IPOH - Peminjam Pinjaman Pelajaran Negeri Perak yang membuat bayaran
penuh pinjaman mereka mulai 1 Julai hingga 30 Nov ini akan menikmati
potongan sebanyak 30 peratus.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata ketika ini
terdapat seramai 4,000 peminjam dengan jumlah pinjaman hampir RM40 juta.
"Kita beri tawaran istimewa dalam tempoh lima bulan. Jadi, bayaran itu
kita boleh guna untuk beri pinjaman kepada pelajar lain yang akan masuk
universiti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat
Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri juga bersetuju
mengeluarkan lesen untuk perniagaan dalam bulan Ramadan secara percuma.
"Mulai tahun lepas lesen itu dikeluarkan secara percuma. Cuma untuk
sewa tapak, peniaga perlu berbincang dengan majlis daerah dan majlis
bandaraya," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment