Social Icons

-

Saturday, July 14, 2012

10 tuntutan Dong Zong ancam perpaduan nasional

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (Abim) merujuk kepada sepuluh tuntutan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dan beberapa pertubuhan lain berkaitan pendidikan yang dilaporkan bakal diserahkan kepada B Perdana Menteri hujung bulan ini.

Menilai setiap tuntutan yang dikemukakan ini, ia seakan-akan menzahirkan keinginan pihak berkenaan untuk mengasingkan kelompok tertentu dari aliran pendidikan kebangsaan yang turut mengetepikan peranan serta fungsi Bahasa Kebangsaan di samping tidak masuk akal.


Ini disenaraikan di antara tuntutan yang dinyatakan yang antara lain turut berbunyi, ”membuat reformasi silibus latihan guru bagi memastikan lebih ramai guru boleh berbahasa Mandarin yang diperlukan di sekolah-sekolah Cina.”


Dalam hal,  Abim ingin menimbulkan persoalan, mengapa tidak dibuat reformasi silibus latihan guru bagi memastikan lebih ramai pelajar SJKC boleh berbahasa Melayu?


Menurut kajian yang dibuat oleh Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin dalam Seminar Sehari Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) sebelum ini, 44.8 peratus remaja Cina tidak suka belajar bahasa Melayu.


Selain itu, kajian tersebut juga mendapati bahawa 72.1 peratus remaja Cina merasakan bahasa Melayu tidak penting, diikuti oleh Kadazan (40 peratus) dan India (37 peratus).


Dari kajian ini, ia jelas menunjukkan betapa perlunya satu silibus baru yang bersesuaian dirangka memandangkan nilai dan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan tertinggi dalam negara masih gagal dihayati dan difahami para pelajar.


Abim juga melihat beberapa tuntutan lain termasuk untuk menyokong penubuhan Sekolah Cina Persendirian dikhuatiri akan memisahkan para pelajar dari aliran kebangsaan seandainya ia ditubuhkan di peringkat sekolah menengah yang menyebabkan perpaduan rakyat gagal dicapai.


Ini termasuk tuntutan untuk mendokong serta memperkasakan beberapa institut pengajian tinggi yang dilihat meletakkan negara luar sebagai rujukan dasar dan aliran.


Dalam perkembangan berkaitan, Abim turut merasakan sudah tiba masanya untuk kita memasukkan elemen kedaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai salah satu prinsip dalam Rukun Negara untuk memupuk kesedaran dan kefahaman masyarakat bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam negara.


Justeru, setiap tuntutan yang ingin dikemukakan oleh mana-mana pihak terutama sekali yang menyentuh fundamental asas sistem pendidikan sesebuah negara, harus meletakkan objektif untuk mempererat perpaduan kaum serta membina sebuah masyarakat yang memahami dan menjiwai semangat kebangsaan Malaysia selaku matlamat utama.

1 comment:

  1. Dalam hal, Abim ingin menimbulkan persoalan, mengapa tidak dibuat reformasi silibus latihan guru bagi memastikan lebih ramai pelajar SJKC boleh berbahasa Melayu?

    persoalan Abim ini mungkin kelihatan keterlaluan yang kebarangkaliannya agak tinggi dalam membawa kepada pepecahan perpaduan nasional serta mengancam kesejahteraan negara. Soalan bahasa telah pun ditetapkan dalam perlembagaan. dinyatakan tiada paksaan dalam mempelajari bahasa-bahasa yang terdapat di Malaysia. dan tidak dinafikan bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu dan semua kaum atau etnik yang ada di malaysia perlu tahu dalam penggunaannya sekurang-kurangnya dalam urusan rasmi. tetapi dalam perlembagaan, tidak dinyatakan bahawa semua kaum atau etnik perlu menguasainya. jika dikatakan bilangan pelajar SJKT atau SJKC yang tidak dapat menguasai bahasa melayu adalah tinggi, persoalannya berapakah bilangan pelajar SK mampu berbahasa kaum lain selain daripada bahasa ibunda masing-masing?

    ReplyDelete

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara