Social Icons

-

Tuesday, August 7, 2012

Liga Piala Menteri Pelajaran & Liga Remaja KPM-FAM


Tentang Kami

Liga Piala Menteri Pelajaran dan Liga Remaja KPM-FAM adalah di bawah pengelolaan Bahagian Sukan, (BS), Kementerian Pelajaran Malaysia. 


Bahagian Sukan, (BS)

PIAGAM PELANGGAN BS

Kami seluruh anggota Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia berikrar dan berjanji;

Menumpukan sepenuh tenaga dan usaha bagi melaksanakan Dasar Pendidikan negara melalui program sukan, kesenian dan kokurikulum yang berkualiti di sekolah-sekolah melalui usaha:
  1. Memastikan semua murid berpeluang mengikuti kegiatan sukan;
  2. Mengenalpasti murid yang mempunyai potensi diberi peluang mengembangkan bakat mereka;
  3. Menyediakan peluang kepada murid yang berprestasi tinggi untuk menyerlahkan kecemerlangan;
  4. Meningkatkan profesionalisme personel Bahagian Sukan secara berterusan;
  5. Memastikan semua permohonan, aduan dan maklumbalas diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja; dan
  6. Memastikan pelanggan dan 'stakeholders' menerima layanan yang mesra, saksama dan mendapat bantuan sewajarnya.



MISI BS

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.


VISI BS

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.


OBJEKTIF BS

  • Merancang dan menentukan pelaksanaan pendidikan sukan sekolah.
  • Menyelaras dan menilai program pendidikan sukan sekolah.
  • Menyediakan tenaga mahir / kepakaran untuk pendidikan sukan.
  • Merancang, menyelaras, menyelia dan menilai pendidikan sukan di sekolah-sekolah dan di Sekolah Sukan.
  • Merancang dan menyelaras program pembangunan sukan.
  • Menyediakan kurikulum pendididikan sukan.
  • Merancang, mengurus, menyelia dan menilai program Sukan Mini dan Pusat Khas Sukan.
  • Membantu Majlis Sukan Negara / Negeri dan Persatuan - persatuan Sukan Kebangsaan mengelola program pembangunan sukan di sekolah-sekolah.
  • Merancang, mengurus, menyelia dan menilai kemudahan dan peralatan sukan di Sekolah Sukan Negara, Sekolah Sukan Sambilan dan Pusat - Pusat Khas Sambilan.
  • Meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang sukan.
  • Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang sukan.
  • Meningkatkan kepakaran serta keilmuan guru dan pegawai sukan.
  • Menaiktaraf kemudahan dan peralatan sukan di sekolah dan Sekolah Sukan.
  • Meluaskan penyertaan pelajar ke arah kecemerlangan sukan di peringkat antarabangsa.


FUNGSI BS

Fungsi Bahagian ini dalam Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sebagai penggubal dasar, merancang pembangunan sukan dan mengurus program-program sukan yang melibatkan pelbagai peringkat sekolah kerajaan.

Pembangunan Sukan di BS adalah menyokong Dasar Sukan Sekolah iaitu:


SUKAN UNTUK SEMUA

Adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas di kalangan murid bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau peringkat antarabangsa.


SUKAN UNTUK KECEMERLANGAN

Adalah merujuk kepada sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat Persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan pemenang. 


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara