Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA SEKOLAH RENDAH


1. PENYATAAN DASAR
Kemasukan dan penempatan murid bukan warganegara ke sekolah kerajaan adalah berdasarkan permohonan yang memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan mengikut undang-undang Malaysia.

2. TUJUAN

Menentukan kemasukan dan penempatan murid bukan warganegara yang layak dan menepati syarat-syarat dapat masuk ke Sekolah Rendah Kerajaan / Bantuan Kerajaan.

3. PELAKSANAAN DASAR
3.1 Akta Pendidikan 1996.

3.1.1 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat bagi Pengekalan Murid Belajar di Sekolah) 1998.
3.1.2 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Murid Masuk ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat bagi Pengekalan Murid Belajar di Sekolah) (pindaan) 2007.
3.1.3 Borang Panduan Permohonan P.U.(A) 275 Akta Pendidikan 1996.

3.2 Surat Siaran Bahagian Sekolah KP(BS/PSR)8502/03/007/(15) bertarikh 4 Mei 1999.
3.3 Surat Pekeliling Imigresen Malaysia (M) 101/G/789/24/2/97 bertarikh 5 Jun 1987.
3.4 Surat Pekeliling Imigresen Malaysia Bil. 3/95 bertarikh 7 Februari 1995.
3.5 Memo Perhubungan Bahagian Kewangan kepada Penasihat Undang-Undang KP (PUU)S.1075/07/12(8) bertarikh 26 Jun 2000.
3.6 Memo Perhubungan Pejabat Penasihat Undang-Undang KPM kepada Bahagian Sekolah KPM KP(PUU)10075/02/12/Jld4(12).


4. KAEDAH PELAKSANAAN
4.1 Bagi murid bukan warganegara yang boleh diterima masuk belajar di sekolah kerajaan / bantuan kerajaan adalah seperti berikut :
4.1.1 Anak kakitangan Kedutaan Asing.
4.1.2 Anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-mana tempat lain dengan permit kerja yang sah.
4.1.3 Anak yang ibu bapanya adalah Pemastautin Tetap Malaysia.
4.1.4 Ibu bapa bukan warganegara yang datang ke Malaysia untuk bekerja dan mempunyai pas pekerjaan atau pas pelajar, anak-anak mereka dibenarkan belajar di Sekolah Bantuan Kerajaan dengan syarat mengisi borang permohonan dan menyertakan dokumen sokongan untuk pertimbangan.
4.1.5 Permohonan penerimaan masuk murid bukan warganegara ke Sekolah Kerajaan / Bantuan Kerajaan mestilah menggunakan borang Jadual Pertama P.U. (A) 275.
4.2 Permohonan masuk.
4.2.1 Permohonan masuk murid bukan warganegara ke Sekolah Kerajaan / Batuan Kerajaan adalah berpandukan kepada P.U.(A) 275 Akta Pendidikan 1996; dan Surat Pekeliling dari Bahagian Sekolah KP(BS/PSR)8502/03/007(15) bertarikh 4 Mei 1999.
4.2.2 Permohonan hendaklah menggunakan Jadual Pertama (borang P.U.(A)275) dan ianya boleh didapati di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri. Permohonan hanya boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga murid yang sah sahaja.
4.2.3 Dokumen sokongan yang lengkap hendaklah disertakan bersama borang permohonan sebagai bukti kukuh taraf kewarganegaraan murid dan ibu bapa / penjaga. Salinan asal sesuatu dokumen hendaklah ditunjukkan sebelum salinannya disahkan betul.
4.2.4 Bagi menentukan taraf kewarganegaraan seseorang murid dan kebenaran belajar di Sekolah Batuan Kerajaan sama ada perlu Pas Pelajar, Bayaran Fee atau kedua-duanya sekali adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Imigresen Malaysia (M)1010/G/789/24/2/97 bertarikh 5 Jun 1987; dan Memo Perhubungan Bahagian Kewangan kepada Penasihat Undang-Undang KP(PUU)s.1075/07/12(8) bertarikh 26 Jun 2000.
4.2.5 Semua borang permohonan dan dokumen sokongan akan diteliti sebelum diberi kelulusan untuk bersekolah. Pada kes-kes tertentu dokumen tambahan mungkin diperlukan.
4.2.6 Surat jawapan akan diberi kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan Salinan kepada pemohon. Semua permohonan masuk ke Sekolah Bantuan Kerajaan mestilah mendapat surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri.
4.2.7 Borang P.U.(A)275
a. Tiga salinan borang ini hendaklah dihantar bersama dengan butir-butir yang dikehendaki dalam Bahagian I.(diisi oleh ibu bapa).
b. Bahagian II hendaklah diisi oleh guru besar atau pengetua sekolah yang dipohon.
c. Dua salinan dokumen-dokumen berikut yang telah ditentu sahkan hendaklah disertakan bersama borang permohonan iaitu surat beranak, kad pengenalan dan pasport murid, ibu bapa.
d. Jika ibu bapa bekerja di negara ini, sila kemukakan bersama salinan pas pengajian, pas tanggungan dan surat majikan yang telah ditentu sahkan, mengikut mana-mana yang berkenaan. Surat nikah bagi murid bukan warga negara.
e. Sekiranya permohonan bukan dari ibu bapa murid, sila kemukakan dokumen-dokumen diri seperti perenggan (c) dan dua salinan surat keterangan hubungannya dengan murid tersebut yang telah ditentu sahkan.
Contoh: Surat daftar anak angkat mengikut seksyen 25 akta Pengangkatan 1952.
4.2.8 Dokumen-dokumen sokongan,
a. Salinan sijil kelahiran murid yang dikeluarkan oleh Negara berkenaan
b. Kad Pengenalan / Pasport Murid (tempoh terkini)
c. Salinan kad pengenalan ibu, bapa dan murid
d. Salinan hak penjagaan anak
e. Salinan surat nikah
f. Salinan pasport ibu bapa
g. Rekod persekolahan / sijil peperiksaan akhir
h. Dokumen-dokumen sokongan yang lain yang telah ditentu sahkan.
4.2.9 Pas Pelajar ke atas murid bukan warganegara adalah berpandukan;
Garis panduan menentukan murid-murid yang dilahirkan di dalam dan di luar Malaysia pada dan selepas hari Malaysia sama ada memerlukan pas pelajar atau tidak untuk belajar di Sekolah Kerajaan / Bantuan Kerajaan.
Rujukan : Pekeliling Imigresen Bil. 3/95 bertarikh 7 Februari 1995; dan
Surat Pekeliling Imigresen Malaysia (M) 101/G/789/24/2/97 bertarikh 5 Jun 1987.
4.2.10 Bayaran Fee sebagaimana mengikut Pekeliling Bahagian Kewangan Bil. 4/2000 Peraturan
           Kutipan Fee Sekolah Yang Dikenakan kepada Murid Asing; dan Peraturan-        peraturan  
           Pendidikan (Fee yang diluluskan) / (kehadiran murid asing) 1995, kadar bayaran setahun
           ditetapkan;
a.RM 120.00 (Sekolah Rendah)
b.RM 240.00 (Sekolah Menengah)
4.2.11 Pertukaran Sekolah bagi murid bukan warganegara;
Pemohon perlu membuat permohonan semula (baru). Penempatan bagi murid ini hendaklah berdasarkan kepada kekosongan tempat di sesebuah sekolah.

