Syarat Pertandingan & Pameran Foto KPT 2012
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua Staf KPT (Ibu Pejabat, JPT, JPP, JPKK, MQA, PTPTN, AKEPT sahaja).
2. Gambar yang dipertandingkan adalah berdasarkan tema berikut:
a. Lanskap(Landscape)
Karya memaparkan konsep serta suasana Kemerdekaan.
b. Manusia(People)
Karya memaparkan unsur-unsur kemerdekaan.
3. Maksimum gambar yang ingin dipertandingkan adalah 10 keping untuk setiap kategori.
4. Peserta perlu menghantar kesemua gambar format jpeg saiz minimum 3 MB dalam bentuk CD atau negatif gambar asal. Gambar mesti sampai ke meja Urusetia selewat-lewatnya jam 3.00 petang, 15 Ogos 2012.
5. Hanya pengeditan dari segi leveling, cropping, dan basic toning dibenarkan. HDR, manipulation, atau photomerge adalah dilarang sama sekali.
6. Gambar yang dipertandingkan mestilah hasil kerja dan ciptaan sendiri, yang belum pernah diterbitkan di dalam mana-mana media cetak atau elektronik.
7. Setiap gambar akan dinilai dan dipilih oleh juri dilantik. Gambar yang terpilih akan dicetak untuk dipamerkan.
8. Seorang peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja untuk setiap kategori.
9. Hadiah untuk setiap kategori adalah seperti berikut:
a. Tempat Pertama = Nikon DSLR D3100 + Medal + Sijil Penyertaan
b. Tempat Kedua = Nikon P7100 + Medal + Sijil Penyertaan
c. Tempat Ketiga = Nikon S1200 +Medal + Sijil Penyertaan
d. Tempat Ke 4 – 10 = Hamper + Sijil Penyertaan
e. Setiap Peserta = Sijil Penyertaan
10.Segala karya yang dihantar merupakan hak milik Kementerian Pengajian Tinggi serta boleh digunapakai oleh Kementerian untuk tujuan publisiti dan promosi pada masa akan datang.
11.Karya para pemenang akan dipamerkan di Lobi Aras Bawah KPT pada 28 hingga 30 Ogos 2012.
12.Keputusan juri pertandingan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
No comments:
Post a Comment