Social Icons

-

Friday, August 3, 2012

MARSAH (Kolej Pengajian Islam Johor


Sejarah Penubuhan MARSAH

Sistem pendidikan Islam di negeri Johor Darul Ta’zim bermula sejak tahun 1923 lagi. Ianya terus berkembang hingga sekarang melalui sekolah agama kerajaan negeri Johor. Kemudian satu sistem pendidikan agama di peringkat rendah yang lebih sistematik telah diperkenalkan melalui penubuhan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB).

Seterusnya pendidikan agama di peringkat menengah juga dibangun dan dikembangkan. Boleh dikatakan sistem pendidikan agama di negeri Johor baik di peringkat rendah mahu pun di peringkat menengah telah pun mantap dan berjaya mengeluarkan pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi. Bagi menampung permintaan pelajar lepasan menengah untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, MARSAH telah ditubuhkan sebagai kesinambungan dan pelengkap kepada sistem pendidikan agama Islam di negeri Johor.

Sejarah awal Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) sebagai pusat pengajian tinggi Islam dan bahasa Arab telah wujud pada tahun 1997 apabila Majlis Agama Islam Johor telah membuat keputusan meningkatkan lagi taraf pengajian di Maahad Johor kepada pengajian tinggi Islam dengan mengekalkan kedudukan Maahad Johor sebagai sekolah menengah tinggi dan MARSAH sebagai IPT.
Pada 17 Jun 1997 satu memorendem persefahaman dalam bidang akademik dan kebudayaan di antara Majlis Agama Islam Johor dan Universiti Al-Azhar telah ditandatangani bagi membolehkan pusat pengajian ini ditubuhkan untuk mengendalikan program dan kursus-kursus KuliahAl-Dirasat Al-Islamiah Wa Al-Arabiah Universiti Al-Azhar di MARSAH.

Pada 4 November 1997 MARSAH telah memulakan kursus pengajian Syariah Islamiah dengan bilangan pelajar seramai 42 orang bertempat di bangunan Maahad Johor. Pada 5 Julai 2000 MARSAH mendapat pengiktirafan dari Universiti Al-Azhar bagi pengajian Diploma Syariah Islamiah dan Usuluddin.

Falsafah
Paduan ilmu yang berasaskan Al-Qur’an dan Al-Sunnah ialah dasar utama bagi perkembangan fikiran, kemajuan masyarakat dan ummah.

Matlamat
Melahirkan ilmuan muslim mukmin yang berketrampilan dalam pelbagai bidang ilmu Islam yang memiliki jiwa kehambaan dalam melaksanakan
tugasnya sebagai Khalifah Allah untuk memakmurkan dunia menurut apa yang diredhaiNya.

Moto
“ Jadilah kamu orang – orang yang mengikuti ajaran Allah”
Surah Aali Imran ayat :79

Visi
Menjadikan institut ini sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Misi
Melahirkan ilmuan muslim mukmin dan mengembangkan dakwah Islamiah untuk kebahagiaan ummah.

Objektif
~ Meninggikan tahap pencapaian pendidikan dan pelajaran agama di negeri Johor dalam usaha membudayakan penghayatan ilmu melalui Al-Qur’an dan Al-Sunnah.
~ Mengeluarkan pelajar yang berketerampilan dan berkemampuan dalam bidang ilmiah selaras dengan kehendak pembangunan masyarakat yang seimbang dengan nilai-nilai iman dan akhlaq mulia.
~ Mengeluarkan ahli cerdik pandai Islam yang berkemampuan dalam menangani permasalahan ummah dan cabaran-cabaran masa kini.
~ Menjalin hubungan kebudayaan dan ilmiah dengan institusi-institusi pengajian Islam dan bahasa arab dalam usaha memelihara warisan penilaian Islam demi kemajuan agama, bangsa dan negara.
~ Menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang ilmu Islam dan menyebarluaskannya.
~ Memberi khidmat perundingan dan khidmat masyarakat dalam berbagai bidang perundangan Islam bagi menghayati Islam sebagai al-din.
~ Mempelopori pelbagai kaedah bagi meningkatkan penyebaran kefahaman mengenai Islam dengan menerbitkan berbagai bahan ilmiah di samping menjadi sumber rujukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kefahaman Islam
 
 
Jabatan Pengajian di MARSAH
Definisi Logo MARSAH
Perkataan MARSAH pada gambar kitab ialah ringkasan Markaz Al-Dirasat Al-Islamiah Wa Al-Arabiyah,  dan MARSAH itu sendiri membawa erti “tali yang kukuh”.
Kitab berwarna kuning melambangkan ilmu pengetahuan yang ditimba dari sumber yang asal.

Bulan sabit menjadi simbol keagungan Islam.

Bintang berbucu lapan dan Kubah masjid melambangkan pengajian yang berkembar dengan  Universiti Al-Azhar khususnya.

Lingkaran tali pada keseluruhan logo bermaksud pertalian yang kukuh antara MARSAH,  Universiti Al-Azhar, negeri Johor Darul Ta’zim dan ajaran Islam.


Biru Melambangkan perpaduan matlamat dan wawasan.

MerahMelambangkan perjuangan dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.

KuningMelambangkan kedaulatan sultan bagi jajahan takluk negeri Johor Darul Ta’zim.

PutihMelambangkan kesucian.
 

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara