READING: Seorang guru wanita berdepan dengan hukuman penjara
semalam selepas mengaku mengadakan seks dengan tiga pelajar lelaki.
Emma Webb, ibu dua anak, menangis ketika mengaku bersalah terhadap
16 tuduhan membabitkan pelajar berusia 15 dan 17 tahun.
Mahkamah sebelum ini diberitahu, guru berusia 41 tahun itu tidur
bersama dengan seorang pelajar hingga 12 kali dan melakukan seks dengannya dan
seorang lagi pelajar.
Mahkamah juga diberitahu, Emma yang mempunyai suami, mencium dan
memeluk pelajar ketiga serta menghantar imej lucah yang dirakamnya ketika
melakukan perbuatan memberahikan pada dirinya sendiri kepada pelajar lain.
Guru itu ditangkap pada Jun lalu selepas seorang pelajar
mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.
Nama pelajar dan sekolah terbabit tidak boleh disiarkan kerana
alasan undang-undang.
Hukuman terhadap Emma yang berasal dari Woodley, Berkshire akan
dijatuhkan bulan depan.
Hakim, John Reddihough memberitahunya di Mahkamah reading: “Hanya
kerana kamu mengaku bersalah terhadap tuduhan itu tidak bermakna kami tidak
akan dikenakan hukuman.” - DM
No comments:
Post a Comment