CELCOM Axiata Berhad (Celcom) baru-baru ini telah melancarkan
Educube yang merupakan sebuah perkhidmatan pendidikan 3-dalam-1 atas talian
merangkumi sekolah, kelas tambahan dan peperiksaan bagi pelajar sekolah rendah
dan menengah di negara ini.
Ketua Operasi (Advanced Data) Celcom, Afizulazha Abdullah berkata,
perkhidmatan itu disasarkan kepada golongan pelajar yang bakal menduduki
peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah
Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Ia selaras dengan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan
penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di sekolah melalui
pembelajaran kreatif," katanya pada majlis pelancaran Educube di Menara
Celcom, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Educube dibangunkan dengan kerjasama Orenda Sdn. Bhd. yang memajukan perisian atas talin 3-dalam-1 selain sokongan dan Majlis Permuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN).

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Maju Holdings Sdn. Bhd.,
Wan Shariman Wan Mohamed; Ketua Pegawai Eksekutif Orenda Sdn. Bhd., Michael
Yeoh; dan Presiden PIBGN, Professor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan.
Menurut Afizulazha, perkhidmatan pendidikan atas talian ini
menawarkan lebih 70,000 soalan dengan enam modul utama kepada para pelajar
untuk membuat ulangkaji pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan
menggunakan komputer, laptop atau tablet.
"Dengan fungsi dwibahasa, Educube akan membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Produk ini juga akan membantu pelajar menilai kesalahan yang dilakukan dengan adanya alat pemarkahan automatik.
"Melalui penggunaan teknologi, kita dapat membantu pelajar meningkatkan pemahaman pembelajaran menggunakan pendekatan multimedia menggabungkan sekolah, kelas tambahan dan peperiksaan dalam satu perkhidmatan," jelas beliau.
Tambahnya lagi, produk yang diperkenalkan itu merupakan alternatif perkhidmatan pembelajaran atas talian yang mampu memperkayakan pengalaman belajar melalui pendekatan yang menyeronokkan, berkesan dan mudah digunakan.
"Isi kandungannya adalah berasaskan kurikulum pendidikan sebenar dan ia dibentuk untuk menyampaikan pengalaman pendidikan inovatif kepada para pelajar.
"Selain itu, kandungan Educube merangkumi peperiksaan, latihan dan sebagainya dibangunkan oleh kumpulan ahli akademik bertauliah dan berpengalaman mengajar, merangka dan menanda jawapan peperiksaan peringkat kebangsaan," ujarnya.
Katanya lagi, sempenan pelancaran itu, Celcom turut mempelawa sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menyertai Peperiksaan dan Pecubaan Atas Talian Kebangsaan (Online National Exam and Trails) untuk UPSR, PMR dan SPM sebelum mereka menduduki peperiksaan sebenar.

"Melalui peperiksaan atas talian ini, para pelajar akan
berupaya mengukur kedudukan mereka dalam bidang akademik dengan pencapaian
rakan-rakan sebelum peperiksaan sebenar yang secara tidak langsung meningkatkan
persaingan sihat di kalangan mereka.
"Perkhidmatan atas talian ini turut menggalakkan pelajar untuk belajar secara berdikari dan memenuhi keperluan bagi meningkat pengetahuan teknologi, selain menjadi lebih dinamik dan inovatif," terang beliau.

No comments:
Post a Comment