Mukadimah
Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.
Maklumat Korporat
Pengenalan:
Persatuan GSTT Malaysia (PGM) adalah sebuah persatuan yang bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga kepentingan ahlinya yang terdiri daripada guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dari seluruh Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan secara rasmi pada 8 Mei 2011 dan telah mendapat kelulusan rasmi Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS), Kementerian Dalam Negeri.
Visi:
Menjaga kepentingan dan kebajikan GSTT seluruh Malaysia
Misi:
Memastikan semua ahli mendapat pembelaan sewajarnya
Objektif:
- Memastikan ahli yang diberhentikan kontrak dilantik semula dan diserap ke jawatan tetap
- Menuntut pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersikap adil dan telus dalam menangani isu GSTT seperti yang telah dijanjikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia
- Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan pertubuhan lain demi kebaikan dan kepentingan ahli
- Memberi sumbangan dan perkhidmatan secara berterusan dalam bidang pendidikan berlandaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment