Social Icons

-

Wednesday, September 5, 2012

Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)


Kolej Melayu Kuala Kangsar atau nama ringkasnya Kolej Melayu Kuala Kangsar, merupakan sebuah Kolej yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak.
Pada 2009, Kolej Melayu Kuala Kangsar memiliki 543 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 543 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.

Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali Malay College, MCKK, MC atau Koleq, dan kadangkala Eton of the East) atau (Inggeris: Malay College Kuala Kangsar), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar,Perak. Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.


Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916).
Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.
Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60, dan sehingga kini rakyat lelaki berbangsa Melayu memegang jawatan tersebut.

Bangunan Overfloor (dibina pada 1909) adalah binaan yang menjadi identiti sekolah ini, bercirikan senibina Greco-Roman, berhadapan padang ragbi, merupakan asrama bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 (dan juga tingkatan 3 dan 6 pada satu masa) dan dewan makan. Bangunan Prep School (dibina pada 1912) yang menempatkan pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah lebih kecil daripada bangunan Overfloor, mengekalkan senibina Greco-Roman, tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza.
Pada tahun 1955, bangunan West Wing dan East Wing ditambah kepada Overfloor untuk menempatkan lebih ramai pelajar. Tiga bangunan ini kini dikenali sebagai Asrama Besar (Big School). Pada tahun yang sama, Blok Pentadbiran dan Menara Jam juga ditambah untuk memenuhi keperluan semasa. Seterusnya pada tahun 1963 asrama tambahan , Pavilion dan pada tahun 1972, Asrama Baru (New Hostel) dibina.Pavilion dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 3 manakala Asrama Baru dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 2.
Satu lagi mercu tanda utama sekolah ini ialah Big Tree, sebatang pokok hutan hijau yang terletak di sebelah timur Overfloor, yang berusia lebih tua daripada bangunan Overfloor sendiri.

Oh The Malay College
Harapan Bangsaku
Dengan Sejarah Yang Cemerlang
Harumlah Namamu

Kolej Istimewa
Didikan untuk semua
Keluar membimbing negara
Maju terus mara

Banggaku rasakan
Khidmatku berikan
Takku lupakan jasa-jasamu
Oh The Malay College


Terdapat tiga padang sukan utama di sekolah ini; padang di hadapan Asrama Besar yang digunakan untuk ragbi, bola sepak dan kriket, padang hoki berhadapan Asrama Baru dan padang serbaguna di Blok Pentadbiran. Di sekolah ini juga terdapat satu-satunya gelanggang Eton Fives di Malaysia, walaupun kini tiada pelajar yang masih meneruskan sukan ini.
Semua pelajar sekolah ini menganggotai salah satu daripada 4 rumah sukan, dimana tiap rumah sukan berkenaan dinamakan atas penaung asal iaitu Rumah Sulaiman, Ahmad, Mohd Shah dan Idris, dan rumah-rumah sukan ini diwakili oleh warna merah, hitam, kuning dan putih mengikut turutan tersebut. Sepanjang tahun persekolahan, rumah-rumah ini bertanding dalam pelbagai aktiviti sukan, di mana pertandingan ini mencapai puncaknya pada Hari Sukan yang diadakan setiap tahun.
Kolej Melayu memegang reputasi yang tinggi dalam bidang sukan sekolan negara. Sejak tahun 1960, sekolah ini mengadakan perlawanan ragbi tahunan menentang Kolej Vajiravudh, sebuah sekolah elit di Thailand. Perlawanan ini diadakan di Bangkok pada tahun genap dan di Kuala Kangsar pada tahun ganjil. Selain daripada ini, sekolah ini juga mengadakan kejohanan sukan tahunan bersama Maktab Tentera DiRaja, dimana kedua-dua sekolah ini bergilir menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.

Persatuan alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar dikenali sebagai Malay College Old Boys' Association (MCOBA) atau "Persatuan Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar", ditubuhkan pada tahun 1929.
Antara bekas pelajar yang ternama adalah seperti
§  Sultan Hisamuddin Alam Shah  Yang di-Pertuan Agong ke-2 & Sultan Selangor ke-5
§  Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah – Agong ke-11 & Sultan Selangor ke-8
§  Sultan Haji Ahmad Shah – Agong ke-7 & Sultan Pahang kini
§  Sultan Azlan Muhibbuddin Shah – Agong ke-9 & Sultan Perak kini
§  Yang di-Pertuan Besar Tuanku Ja’afar – Agong ke-10 & Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10
§  Dato' Onn Jaafar  Menteri Besar Johor ke-7 & pengasas UMNO
§  Tun Abdul Razak Dato' Hussein  Perdana Menteri Malaysia kedua
§  Dato Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz  Menteri Besar Perak pertama
§  Tun Abdul Aziz bin Abdul Majid  Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-3
§  Tun Mohd Khalil Yaakob  Menteri Besar Pahang ke-13 & Yang di-Pertua Negeri Melaka kini
§  Dato Haji Raja Kamaruddin bin Idris - Menteri Besar Terengganu ke-5
§  Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad - Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pertama
§  Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, Sultan Brunei ke-28
§  Tan Sri Azmi Kamaruddin - bekas Hakim Mahkamah Tinggi
§  Tun Mohammed Hanif Omar - bekas Ketua Polis Negara Malaysia
§  Dato' Seri Anwar Ibrahim - Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7 & penasihat Parti Keadilan Rakyat
§  Hishamuddin Rais - aktivis sosial
§  Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
§  Dato' Shahrir bin Abdul Samad - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
§  Dato' Fauzi Abdul Rahman - bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
§  Tan Sri Sanusi Bin Junid - Menteri Besar Kedah ke-7 & presiden UIAM ke-4
§  Datuk Abdullah Ahmad - Wakil Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
§  Dr Hj Mohd Hatta Ramli - Bendahari Parti Islam SeMalaysia
§  Hj Mohd Yahya Hj Mat Sahri - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat
§  Tan Sri Musa Mohamad - bekas Menteri Dalam Negeri Malaysia
§  Dato Seri Hishammuddin Hussein - Menteri Dalam Negeri Malaysia
§  Dato Seri Mohd Effendi Norwawi - bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri
§  Tan Sri Yahaya Ahmad - bekas pengerusi DRB-Hicom
§  Tan Sri Razali bin Ismail - diplomat & ahli korporat
§  Tan Sri Hassan Merican - bekas CEO Petronas
§  Tan Sri Saleh Sulong - bekas pengerusi DRB-Hicom
§  Tan Sri Halim Saad - penubuh Kolej Yayasan Saad
§  Tan Sri Dato' Azman Mokhtar - pengarah urusan Khazanah Berhad
§  Datuk Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah - perunding motivasi terkenal
§  Dato' FD Iskandar Mansor - pengarah urusan GLOMAC Berhad
§  Ishak Haji Muhammad - penulis & nasionalis
§  Dr. Hj. Mohd Ramli Bin Hj Md.Kari - bekas ADUN Senggarang
§  Datuk Mohd Zahir Khalid - Adun Kemunting & Exco Negeri Perak
§  YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar - Adun Ayer Putih
§  Mohamed Sufyan Mohd Mokhtar - Pengarah Perundangan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Sebagai sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, pelbagai tradisi tersendiri masih dipelihara oleh pelajar semasa serta alumni. Pada perlawanan sukan utama, setiap pelajar akan turun ke padang dan bersorak serta menyanyikan lagu-lagu sorakan dengan unison.
Murid tua Kolej Melayu mengekalkan tradisi memakai tali leher sekolah pada setiap hari Rabu. Perjumpaan murid-murid tua, Hujung Minggu Murid Tua (Old Boys Weekend) juga dilangsungkan setiap tahun di kampus selama tiga hari, dimana mereka akan bertanding dalam pelbagai acara sukan. Perlawanan ragbi antara murid tua dan pelajar semasa menjadi tarikan utama perjumpaan ini. Selain daripada ini, MCOBA juga mengadakan majlis makan tahunan untuk murid-murid tua yang biasanya dilangsungkan di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara