Social Icons

-

Monday, July 2, 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA


SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA  




TUJUAN 

Kertas  ini  bertujuan  untuk menerangkan  konsep berhubung Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  Peringkat  Kebangsaan  yang  akan  dilaksanakan  pada  10  Julai  2012  (Selasa). 


LATAR BELAKANG 

2.         YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri  merangkap  Menteri  Pelajaran  Malaysia  telah  menyempurnakan  pelancaran  dasar  1Murid  1Sukan pada 02 Julai 2011.  Dasar 1Murid 1Sukan ini diwujudkan supaya kegiatan sukan di  sekolah disemarak dan diperkasakan.  Sehubungan itu, pelbagai program telah dan sedang  dilaksanakan  untuk  merealisasikan  dasar  tersebut  bermula  di  peringkat  sekolah  hingga  ke  peringkat kebangsaan.   

3.           Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia sebagai  kesinambungan  kepada  pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan.  Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah  dalam  Malaysia  Book  of  Records  (MBR)  sebagai Largest Simultaneous  Participation  of  School Students In An Aerobic Session.  Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh  sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM.  Pihak Persatuan Ibu Bapa dan  Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik ini.  

4.         Dua rekod pencapaian berkaitan senamrobik sebelum ini yang telah tercatat di dalam  Malaysia Book of Records (MBR) iaitu: 



4.1         Largest Children Aerobic Session yang berlangsung di Lumut Perak pada 27 Disember 2003 dan melibatkan penyertaan seramai 8,123 orang.    

4.2         Largest  Participation  In  An  Aerobic Session anjuran  Kementerian  Belia  dan Sukan (KBS) pada 15 Jun 2003 yang melibatkan penyertaan seramai 157,574  orang. 




ASAS-ASAS PERTIMBANGAN 

5.         Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  bertujuan  untuk  menghidupkan  kembali dan mengaktifkan semula aktiviti senamrobik di sekolah selaras dengan: 

5.1  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  (SPI)  Bil.  10/1988:  Senaman  Beramai-ramai  Untuk  Meningkatkan  Kecergasan  Dan  Tahap  Kesediaan  Murid  dan  Guru  Untuk  Bersukan Disamping Melibatkan Penyertaan Beramai-Ramai; dan

5.2  Laporan  Jawatankuasa  Kabinet  Mengkaji  Pelaksanaan  Dasar  Pelajaran  1979  juga memperakukan: Sekolah-sekolah  hendaklah  mengadakan  senaman  beramai-ramai yang melibatkan penyertaan semua murid. 

6.         Mesyuarat  Jawatankuasa  Pembangunan  Sukan  Sekolah  Siri  4  Bil.  1/2012  yang  dipengerusi  oleh  YAB Timbalan  Perdana  Menteri  merangkap  Menteri  Pelajaran  Malaysia  pada 27 Februari 2012 telah bersetuju Bahagian Sukan menganjurkan Senamrobik Serentak  1Murid 1Sukan 1Malaysia pada tahun ini.   Memandangkan pada bulan Julai setiap tahun,  Bahagian Sukan menganjurkan Bulan Kecergasan KPM, adalah sesuai tarikh ini dipilih bagi  Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan. 
7.         Aktiviti  senamrobik  merupakan  senaman  sesi  memanaskan  badan  yang  menarik  sebelum  melaksanakan  aktiviti  bersukan.   Melalui  senamrobik,  tahap  kesediaan  untuk  melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang disamping  membantu meransang  otot  dan  tubuh  badan  secara  teratur.   Aktiviti  senamrobik  merupakan  senaman  yang  terancang  yang  boleh  dilakukan  beramai-ramai  untuk  meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.  
8.         Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu  meningkatkan  prestasi  paru-paru  dan  mengurangkan  implikasi  saluran  darah  tersumbat  disebabkan  kolesterol.   Melalui  aktiviti  senamrobik,  murid-murid  dan  guru-guru  dapat  meningkatkan  kecergasan  fizikal  seterusnya  mampu  melakukan  aktiviti  seharian  tanpa  merasa  letih.    Keupayaan  fizikal  yang  optimum  melalui  aktiviti  senamrobik  meningkatkan  kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat.    
9.         Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima.   Aktiviti  senamrobik  merupakan  salah  satu  aktiviti  kecergasan  fizikal  yang  seimbang,  terdiri  dari  gabungan  senaman  yang  boleh  meningkatkan  daya  kadiovaskular  atau  daya  tahan  aerobik,  kekuatan otot,  ketahanan  dan  kelenturan.   Selain  daripada  itu, aktiviti senamrobik  juga  meningkatkan  kecergasan  pelakuan  psikomotor  yang  melibatkan  kelajuan,  keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan.  



10.  Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua  lapisan  masyarakat dan peringkat umur.  Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana  senamrobik: 



10.1  merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress  serta meningkatkan kekuatan fungsi otak; 

10.2  dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit  jantung dan pembuluh darah; 

10.3  dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor; dan 

10.4  dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan 

sihat.  


