Social Icons

-

Saturday, July 16, 2011

Sijil Khas Tahun 6

Mulai tahun ini, sekolah dibenar mengeluarkan sijil khas Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) bagi Bahasa Melayu dan Inggeris kepada murid Tahun Enam yang boleh dijadikan dokumen sokongan termasuk untuk permohonan memasukkan Tingkatan Satu sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Berdasarkan panduan yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), sijil itu mencatat pencapaian murid dalam PLBS Bahasa Melayu dan Inggeris bagi empat kategori, iaitu tatabahasa dan kosa kata; sebutan, intonasi dan nada; fasih dan bermakna serta bertatasusila mengikut penggredan A,B,C,D atau E.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sains Thomas, Kuantan, Mohamad Sabri Mohd Arsad mengatakan mengikut panduan LPM yang diterima pihaknya, baru-baru ini, sijil itu boleh diberi secara berasingan bagi pentaksiran lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau digabungkan keputusan kedua-duanya dalam satu dokumen sama.

Sekolah juga boleh menggunakan logo masing-masing dengan dokumen itu ditandatangani guru subjek serta guru besar sebagai pengesahaan. Pentaksiran itu dibuat secara kumulatif dari Tahun Satu sehingga Tahun Enam di mana guru membuat penilaian berterusan ketika proses pengajaran dan pembelajaran, termasuk melalui kaedah pemerhatian, soal jawab serta tugasan bukan dalam bentuk ujian.

Pengiktirafan kepada pihak sekolah untuk mengeluarkan sijil itu selaras dengan komitmen Kementerian Pelajara terhadap hala tuju penambahbaikan UPSR dengan 40 peratus penilaian terhadap murid dibuat berasaskan sekolah menjelang 2016. Ini juga membuktikan kementerian memperakui keupayaan sekolah melaksanakan pentaksiran yang menepati garis panduan serta piawaian ditetapkan LPM.

Mohamad Sabri berkata, sijil khas itu bukan saja sesuatu perakuan yang bermakna kepada murid dan ibu-bapa, malah boleh digunakan oleh guru subjek bahasa di sekolah menengah sebagai panduan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar berkenaan dalam penguasaan lisan Bahasa Melayu serta Inggeris,

Bagaimanapun, sekolah yang tidak mampu menampung kos pengeluaran sijil khas itu, boleh mencatat keputusan pentaksiran lisan dua subjek berkenaan dalam buku rekod pelajar. PLBS diperkenalkan pada 2003 sebagai system penilaian bagi menentukan tahap penguasaan lisan dwibahasa murid di seluruh negara bertujuan membina kemahiran dan keyakinan berkomunikasi secara berkesan. Pihak sekolah juga sudah menerima arahan Kementerian Pelajaran untuk mencalonkan guru Tahun Satu bagi mengikuti kursus Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPKK). Latihan itu sebagai persiapan pelaksanaan program pentaksiran terhadap murid Tahun Satu mulai tahaun depan.

sumber maklumat : Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara