KUALA LUMPUR: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar subjek
mengenai pilihan raya diperkenalkan di sekolah bertujuan membantu
pelajar memahami sistem pemerintahan negara.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, berkata ia bukan satu program politik untuk menceritakan ideologi mahupun kebaikan sesuatu parti politik.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, berkata ia bukan satu program politik untuk menceritakan ideologi mahupun kebaikan sesuatu parti politik.
"Matlamat utama memperkenalkan mata pelajaran itu adalah untuk
mencetuskan kesedaran dan perasaan sayang remaja kepada masa depan
negara," katanya ketika ditemuramah dalam program "Dalam Radar"
terbitan Bernama Radio24. - BERNAMA