  
Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia 



11.  Senamrobik  1Murid  1Sukan  1Malaysia  merupakan  landasan  bagi  sekolah  melaksanakan  aktiviti  senamrobik  di  sekolah  sebagai  aktiviti  amalan  sepanjang  tahun  di  semua sekolah seluruh Negara.  Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua  program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya  memeriahkan aktiviti sukan di sekolah.  Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan  dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan.  



12.  Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya  hidup  sihat  dan  aktif  kepada  semua  masyarakat.   Akhir  sekali  adalah  diharapkan  murid-murid  dapat melibatkan  diri  dalam  aktiviti  sukan secara  menyeluruh  dan  bersepadu  bagi menjayakan dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. 




Matlamat  
13.  Matlamat  mengadakan  aktiviti  senamrobik  ini  adalah  untuk  melahirkan  generasi  murid  yang  cergas  dan  sihat,  dan  membudayakan  senaman  sebagai  amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka.  Menerusi senamrobik, setiap murid akan  tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta  dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti  senamrobik  ini  juga  bertujuan  membina  keyakinan  diri  murid  supaya  yakin  melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan. 


Objektif 

14.  Senamrobik  1Murid  1Sukan  1Malaysia  dijadikan  amalan  di  sekolah-sekolah  bagi  mencapai objektif berikut:  

14.1  meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;
  
14.2  melibatkan penyertaan semua murid; 

14.3  mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;  

14.4  mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul; 

14.5  meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;  




STRATEGI PELAKSANAAN 

Peringkat Kebangsaan 

15.  Pelancaran  Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  akan dilaksanakan  di  peringkat  kebangsaan  pada  10  Julai  2012  (Selasa),  jam  8.00  pagi  dan  bertempat  di  Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, Subang Jaya, Selangor.  Bahagian Sukan bercadang  YAB  Timbalan  Perdana  Menteri  merangkap  Menteri  Pelajaran  Malaysia  menyempurnakan  majlis  pelancaran  ini.  Cadangan  aturcara  Majlis  Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  peringkat kebangsaan adalah seperti di Lampiran I



Peringkat Sekolah, Daerah dan Negeri 

16.  Pada  tarikh  dan  masa  yang  sama,  Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  akan dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah dan negeri.  Semua sekolah seluruh negara  akan  melaksanakan  senamrobik  serentak  pada 10 Julai  2012 (Selasa),  jam  8.00  pagi  di  sekolah  masing-masing  pada  waktu  perhimpunan  rasmi  sekolah.   Pegawai-pegawai dari  Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan bersama-sama  menyempurnakan  pelancaran  senamrobik  ini  di  sekolah-sekolah  yang  berhampiran.   Cadangan  aturcara  Majlis  Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia   peringkat  kebangsaan adalah seperti di Lampiran II




Lagu dan Rentak Senamrobik  

17.   Bagi tujuan mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR), tempoh masa  minima  yang  ditetapkan  adalah  30  minit.   Sehubungan  dengan  itu,  Bahagian  ini  telah menyediakan  cakera padat senamrobik bagi tempoh 35 minit bermula dengan tahap intensiti  rendah  kepada  tahap  intensiti  tinggi  untuk  digunakan  khusus  pada  Majlis  Pelancaran  Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan  oleh  pihak Malaysia  Book  of  Records (MBR).   Walaubagaimanapun,  bagi  melaksanakan  aktiviti  senamrobik  di  sekolah  selepas  pelancaran  ini,  pihak  sekolah  boleh  menggunakan  mana-mana cakera padat atau lagu dan rentak lain yang bersesuaian untuk melaksanakan  akitiviti senamrobik di sekolah.   


PENUTUP 

18.  Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  Sempena  Pelancaran  Bulan  Kecergasan  Peringkat  Kebangsaan  KPM  2012  diharapkan  dapat  mengembalikan  semula  keaktifan  aktiviti  senamrobik  di  sekolah.  Senamrobik  ini  juga  diharapkan  sebagai  satu  platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang  mudah dan menyeronokkan.    






Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
JUMLAH PRA PENDAFTARAN PENGLIBATAN KESELURUHAN MURID YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012.
Bil  Nama Negeri Jumlah Pra Pendaftaran 
 1PERLIS22764
 2KEDAH70472
 3PULAU PINANG 7219
 4 PERAK 95184
 5 WP KUALA LUMPUR 8584
 6 WP PUTRAJAYA -
 7 SELANGOR 12955
 8 NEGERI SEMBILAN 9188
 9 MELAKA 13495
 10 JOHOR 62580
 11 PAHANG 51531
 12 TERENGGANU 69504
 13 KELANTAN 84517
 14 SABAH 92100
 15 SARAWAK 48950
 16 WP LABUAN 1619
 Jumlah keseluruhan 650662





No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara