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
- Mewujudkan masyarakat penyayang, sihat dan cergas.
- Penerapan nilai-nilai murni.
- Prihatin terhadap alam bina dan alam sekitar.
PIAGAM PELANGGAN
1. Meningkatkan tahap profesionalisme pegawai dan kakitangan.
2. Untuk menjadi persatuan wanita yang berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketerampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.
3. Memberi perkhidmatan dan layanan yang terbaik kepada ahli PUSPANITA dan pelanggan yang berurusan dengan PUSPANITA.
4. Memproses kad keahlian PUSPANITA dengan cepat.
5. Menyampaikan segala bentuk maklumat atau aktiviti dengan cepat ke setiap cawangan PUSPANITA kementerian dan negeri.
6. Mengeluarkan garis panduan mengenai keahlian PUSPANITA di cawangan kementerian atau negeri.
7. Mengadakan aktiviti yang melibatkan ahli puspanita setiap tahun.
8. Mengemas-kini setiap maklumat dan aktiviti yang dijalankan di laman web PUSPANITA Kebangsaan.
9. Menyediakan perkhidmatan sewaan dewan, gelanggang dan penginapan yang terbaik dan memenuhi kehendak penyewa.

No comments:
Post a Comment