4.2.12 Menggunakan borang sebagaimana yang ditetapkan dengan syarat-syarat berikut:

a.mengemukakan borang dengan lengkap;

b.memiliki pas pelajar yang dikeluarkan oleh jabatan Imigresen; dan

c.membayar Fee yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. 

4.3 Garis Panduan Penentuan Syarat kemasukan Murid Bukan Warganegara ke Sekolah Bantuan
          kerajaan.

4.3.1 Peruntukan di bawah Article 14(1)(b) menyatakan bahawa setiap orang yang dilahirkan
       pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai syarat-syarat seperti yang dinyatakan pada
       Bahagian II dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan adalah warganegara dengan
       cara kuatkuasa undang-undang, iaitu-

a. tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya ibu atau bapanya, pada masa kelahiran itu, adalah warganegara atau bermastautin tetap di Persekutuan; dan
b. tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan dan bapanya pada masa ianya lahir itu adalah seorang warganegara dan lahir di Persekutuan atau, pada masa ia lahir itu, berada dalam perkhidmatan persekutuan atau perkhidmatan sesuatu negeri; dan
c. tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan dan bapanya, pada masa ia lahir itu adalah seorang warganegara, dan dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu, berlaku atau dalam sesuatu tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam sesuatu hal tertentu, kelahiran itu didaftarkan di suatu Pejabat Konsul Persekutuan atau, jika kelahiran itu berlaku di Brunei atau di sesuatu wilayah yang ditetapkan bagi maksud ini dengan perintah Yang Dipertuan Agong kelahiran itu didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan; dan
d. tiap-tiap orang yang lahir di Singapura dan sekurang-kurangnya ibu atau bapanya, pada masa kelahiran itu, adalah seorang warganegara dan orang itu pada masa ia lahir tidak menjadi warganegara dengan apa-apa cara melainkan menurut perenggan ini; dan
e.tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa ia lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negeri dengan apa-apa cara melainkan dengan menurut perenggan ini.

4.3.2 Bagi maksud ini, syarat-syarat kemasukan murid bukan warganegara hendaklah mematuhi Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat bagi Pengekalan Murid Belajar di Sekolah)1998.

5.TARIKH KUATKUASA
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah)1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 23 Julai 1998.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara