BOGOTA: Tiga pelajar terbunuh dalam sebuah kelas awal pagi hari ini apabila bahan letupan yang mereka gunakan untuk membuat bom buatan sendiri tiba-tiba meletup.
Ketua Polis Bogota, Luis Eduardo Martinez, berkata seramai 11 pelajar lain turut dimasukkan ke hospital susulan letupan itu termasuk empat dalam keadaan serius.
"Pelajar dari Universiti Daerah Bogota memiliki kira-kira 10 kilogram
bahan letupan dan sedang membuat bom kentang," katanya. - AFP