Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

Home Schooling


PENGECUALIAN DARIPADA MENGIKUTI PENDIDIKAN WAJIB
 (HOME SCHOOLING)

1.       PENYATAAN DASAR

Home Schooling adalah merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada ibu bapa yang memerlukannya seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga. Namun demikian ianya hanyalah satu keistemewaan dan bukannya hak. Persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-kanak kerana ianya merupakan satu cara untuk kanak-kanak dapat berinteraksi di antara satu sama lain.

2.       TUJUAN

2.1 Memberi peluang kepada kanak-kanak yang menhadapi masalah kesihatan yang kronik dan memerlukam penjagaan yang rapi oleh ibu bapa untuk mendapat pendidikan formal di rumah.
2.2 Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk memperolehi pendidikan wajib seperti dalam Akta Pendidikan 1996.
2.3 Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyekolahkan anak.

3.       PELAKSANAAN DASAR

               3.1 Akta Pendidikan (Pindaan) 2002
Subseksyen 29A (2) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 memperuntukkan Menteri boleh, “Jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian”, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya dan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.

3.2  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di  Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002.

3.3  Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003.

4.       KAEDAH PELAKSANAAN

4.1 Permohonan Home Schooling boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh negara menggunakan borang yang telah disediakan. Permohonan ini akan di hantar ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang berkaitan untuk diproses dan diberikan  kelulusan khas. Setakat ini hanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga adalah diutamakan untuk tujuan kelulusan. Semua syarat-syarat  untuk tujuan permohonan ini ada dinyatakan di dalam borang yang boleh didapati secara percuma di semua Jabatan Pelajaran Negeri  di seluruh Negara.

4.2 Kes permohonan pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib dan menjalankan persekolahan di rumah (Home Schooling) dirujuk kepada KPPM untuk mendapat ulasan dan kemudiannya diangkat kepada YB Menteri Pendidikan untuk mendapatkan keputusan.

4.3 Secara amnya syarat tersebut adalah seperti berikut:

4.3.1   Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia

4.3.2   Pemohon mestilah memiliki kelulusan ikthisas perguruan

4.3.3   Salah seorang ibu bapa mestilah berkesanggupan untuk menjadi pengajar kepada kanak-kanak tersebut secara sepenuh masa di rumah

4.3.4   Adalah diwajibkan untuk menggunakan kurikulum kebangsaan

4.3.5   Berkemampuan untuk menyediakan prasrana pendidikan yang kondusif dan sempurna untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran

4.3.6   Lawatan ke rumah pemohon akan dibuat untuk tujuan lawatan tapak kesesuaian prasarana pendidikan oleh pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pelajaran Negeri  dan Pejabat Pelajaran Daerah

4.3.7   Pemohon membenarkan Pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk melawat rumah pada bila-bila masa hari persekolahan untuk tujuan pemantauan proses Pengajaran & Pembelajaran tanpa prasangka.

4.3.8   Kanak-kanak yang menjalankan Home Schooling tidak dibenarkan sama sekali untuk menghadiri mana-mana persekolahan secara tiusyen harian sama ada swasta atau kerajaan

4.3.9   Sekiranya didapati pemohon melanggar syarat-syarat yang terkandung dalam kelulusan yang diberikan oleh  pihak Kementerian Pelajaran Malaysia  maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak untuk membatalkan kelulusan tersebut dengan serta merta dan kanak-kanak tersebut hendaklah didaftarkan semula ke sekolah biasa dengan segera.

 5.  TARIKH KUATKUASA

5.1 Kertas “Kriteria Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah” telah diluluskan oleh YB Menteri Pendidikan pada 28 Jun 2003 dan tugas memproses permohonan pengecualian telah dilaksanakan mulai daripada tarikh tersebut.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara