Program ‘Nurqaseh : Sejernih Kasih Ibu, Sehening Kasih
Ayah’ merupakan satu program sempena sambutan Hari Ibu dan Bapa
yang akan diadakan pada 20 Jun 2012. Atas dasar kepentingan dan manfaat
bersama, program ini dianjurkan bersama oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
(BPSM, KPM) dan Kelab Sukan dan Kebajikan BPSM (KESKEP BPSM). Maklumat lengkap
berhubung program ini adalah seperti di bawah:
Tarikh
: 20 Jun 2012 (Hari
Rabu)
Masa
: 8.30 pagi - 9.00
pagi (Pendaftaran
9.00 pagi - 4.30 petang (Program)
9.00 pagi - 4.30 petang (Program)
Tempat
: Dewan Serbaguna
Aras 9
Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan
62604 Putrajaya
Program sambutan Hari Ibu
dan Bapa ini adalah selari dengan Tekad 4 & 5 Pelan Integriti
Nasional iaitu untuk memantapkan
institusi keluarga dan komuniti serta untuk meningkatkan kualiti hidup dan
kesejahteraan masyarakat. Antara objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan
organisasi yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya menghargai
sebuah keluarga terutama sekali ibubapa kita selain dapat mempelajari dengan
lebih mendalam mengenai peranan dan tanggungjawab untuk menjadi ibu bapa yang
lebih berjaya.
Poster mengenai program ini boleh di muatturun di bawah
Poster mengenai program ini boleh di muatturun di bawah
Muat turun |
---|
program ‘Nurqaseh : Sejernih Kasih Ibu, Sehening Kasih Ayah’ |
program ‘Nurqaseh : Sejernih Kasih Ibu, Sehening Kasih Ayah’ |
No comments:
Post a Comment