Thursday, November 29, 2012
Koleksi Lagu Kanak-Kanak
1. Kiri Dan Kanan
2. Makan Roti
3. Saya Suka Hati
4. Saya Melawat
5. Sayang Ayah Ibu
6. Sayang Keluarga
7. Serangga
1. Ha Ha Ho Ho
2. Hadiah Ayahku
3. Hari Raya
4. Hobi Saya
5. Hormati Ibu Bapa
6. Kapal Angkasaku
7. Ke Pasar Minggu
8. Ke Pasar Payang
9. Ke Sekolah
10. Keluargaku
11. Kucing dan Tikus
12. Lagu Binatang
1. Abang Balik Kampung
2. Adab Melayu
3. Alam Semesta
4. Anak Ikan
5. Angkat Tangan
6. Ayam Bertelur
7. Ayam Didik
8. Bangun Pagi
9. Bapaku Pulang
10. Bekerjasama
11. Bercucuk Tanam
12. Buah Durian
13. Buah-Buahan
14. Bunyi Binatang
15. Burung Pipit
16. Busak Paku
17. Cheong Sam Merah
18. Cita-citaku
19. Cuaca
20 Dari Berudu Jadi Katak
21. Deria
22. Deriaku
23. Gong Xi Fatt Chai (Versi Melayu)
Kami Guru Malaysia
Kami Guru Malaysia (Minus One)
Lagu Tema 2009 – Guru Pembina Negara Bangsa
Lagu Tema 2009 – Guru Pembina Negara Bangsa (Minus One)
Aeman – Jasa Guru
Putri, Ubai, Rani, Anita (AFI) – Terima Kasih Guruku
Mirwana – Terima Kasih Guruku
1. Anak Ayam
2. Anaklah Ikan
3. Bila Rasa Gembira
4. Jambatan Tamparuli
5. Kenek-kenek Udang
6. Lagu Tiga Kupang
7. Lenggang-lenggang Kangkung
8. Lompat Si Katak Lompat
9. Nenek-nenek
10. Oh Bangau
11. Gigi
12. Rasa Sayang
13. Seringgit Si Dua Kupang
14. Suriram
15. Tepuk amai amai
16. Ulek Mayang
17. Wau Bulan
18. Ya Bani Ya Badang
1. Alphabet Song
2. If You Are Happy And You Know It
1. Burung Kakak Tua
2. Embun Sok Sek
3. Jing Kling Nona
4. Lodeh Mak Lodeh
5. Mari Belajar ABC
6. Puteri Santubong
1. Anak Kucing Comel
2. Angin
3. Awan Putih
4. Ayah Dan Ibu
5. Baca
6. Di Hujung Pelangi
7. Gadis Bertocang Dua
8. Hari Jadi
9. Hidup Bantu Membantu
10. Hujan
11. Jam Berbunyi
12. Lina Adikku
13. Mahu Main Sembunyi
14. Mari Bergembira
15. Mari Bersukaria
16. Mari Mengira
17. Nelayan
18. Padi Mahsuri
19. Pesanan Ibu
20. Rama-rama
21. Rambut Noni Panjang
22. Si Kembar
23. Si Comelku
24. Sungai
25. Taman Bungaku
26. Tidurlah Adikku
27. Twit Twit Twit
Wednesday, November 28, 2012
Kad KVKV I (Gambar Berwarna)
Melalui pendekatan fonetik, murid-murid prasekolah dilatih untuk mengecam bunyi hasil gabungan konsonan dengan vokal secara berperingkat-peringkat. Teknik-teknik ini mudah didapati dalam pelbagai jenis buku dan modul prasekolah di pasaran.
Kaedah ini menggantikan kaedah konvensional iaitu murid-murid mengeja dahulu yang mana prosesnya agak panjang kerana mereka kena sebut huruf bagi setiap sukukata sebelum mencantum sukukata-sukuata yang membentuk perkataan. Jadi melalui kaedah fonetik ini kanak-kanak sebut dan cantum bukan lagi eja-sebut, eja-sebut baru cantum.
Sebelum mempraktikkan kaedah fonetik kepada murid-murid sudah pastinya mereka mesti dibiasakan dengan bunyi bunyi yang terbentuk dari setiap gabungan huruf-huruf konsonan dengan huruf-huruf vokal yang berbeza.
Saya lebih senang untuk mengajar murid-murid saya bermula dengan vokal a, i dan u terlebih dahulu kerana sukukata ini paling kerap digunakan dalam perkataan-perkataan Bahasa Malaysia. kemudian barulah diikuti dengan vokal o dan e. Walau bagaimanapun saya percaya setiap guru-guru khasnya guru-guru prasekolah mempunyai cara dan teknik yang berbeza yang diguna pakai di dalam kelas masing-masing.
Entry kali ini disertakan dengan 32 kad perkataan KVKV bergambar untuk manfaat bersama. Kad ini boleh digunakan sebagai bahan ABM atau bahan tampalan di dinding. Fail PDF ini boleh dimuat turun secara percuma dan bebas dari sebarang watermark. Semoga mendapat manfaat darinya. Sebarang pandangan sangat dialu-alukan.
Diambil dari http://praskt.wordpress.com/2011/04/07/kad-kvkv-i-gambar-berwarna/#more-2025
Flash Card (Siri Haiwan Darat)
Set lembaran kerja iaitu “versi berwarna” dan “versi tak warna lagi” turut disertakan.

Lembaran Kerja Versi Berwarna

Lembaran Kerja Versi Tak Warna Lagi
Muat Turun Flash Card (Siri Haiwan Darat)
Muat Turun Latihan Pengukuhan (Siri Haiwan Darat)
Tuesday, November 27, 2012
Flash Card (Siri Anggota Badan)
Dibentuk menggunakan sukukata berwarna bagi memudahkan kanak-kanak membaca. Lengkap dengan gambar dan perkataan dalam Bahasa Inggeris yang mampu meningkatkan kosa kata Bahasa Inggeris mereka.

Flash Card dengan gambar yang menarik perhatian kanak-kanak
Siri ini mengandungi 18 perkataan yang terdiri daripada:
- mata
- bahu
- buku lali
- gigi
- hidung
- ibu jari
- janggut
- jari
- kaki
- leher
- lengan
- lidah
- lutut
- mulut
- perut
- rambut
- siku
- telinga
Semoga flash card yang disediakan ini mampu membantu anda menyediakan P&P yang berkesan di kelas anda. Sebarang komen dan cadangan sangat dialu-alukan bagi meningkatkan kualiti bahan ABM saya yang akan datang.
Flash Card (Siri Warna)
Edisi warna dengan 10 warna-warna yang biasa dan mudah dikenali oleh kanak-kanak. Sukukata dibezakan dengan warna hitam dan merah dan disertakan dengan perkataan dalam bahasa inggeris.
Warna-warna yang ada dalam siri ini termasuklah biru, hitam, hijau, kelabu, oren, merah jambu, ungu, merah, putih dan kuning.
Monday, November 26, 2012
Menghilangkan jejak penggunaan PC

