Sekolah Seni Johor Bahru institusi kecemerlangan Seni Budaya Bangsa
yang berilmu di rantau Asia Tenggara 2012
- Mengasah bakat yang sedia ada dengan mengembangkan potensi seni dalam kalangan murid
- Menyediakan ruang dan peluang kepada murid melibatkan diri secara aktif dengan kerjasama pelbagai institusi dan pengiat seni
- Berusaha mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah seiring dengan bakat dan potensi seni murid.
Cadangan penubuhan Sekolah
Seni Johor Bahru telah diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik
Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2004 yang diadakan di Hotel KLIA Sepang
pada 30 Okt. hingga 1 Nov. 2004. Y.B Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein,
Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan penubuhan dua buah Sekolah Seni di bawah
Rancangan Malaysia Ke- 9 iaitu di Negeri Sarawak dan Johor. Sekolah ini
beroperasi di premis sementaranya di SMK Mohd Khalid Johor Bahru pada tahun
2007 dibawah pentadbiran pengetua SMK Mohd Khalid .
Tahun 2008 sekolah ini
telah beroperasi dengan pentadbiran sendiri namun masih menumpang bangunan SMK
Mohd Khalid.
Sekolah ini ditadbir oleh
Tuan Haji Ishak bin Mahbob selaku pengetua yang pertama sehingga pertengahan
tahun 2008 sebelum diambil alih oleh pengetua sekarang iaitu Cik Hajah Rohana
binti Ismail.
Logo Sekolah
Reka cipta :
En Ahmad
Khairulanuar Rahimey bin Rahim
(Jurulatih Tari )
KUNING membawa maksud
kegemilangan dan kedaulatan budaya bangsa yang diwarisi
MERAH membawa maksud
keyakinan dan daya juang yang tinggi.
PUTIH membawa maksud
kesucian budaya, kesenian dan adat resam bangsa Malaysia.
BIRU membawa maksud
keharmonian masyarakat majmuk yang terdapat di sekolah ini.
PERKATAAN ‘SENI’
DALAM TULISAN JAWI
Menjadi tunjang kepada
pembentukan jati diri pelajar; warisan bangsa yang hakiki.
PERKATAAN ‘SENI’
YANG BERALUN
Membawa pengertian
daripada;
- PERSPEKTIF SENI
VISUAL -Menggambarkan bulu berus yang
menjadi alatan utama dalam
penghasilan karya seni visual. Layangan
yang menghasilkan seni
yang indah.
- PERSPEKTIF SENI
TEATER -Menggambarkan emosi pelaku yang
bersemangat waja untuk
mencapai kegemilangan.
- PERSPEKTIF SENI
MUZIK-Menggambarkan alat muzik gambus;
pelajar yang sentiasa
berdaya kreatif dan ekspresif.
- PERSPEKTIF SENI
TARI-Menggambarkan pergerakkan dan penji
waan bagi merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kesenian.
BENTUK GEOMETRI
(BULATAN)
Diumpamakan sebagai
‘DUNIA’ yang membawa maksud Falsafah Pendidikan Kesenian bukan sahaja
menitikberatkan warisan bangsa bahkan menjadikan murid di sekolah ini menyahut
cabaran global.
‘DUNIA’
Merujuk kepada Falsafah
Pendidikan Kesenian, bukan hanya mewarisi budaya bangsa
bahkan menjadi aset untuk
memperkenalkan negara ke mata dunia.
Kesenian lazimnya menjadi
identiti yang membezakan satu negara dengan negara yang
lain.
Selain itu, kemajuan dan
kepesatan pembangunan negara menjadi penyumbang kepada
rakyatnya terutama murid
di sekolah ini untuk menguasai pengetahuan di peringkat
antarabangsa.
Menjalinkan hubungan
kesenian hingga ke peringkat antarabangsa dan seterusnya
menjadikan murid di
sekolah ini nilai yang diiktiraf di mata dunia.
SIMBOL KELAJUAN DAN
BERTANGGA
Diumpamakan perjalanan
kehidupan murid untuk menggapai kecemerlangan.
‘EXCELLENT SPEED’
Sekolah ini juga
menitikberatkan tentang kemajuan dan kecanggihan teknologi yang
berteraskan ICT selari
dengan perkembangan teknologi masa kini. Segala input tambahan
murid diperoleh di dalam
dunia ICT yang mudah dan menyeluruh.
Selain itu, ‘kelajuan
cemerlang’ ini juga melambangkan sikap murid yang sentiasa
bersatu untuk mengejar
kecemerlangan dan peluang yang sedia ada.
‘GOLDEN STEP’
Imej seperti anak tangga
ini melambangkan kehidupan murid di sekolah ini yang bermula
dari bawah seterusnya
melangkah dengan daya usaha mereka sendiri untuk sampai ke
kemuncak kegemilangan.
menyemaikan sikap murid
yang sentiasa merendah diri dan sentiasa bersopan santun
sejajar dengan identiti
budaya masyarakat timur.
PERKATAAN MELENGKUNG
NAMA SEKOLAH
Penegasan tentang nama
sekolah yang diidentitikan.
LENGKUNGAN GLOBAL
Perkataan Sekolah Seni
Johor Bahru yang melengkung memegang asas ungkapan Melayu
“Melentur Buluh Biarlah
dari Rebungnya’. Bersesuaian dengan pengambilan murid dari
usia yang muda untuk lebih
mudah dibimbing dan dididik.
Penggunaan ‘font Niagara
Solid’ membawa maksud yang sungguh dinamik. Pemilihan
‘font’ ini menjadi tunjang
kekuatan, keteguhan, bersedia menghadapi renjatan paradigma,
dan menekankan kekemasan
dan ketelitian untuk menunjukkan imej Sekolah Seni Johor
Bahru.
Impian untuk membawa nama
sekolah ini di persada antarabangsa dengan menyertai
setiap aktiviti atau
program bersama institusi pendidikan kesenian di luar negara.
PERKATAAN MELENGKUNG
MOTTO SEKOLAH
Satu kata-kata keramat
yang sentiasa tersemat di sanubari warga Sekolah Seni Johor
Bahru.; ‘Pewaris Budaya
Bangsa’.
LENGKUNGAN WARISAN
Motto ‘Pewaris Budaya
Bangsa’ yang melengkung memegang asas ungkapan Melayu
“Melentur Buluh Biarlah
dari Rebungnya’. Bersesuaian dengan pengambilan murid dari
usia yang muda untuk lebih
mudah dibimbing dan dididik. Hasrat untuk menjadikan
murid-murid di sekolah ini
pewaris kesenian, budaya dan adat resam yang menjadi
kebanggaan seluruh warga
Malaysia.
Penggunaan ‘font Niagara
Solid’ membawa maksud yang sungguh dinamik. Pemilihan
‘font’ ini menjadi tunjang
kekuatan, keteguhan, bersedia menghadapi renjatan paradigma,
dan menekankan kekemasan
dan ketelitian untuk menunjukkan imej Sekolah Seni Johor
Bahru.
Hasrat yang murni untuk
mewarisi dan menjadi amalan supaya tidak lapuk dek hujan dan
tak lekang dek panas.
No comments:
Post a Comment