Social Icons

-

Tuesday, July 10, 2012

Program Gateway To Overseas

Gateway To Overseas suntik semangat pelajar lanjut pengajian ke luar negara


Seramai 83 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kundang, Selangor bertuah kerana dapat berkongsi ilmu serta pengalaman dengan penuntut Malaysia yang sedang belajar di New York dan New Jersey, Amerika Syarikat (AS).
Program Gateway To Overseas 2012 anjuran Kelab UMNO New York itu berlangsung selama tiga hari di Kem Biro Tatanegara (BTN) Tanjung Rhu, Sepang, Selangor baru-baru ini.
Peserta program dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dan diketuai oleh fasilitator yang terdiri daripada penuntut universiti dari AS.
Melalui perkongsian pengalaman dan cerita diharap dapat menimbulkan semangat dan motivasi yang tinggi kepada peserta untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai impian ke menara gading.
Para pelajar turut didedahkan tentang teknik belajar yang betul semasa di sekolah serta tip berguna yang perlu diamalkan dalam sesi pembelajaran dalam bilik darjah.

Gateway To Overseas Program 2012


Anjuran                : Kelab UMNO New York – UMNO USA

Peserta                 : 83 Orang Pelajar Tingkatan 4 SMK Sri Kundang Rawang Selangor

Tempat                 : Kem BTN Tanjung Rhu, Sepang

Tarikh                   : 22 June – 24 June 2012

Sponsorship       : Sekretariat Kelab UMNO, Kementerian Pengajian Tinggi, AKEPT, MSD Washington       DC, Kelab UMNO New York

Setelah bertungkus-lumus untuk sekian lama untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, beberapa pelajar Malaysia di Amerika Syarikat hadir dengan satu idea ingin berbakti kepada Tanah Air tercinta pada musim cuti panas kali ini. Untuk menjadikan idea mereka satu kenyataan, pelajar-pelajar di New York dan New Jersey di bawah kelolaan Kelab UMNO New York merancang satu program yang diberi nama Gateway To Overseas Program 2012. Program ini yang mana berkisarkan tentang semangat anak-anak muda di perantauan yang ingin pulang berkongsi ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi dengan adik-adik iaitu para pelajar sekolah menengah di kawasan luar bandar. Kali ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kundang menjadi pilihan mereka dan setelah beberapa perbincangan khusus yang dijalankan dengan pihak sekolah, pihak sekolah yang dinaungi oleh seorang pengetua yang berkaliber iaitu Puan Noraizan Brahim, bersetuju untuk menerima tawaran khidmat bakti kami ini. Sedangkan jumlah pelajar yang ingin menyertai program ini pula semakin meningkat mencecah 100 orang sehingga menyebabkan kami terpaksa hadkan jumlah pelajar yang ingin menyertai program ini.

Maka tibalah pada hari pertama program, sehening kepanasan petang Jumaat 22 June 2012, para peserta tiba dengan seribu satu persoalan tentang apakah program ini. Bahkan mereka hadir membawa seribu satu masalah tentang pelajaran yang tiada jalan penyelesaiannya. Peserta yang dibahagikan kepada 10 kumpulan yang berbeza diketuai oleh fasilitator-fasilitator yang merupakan para pelajar Amerika Syarikat. Setelah tiba dan di bawa ke melawat tempat penginapan masing-masing, para peserta mendaftarkan diri dan terus ke “Ice Breaking Session”. Ice Breaking Session merapatkan lagi ukhuwah di antara fasilitator dan ahli kumpulan iaitu “It’s Time To Build A Bridge”. Yang mana para peserta dikehendaki membina satu jambatan daripada batang-batang aiskrim yang disediakan untuk menampung beban pada penghujung program. Kreativiti dan pemikiran yang kritikal para peserta teruji di dalam sesi ini.

Pada sebelah malam pula, para pelajar dihidangkan oleh satu sesi tentang “It is not about me, It is about us” yang mana menceritakan tentang tujuan belajar di dalam hidup ini. Para peserta begitu teruja mendapat satu perkongsian yang berguna daripada fasilitator tentang tujuan mereka belajar di dalam alam persekolahan dan seterusnya ke menara gading. Majlis perasmian setelah sesi tersebut disempurnakan oleh Encik Muhammad Ali Halim, Penolong Pengarah Jemaah Kenaziran Putrajaya.

Hari kedua dimulakan dengan senaman pagi para peserta yang di bawa bersenam mengelilingi kawasan sekitar pantai. Setelah itu sesi pagi pula mengajar para peserta tentang “How To Become A Smart Learner” yang mana kebanyakkan memberi pendedahan kepada para peserta tentang teknik belajar yang betul semasa alam persekolahan. Pada sebelah petang pula para peserta membuka mata mereka setelah para fasilitator menceritakan apakah peluang-peluang yang ada di Malaysia ini untuk melanjutkan pelajaran mereka. Kebanyakkan mereka terkejut kerana sebelum ini mereka tidak didedahkan dengan perkara ini. Manakala pada malam hari pula, ketahanan diri para peserta diuji dengan aktiviti “Night Navigation” di dalam kawasan sekitar Kem BTN tersebut.

Maka tibalah pada hari terakhir, yang mana kali ini para peserta lebih santai dengan program yang disediakan kerana para fasilitator menceritakan “How does Overseas Look Like?” kepada para peserta. Para peserta teruja dengan sesi tersebut serta lebih bersemangat untuk buat yang terbaik di dalam SPM kelak. Hal ini kerana, kehidupan di luar Negara yang ditunjukkan oleh fasilitator terpampang indah di dalam minda mereka dan sekaligus menyuntik semangat untuk belajar lebih bersungguh-sungguh. Oleh itu tamatlah sesi kem selama 3 hari di Kem BTN Sepang, yang mana majlis penutup disempurnakan oleh Encik Mohd Badrie bin Abd Rahim, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Hubungan Antarabangsa Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan jayanya. Para peserta meninggalkan Kem BTN Sepang dengan linangan air mata sedih untuk berpisah dengan para fasilitator walaupun baru kenal hanya 3 hari. Semoga apa yang diperolehi daripada kem ini sedikit sebanyak membantu para peserta untuk Berjaya di dalam SPM kelak dan sekaligus mengikuti jejak langkah kami ke Amerika Syarikat suatu hari nanti.



Sukaneka para peserta.

Para peserta di dalam sesi LDK

Sesi perbentangan para peserta.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara