TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
mengamalkan sikap berunding dan bertolak ansur di dalam memungut kembali wang
pinjaman itu.
Pengerusinya
Datuk Ismail Mohamed Said berkata pihaknya sentiasa membuka pintu untuk
rundingan dan menjadualkan semula bayaran kepada peminjam yang menghadapi
masalah untuk membayar balik pinjaman.
"Dakwa
sesetengah pihak, PTPTN mengkhianati atau menganiayai pelajar (peminjam) tidak
benar sama sekali, malah jika mereka bersedia membayar RM50 sebulan pun kita
terima.
"Apa yang dikesalkan mereka yang mendapat pinjaman itu terus
tidak menghubungi PTPTN selepas tamat pengajian walaupun berpuluh kali
dihubungi dan jalan terkakhir kami adalah terpaksa keluarkan surat melalui
mahkamah," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau turut menggesa graduan yang
menghadapi masalah dalam membayar semula pinjaman segera datang berunding
dengan PTPTN bagi mengatasi masalah itu.
Mengenai keputusan PTPTN yang mewajibkan pelajar mempunyai akaun Skim Simpanan
Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanan minimum RM20 bagi mendapatkan
pinjaman PTPTN berkuatkuasa 1 Januari lalu, katanya ia bertujuan menggalakkkan
budaya menabung di kalangan ibu bapa bagi pendidikan tinggi anak-anak mereka.
Dengan skim ini, katanya ibu bapa boleh merancang dana pembiayaan
pendidikan anak-anak untuk melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi.
Ismail berkata skim yang dijamin kerajaan itu turut memberi pelbagai keistimewaan merangkumi pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sebanyak RM3,000.
Katanya dari Januari hingga 31 Mac lalu, sebanyak 1.2 juta akaun SSPN dibuka oleh pendeposit membabitkan simpanan RM605.43 juta. - Bernama
Ismail berkata skim yang dijamin kerajaan itu turut memberi pelbagai keistimewaan merangkumi pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sebanyak RM3,000.
Katanya dari Januari hingga 31 Mac lalu, sebanyak 1.2 juta akaun SSPN dibuka oleh pendeposit membabitkan simpanan RM605.43 juta. - Bernama
No comments:
Post a Comment