Thursday, November 17, 2011
IMPLIKASI SURAT PEKELILING IKHTISAS KPM KE ATAS PELAKSANAAN SISTEM PENDIDIKAN DAN KUALITI PENDIDIKAN
Tujuan Pekeliling Ikhtisas
Garis panduan dan maklumat kepada warga pendidik melaksanakan tugas.
Memperjelaskan peraturan sedia ada berkaitan pengurusan kurikulum, aspek profesional lain berhubung pengurusan pendidikan dan keguruan.
Membantu pengurusan sekolah membuat keputusan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/69, 6/1985 dan 7/2001 Pakaian Guru di Sekolah.
Pakaian yang berpatutan - kemas, bersih dan sopan.
Rambut kemas
Perhiasan muka tidak melampau
Tidak boleh pakai jubah
Seluar panjang dan baju kemeja(tali leher digalakkan) atau baju melayu.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959
Guru Besar diberi kuasa mengenakan hukuman dera (Corporal Punishment) terhadap murid-murid lelaki dengan menggunakan rotan kecil atas tapak tangan atau punggung yang ada pakaian.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1974 : Keselamatan Dalam Makmal
Guru Besar diminta mengambil tindakan- tindakan tertentu supaya keselamatan murid di makmal terjamin.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1977 :Tugas-tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah
Guru biasa boleh dipanggil bertugas dalam masa cuti penggal dengan syarat jumlah hari bertugas dalam masa cuti penggal itu tidak melebihi separuh (1/2) daripada jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun.
Bagaimanapun Guru Besar hendaklah merancang dan menggunakan budi bicara/kebijaksanaan supaya tidak memanggil guru-guru di pertengahan cuti sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1977 : Pengelolaan Walkaton Di Sekolah-Sekolah (Hendaklah dibaca bersama Bil. 7/1983)
Pengelolaan Walkaton adalah dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu, iaitu tidak di waktu persekolahan, mendapat persetujuan ibu bapa dan jaminan keselamatan murid.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1978: Pengajaran di Kelas-kelas Peperiksaan
Guru Besar hendaklah mengutamakan guru terlatih mengajar di kelas-kelas peperiksaan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1978 : Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah
Latihan kawad kecemasan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam satu penggal persekolahan.
Notis-notis kebakaran hendaklah dipasang di beberapa tempat strategik.
Notis larangan merokok atau pintu kecemasan hendaklah dipamerkan dengan terang.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1978 : Hari Kelepasan Peristiwa. 326/62
Sekolah dibenarkan mengambil hari kelepasan peristiwa tidak lebih dari 4 hari dalam mana-mana satu tahun.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 : Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-Guru
Waktu tidak mengajar adalah masa bekerja.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1983 : Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah (Hendaklah dibaca bersama Bil. 7/1977)
Guru Besar diminta mematuhi garis panduan ini.
Murid-murid berumur 16 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan terlibat dalam pungutan derma.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984 :Perhimpunan Sekolah (Hendaklah dibaca bersama Bil. 4/ 1984 (Tambahan)
Guru Besar hendaklah akur dengan masa dan aturcara perhimpunan.
Sekolah tidak dibenar menggunakan perhimpunan sebagai tempat untuk menjalankan hukuman kepada murid, mencaci atau memalukan murid.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1985 :Logo/Lencana dan Lagu Sekolah
Sekolah boleh mengadakan Lencana/Logo dan lagu sekolahnya.
Bagaimanapun kelulusan daripada Pendaftar Sekolah hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Logo/Lencana dan Lagu Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1985 : Siaran Maklumat Untuk media Massa
Guru Besar/Pengetua/Guru/Kakitangan Sekolah tidak boleh membuat sebarang kenyataan/penjelasan atau ulasan melalui akhbar atau media massa mengenai dasar, peraturan pentadbiran, pelaksanaan dan rancangan masa depan Kementerian/ Sekolah/Pendidikan Negara
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2001 :Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Di Sekolah
Tujuan PIBG ditubuhkan ialah untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru sekolah.
PIBG tidak dibenarkan mempengaruhi dan menggugat sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat.
PIBG tidak boleh jadi jentera untuk menyelesaikan pertikaian antara persatuan dengan pihak sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 :Panitia Mata Pelajaran
Pihak sekolah dikehendaki menubuhkan panitia mata pelajaran dan menjalankan aktiviti-aktivitinya.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 :Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran Oleh Guru Besar/Pengetua
Guru Besar/Pengetua diperingatkan supaya menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1988: Panduan Tajaan Oleh Syarikat/Badan Perniagaan Di Sekolah
Setiap tajaan perlu mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri.
Setiap penajaan hendaklah dikenalpasti supaya tidak bercanggah dengan matlamat pendidikan negara dan dasar kerajaan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1988 :Penyertaan Pelajar Dalam Persatuan Sukan Luar
Hendaklah mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri terlebih dahulu.
Hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988 : Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah
Sekolah hendaklah sensitif dengan keselamatan pelajar.
Garis panduan keselamatan pelajar hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan.
Keselamatan pelajar adalah tanggungjawab sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1988 : Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah-Sekolah
Guru Besar TIDAK BOLEH memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat untuk membuat jualan terus/ promosi/ demostrasi/pameran barang-barang.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1988 :Pendaftaran Murid/Pelajar Baru dan Hari Pertama Persekolahan (Hendaklah dibaca bersama dengan Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1989 dan 10/1998)
Pendaftaran murid baru hendaklah dibuat sehari sebelum sekolah dibuka.
Hari pertama persekolahan hendaklah berjalan seperti hari biasa yang lengkap dengan pengajaran dan pembelajaran.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 15/1988 : (Penyenggaraan dan Keceriaan Sekolah) (Hendaklah dibaca bersama Bil. 5/1988
Tindakan boleh dikenakan ke atas Guru Besar / Pengetua jika terus mengabaikan tanggungjawab penyenggaraan dan keceriaan sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1989: Kutipan Yuran PIBG
Sekolah tidak dibenarkan memungut yuran PIBG atau yuran tahunan PIBG.
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 5/1999: Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti Kerajaan
Semua staf dilarang melibatkan diri dalam kegiatan politik anti-kerajaan
Sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah (Govt. of the day)
Kegiatan berunsur politik dilarang di kawasan sekolah spt mempengaruhi pemikiran murid dengan politik anti-kerajaan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1991 : Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah
Penggunaan buku kerja di sekolah rendah dibenarkan untuk mata pelajaran
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bagaimanapun penggunaannya hendaklah di luar waktu mengajar.
Bil / 2000 (termasuk Sains) dan (hanya tahap 2 sahaja)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/1991 : Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah (KP.BT. 8772/1990/SP/(22)5 Januari 1990
Guru tidak dibenar menggunakan buku kerja semasa waktu mengajar dalam kelas.
Buku kerja tidak boleh disenaraikan dalam senarai buku-buku yang perlu dibeli oleh murid.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 : Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum
Pada setiap masa keselamatan murid hendaklah menjadi pertimbangan utama
Tugas guru tentang keselamatan murid hendaklah diperjelaskan.
Keselamatan murid adalah tanggungjawab sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1995 : (Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Pelajar)
Guru Besar hendaklah membaca dengan teliti tentang proses membuat tuntutan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997 : Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok
Guru Besar hendaklah mengambil tindakan seperti yang ditetapkan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000: Menangani Masalah Keselamatan, Dadah dan Gengster
Guru Besar/Pengetua hendaklah mengambil langkah-langkah yang proaktif supaya sekolah bebas dari insiden yang tidak diingini spt murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dengan dadah, kegiatan gengster atau triad society .
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2000: Membanteras Jenayah Di Kalangn Murid Sekolah
Sekolah perlu membanteras salah laku disiplin diperingkat awal dan tidak tunggu sehingga keadaan menjadi serius
Semua kes salah laku murid tidak dirahsiakan untuk menjaga kredibiliti Guru Besar/Pengetua atau imej dan reputasi sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 20/1998 : Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam
Guru Besar/Pengetua hendaklah dengan segera mengambil tindakan ke atas apa-apa pengaduan awam.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 23/1998 : Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam
Guru Besar/Pengetua tidak dibenarkan sama sekali menyekat mana-mana murid daripada mengambil peperiksaan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998 : Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah mata pelajaran yang wajib diajar mengikut peruntukaan Akta Pendidikan 1996.
Surat Pekeliling KPPM/5:22 Jun 1998 :
Guru Besar/Pengetua dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu.
PK dan Penyelia Petang diperlukan mengajar sekurang-kurang 12 waktu seminggu dan bantu GB
Guru Perpustakaan, S/U Sukan dan Guru Media hendaklah mengajar 18 waktu seminggu dan jalan tugas yang ditetapkan
Guru Panduan diperlukan mengajar 12 waktu seminggu dan menjalankan kerja-kerja panduan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1999 : Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah
Jika sekolah ingin menggunakan khidmat pakar motivasi dari luar, kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 : Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
Mengandungi :
1. Rancangan Pelajaran Tahunan
2. Rancangan Pelajaran Harian
Objektif
- Bagaimanakah cara untuk mencapai objektif
- Sejauh manakah objektif itu tercapai
Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 Penggunaan Budi Bicara ketika Mengambil Tindakan.
Pertimbangan dan perhatian diperlukan semasa membuat keputusan.
Bersikap terbuka, bersedia mendengar pandangan.
Perundingan dengan hemah, berdiplomasi dalam suasana harmonis.
IMPLIKASINYA TERHADAP SISTEM DAN KUALITI PENDIDIKAN
Memudahkan melaksanakan tugas harian
Memudahkan membuat keputusan
Memudahkan membuat perancangan
Membantu pengurusan menjadi cekap dan berkesan
Menyumbang ke arah pendidikan berkualiti bertaraf dunia.
Wednesday, November 16, 2011
'Usah potong bantuan RM100'
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada semua sekolah supaya tidak membuat sebarang pemotongan terhadap bayaran bantuan RM100 yang diberikan kerajaan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.
Pada sesi dialog sebelum itu, seorang bapa yang anaknya belajar di sebuah sekolah di Setiawangsa di sini menyatakan kekesalan dan mendakwa anaknya hanya menerima RM50 atau separuh daripada wang bantuan, manakala sebahagian lagi dipotong untuk tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Sebanyak RM550 juta diperuntukkan kerajaan pada Bajet 2012 bagi bantuan kepada semua pelajar rendah dan menengah termasuk sekolah swasta.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pentadbir sekolah yang membuat pemotongan.
“Sekalipun pihak sekolah mahu membuat potongan, mereka perlu berbincang dengan PIBG dan wang RM100 itu perlu diserahkan semuanya tanpa sebarang potongan.
“Ini baru hujung tahun, belum lagi masuk awal tahun, saya harap sekolah yang terbabit menyerahkan semula wang yang sudah dipotong dan tidak ada lagi sekolah yang berbuat demikian,” katanya.
Beliau menegaskan, pembayaran bantuan itu adalah komitmen kerajaan dalam membantu meringankan beban hidup rakyat dan perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku.
Terdahulu, Muhyiddin mengadakan pertemuan tertutup pada program Perhimpunan Pergerakan Rangkaian Aktiviti Penyatuan Insan Peringkat Kebangsaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) Melayu anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Pusat Komuniti Taman Ibu Kota di sini kira-kira dua jam.
Beliau kemudian menunaikan solat Zuhur berjemaah di Madrasah Islamiyah Taman Ibu Kota sebelum berangkat ke Setiawangsa.
Di PUTRAJAYA, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata ibu bapa yang mempunyai kesulitan untuk menuntut wang bantuan persekolahan RM100 minggu ini masih dibenarkan mendapatkannya selepas tempoh itu.
Sambil menolak dakwaan kononnya wang itu akan dipulangkan kepada kerajaan jika ia tidak dituntut dalam minggu ini, beliau berkata, bantuan berkenaan akan tetap dikeluarkan pada masa lain termasuk ketika cuti sekolah, kerana ia adalah hak pelajar.
“Jika ibu bapa tak dapat tuntut minggu ini, mereka boleh tuntut daripada pihak sekolah selepas itu,” katanya meminta mana-mana pihak yang tidak mahu menerima bantuan itu pula memaklumkan kepada sekolah untuk memulangkannya.
PIBG jangan potong duit bantuan RM100: Muhyiddin
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan.
"Kita tidak mahu nanti timbul salah faham dan ada pihak yang menyalahkan kerajaan kerana dikatakan `cakap lain, buat lain'," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan sempena program turun padang sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Sebanyak RM550 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.
Isu potongan bantuan itu dibangkitkan seorang bapa pada sesi soal jawab bersama Muhyiddin pada majlis itu, yang mendakwa PIBG sebuah sekolah rendah di sini memotong RM50 daripada bantuan itu.
Dalam jawapannya, Muhyiddin berjanji akan menyiasat perkara itu.
"Perdana Menteri sudah sebutkan, Timbalan Perdana Menteri pun sudah beritahu, dapat RM100, kenapa bawa balik RM50?. Ini adalah komitmen Perdana Menteri hendak tolong rakyat, hendak ringankan beban mereka, jadi kalau dah awal-awal dipotong. makin terbebanlah rakyat.
"Jika ada apa-apa bayaran, itu kemudianlah, bagi dulu RM100 tu. Kalau selepas ini PIBG hendak minta apa-apa bayaran, itu soal lain. Ini duit yang telah diberikan oleh kerajaan," katanya. - BERNAMA
Sunday, November 13, 2011
Kaedah Inkuiri Penemuan
Lima peringkat dalam proses Inkuiri Penemuan mengikut urutan.
Mengenal pasti masalah.
- masalah yang diberi oleh guru
- masalah yang ditentukan oleh murid
- topik yang ditetapkan oleh sukatan pelajaran
Merancang cara penyelesaian,
- meramal dan membuat hepotesis
- berbincang
- bersoal jawab
- bertemubual/bertemuramah
- arahan guru/rujukan
Mengumpul maklumat,
- · memerhati
- · menyukat
- · berbincang
- · bertemubual
- · mencatat maklumat dan data/menjadualkan
- · membuat rujukan.
Mengkaji maklumat terkumpul dan membuat analisis/membuat keputusan,
- membincang
- mengelas
- menginterpretasi data
- melukis graf
Membuat rumusan.
- · membuat generalisasi
- · membuat rumusan
- · membuat penemuan
Senarai Aktiviti Inkuiri Penemuan
Aktiviti Bahan/keadaan
Memerhati = Carta, spesimen,benda maujud, model situasi,proses.
Mengukur = Panjang, lebar, tinggi, dalam, diameter, perimeter, jarak,pepenjuru.
Menyukat = Isipadu, suhu.
Menimbang = erat
Melukis = Gambar, gambarajah, peta, graf, pelan, carta.
Mendengar = Cerita, ucapan, laporan, radio, rakaman, syarahan,ceramah.
Membaca = Bahan-bahan bertulis dan cetakan
Menonton = Tayangan vedio, filem,slid, televesyen, pertunjukan, simulasi
Mencerita = Idea, masalah, sifat benda, keadaan, peristiwa
Menghurai = Prosedur, proses, pemerhatian
Menerang, berbincang = Kesan, sebab, akibat, situasi, proses, peristiwa
Memasang = Alat, radas, model
Membuat laporan = Hasil kajian,eksperemen, lawatan, pemerhatian
Menemubual = Tokoh, pakar, pekerja dan orang-orang lain.
Membuat rujukan = Bahan bacaan, spesimen, tokoh
Merancang = Aktiviti pembelajaran
Membuat hipotesis = Berkenaan idea, kejadian,fenomena, masalah
Membuat eksperimen = Untuk mengumpul data, menjelaskan sifat dan fakta, mencari bukti
Membuat kajian = Semua situasi
Pembelajaran Masteri
Apakah Pembelajaran Masteri?
… satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. (Bloom, 1968)
… berasaskan kepada falsafah bahawa semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. (Bloom, 1968)
… satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten … idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas. (Anderson & Block, 1975)
Rumusan
Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
Rasional
- Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza.
- Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan.
- Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.
Prinsip Pembelajaran Masteri
- Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.
- Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.
- Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.
- Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.
Ciri-ciri Pembelajaran Masteri
- Hasil pembelajaran perlu ditentukan.
- Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan.
- Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria(URK)
- Bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
- Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
- Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
- Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.
Langkah Pembelajaran Masteri
- Penentuan hasil pembelajaran.
- Pengajaran dan pembelajaran.
- Penilaian.
- Tindakan susulan.
Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil Pembelajaran perlu ditentukan bagi:
- Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid.
- Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.
- Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajr.
- Membantu membina ujian formatif dan sumatif.
Cara Hasil Pembelajaran dinyatakan:
- Berdasarkan sukatan pelajaran.
- Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur
- Secara eksplisit, jelas dan terperinci.
- Dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
- Mengikut aras pembelajaran dari mudah sukar.
Penentuan pengajaran dan pembelajaran
Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru harus mengambil kira perkara yang berikut:
- Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza.
- Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.
- Kemudahan yang sedia ada.
- Masa yang diperuntukkan
Kenali murid anda:
Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
Pelbagai kaedah dan bahan
Kaedah dan bahan perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya:
- pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pembelajaran.
- Pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan:
- berpusatkan guru.
- Berpusatkan murid.
Dalam pendekatan yang berpusatkan guru, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
- Penerangan
- Penjelasan
- Bercerita
- Huraian
- Memberi nota
- Syarahan
- Demonstrasi
Dalam pendekatan yang berpusatkan murid, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
- Bercerita
- Bacaan
- Latih tubi
- Pembelajaran akses kendiri
- Inkuiri penemuan
- Soal jawab
- Main peranan
- Demonstrasi
- Penyelesaian masalah
- Sumbang saran
- Projek
- Pembelajaran koperatif
- Amali
Penilaian
Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajarah dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.
Mengapa?
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri bertujuan untuk:
- Mengesan pencapaian murid.
- Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
- Mengenal pasti sama ada Hasil Pembelajaran sudah atau belum dikuasai.
- Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran.
- Menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan.
- Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestialh berdasarkan kepada Hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
Bilakah penilaian dijalankan?
Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai seperti yang berikut:
Semasa pengajaran dan pembelajaran.
Selepas sesuatu unit pembelajaran.
Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.
Domain yang dinilai
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri meliputi domain:
- Kognitif
- Afektif
- Psikomotor
Tindakan susulan
Tindakan susulan dalam Pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti:
Memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya.
Memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai.
Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti:
Pemulihan.
Pengayaan (pengukuhan dan pengembangan).
Aktiviti Pemulihan
Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan:
Mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain.
Membetulkan perlakuan yang salah.
Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula.
Menggunakan bahan visual.
Mempermudah dan mempelbagaikan latihan.
Menjalankan lati tubi.
Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya.
Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.
Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda.
Melatih murid mengenal pasti idea utama.
Aktiviti Pengayaan
Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang bagi:
- Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajarn yang lebih mencabar dan menarik.
- Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid.
- Menambah sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir.
- Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.
Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan.
Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti berikut:
- Memberi latihan yang lebih mencabar.
- Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk.
- Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah.
- Melatih murid membuat nota.
- Menjalankan latih tubi.
- Melatih murid mengenal pasti idea utama.
- Mengakses maklumat dari laman web.
Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah:
- Membuat projek.
- Membuat tugasan.
- Membuat kajian.
Dalam menjalankan aktiviti pengembangan, kemahiran yang berikut boleh dipertingkatkan.
- Membuat pemerhatian
- Mengumpul data
- Mengakses maklumat
- Membanding
- Mengklasifikasi
- Meringkas
- Merekod
- Mentafsir
- Membuat keputusan
- Membuat andaian
- Menganalisis
- Melapor
- Menyelesaikan masalah
Peranan Guru
Dalam pengajaran menggunakan ML, guru berfungsi sebagai “instructional leader and learning facilitator” (Guskey, 1985). Guru perlu
- Menguasai pengetahuan dalam bidang yang hendak diajar dan dapat mencerakinkan isi pelajaran
- Menentukan objektif pembelajaran dan pengajaran secara eksplisit.
- Menguasai pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan sumber dan kaedah-kaedah serta teknik-teknik pengajaran yang berpusatkan murid
- Menguasai kemahiran merancang dan membina item-item ujian (formatif dan sumatif)
- Membuat analisis item-item ujian bagi tujuan mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan setiap pelajar. Yang penting, guru perlu dapat melihat ujian-ujian tersebut sebagai alat pembelajaran. (learning tools).
- Mempunyai kemahiran menyampaikan maklum balas (feedback) kepada setiap pelajar tentang tahap penguasaan pembelajaran masing-masing bagi tujuan meningkatkan motivasi untuk terus belajar.
- Dapat merancang dan melaksanakan prosedur pembetulan (corrective procedures) dan aktiviti-aktiviti pengkayaan berdasarkan keperluan dan kebolehan setiap pelajar.