Tahukah anda bahawa kebanyakan aktiviti penggunaan PC meninggalkan jejak? Ini termasuklah jejak-jejak yang menunjukkan dokumen, laman web, fail-fail sementara, log yang ditinggalkan oleh perisian-perisian lain serta maklumat-maklumat anda tidak mahu diketahui oleh orang lain.
Oleh itu entry kali ini akan memperkenalkan CCleaner iaitu sebuah perisian percuma dari Piriform yang dapat mengoptimumkan sistem pc dan membersih jejak sesebuah PC. Software ini mampu membuang fail-fail yang tidak berguna dari sistem, ini akan membuatkan komputer berfungsi lebih pantas dan memberi lebih ruang kepada hardisk.
CCleaner juga membersihkan segala jejak aktiviti internet anda seperti laman web yang pernah dilayari.
Jadi selepas ini anda boleh melayari internet dan menggunakan komputer dengan selamat!
Saturday, November 24, 2012
Install Dotted Font (Font Titik-Titik)
Sebelum kanak-kanak mampu menulis sendiri dengan baik dan kemas, kanak-kanak biasanya dibimbing dengan titik-titik huruf. Latihan seumpama ini sememangnya membantu kanak-kanak untuk membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf dan jarak antara setiap perkataan. Contoh latihan seperti di bawah.
Latihan di atas dibentuk hanya dengan menggunakan Microsoft Word 2010 dengan font tambahan yang perlu di installterlebih dahulu:
- PrintClearly_TT
- PrintDashed_TT
(Klik ikon DOWNLOAD untuk muat turun font)
Cara install font:
1. Pastikan extract dahulu bahan download di atas.
2. Untuk Window 7 dan keluarganya:
- Klik kanan mana-mana fail .ttf dan pilih Install
- Selesai
atau
- Klik kiri dua kali pada fail .ttf untuk preview kemudian pilih Install
- Selesai
3. Untuk Window XP dan keluarganya:
- Buka Control Panel dari menu Start
- Klik dua kali (kiri) pada folder Font
- Pada menu File klik Install New Font
- Pointkan pada drive dan folder yang mengandungi fail .ttf yang telah dimuat turun di atas.
- Tekan OK
- Selesai
Lazimnya untuk membentuk latihan seperti di atas, beberapa laman web menyediakan “generator” atau “maker” yang memudahkan proses guru-guru membina latihan untuk murid masing-masing.
Antara contoh-contoh laman web yang menyediakan “dotted font generator“
Klik pada gambar untuk ke laman berkenaan (Tetingkap baharu akan dibuka)
SOFTSCHOOLS.COM
- Boleh tulis sehingga 1o baris jadi boleh lah letak sepuluh perkataan atau sepuluh ayat dalam baris berbeza.
- Banyak ketetapan yang boleh diubah seperti arahan, saiz huruf, orientasi kertas, saiz kertas dan boleh letak frame kalau nak.
- Latihan boleh diubahsuai sendiri, sekiranya mahu kanak-kanak menulis semula ayat hanya kosongkan line ruangan line seterusnya. (contoh: tulis “ayah beli lori” di Line 1, kosongkan Line 2. Ayat seterusnya di Line 3)
- Perlu save segera sebaik sahaja generate, jadi tak dapat review dahulu.
HANDWRITINGWORKSHEETS.COM
- Terhad kepada satu baris sahaja, jadi sesuai untuk latihan menulis ayat.
- Latihan yang dibentuk hanya terhad kepada mengikut titik-titik, tiada penulisan sendiri.
KIDZONE.WS
- Boleh pilih bentuk tulisan samada block, script atau cursive
- Bina 4 baris perkataan/ ayat.
- Latihan yang dibentuk hanya terhad kepada mengikut titik-titik, tiada penulisan sendiri.
TOOLSFOREDUCATORS.COM
- Sebelum boleh guna, kena download dan install dulu font yang disediakan di web.
- Sesuai untuk latihan menulis yang ada gambar (seperti contoh di atas), jadi tak perlu susah-susah cari gambar sendiri.
- Gambar-gambar diasingkan mengikut kategori (pelbagai kategori)
- Ada pilihan untuk membentuk latihan bagi kanak-kanak tulis sendiri.
Berlatih Menaip Dengan Pantas

Kemahiran menaip sudah menjadi satu keperluan pada masa kini, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang sudah sebati dalam setiap pekerjaan. Sebahagian besar pekerjaan pada masa kini melibatkan kerja-kerja menaip.
Walaubagaimanapun kebanyakan daripada kita tidak pernah belajar untuk menaip dengan cara yang betul. Ini sangat merugikan kerana kita membazirkan masa yang sangat banyak “berperang” dengan keyboard berbanding menggunakan masa tersebut untuk kerja-kerja yang lebih produktif. Contohnya menaip satu laporan satu mukasurat mungkin mengambil masa hampir setengah jam, sepatutnya hanya memakan masa kurang daripada lima minit.
Untuk menguasai kaedah menaip dengan betul dan pantas tidaklah sesukar yang disangka. Ia hanya memerlukan kesabaran dan sedikit latihan yang berterusan. Ingat bahawa matlamat kita bukanlah untuk menjadi penaip yang terpantas di dunia, sebaliknya cukuplah sekadar menaip menggunakan sepuluh jari tanpa perlu melihat keyboard.
Saya akan berkongsi beberapa tips untuk memulakan latihan menaip pantas.
1. Belajar kedudukan jari yang betul pada keyboard
- Berhenti daripada menaip dengan satu, dua, tiga atau empat jari sebaliknya gunakan kesemua jari tangan yang korang ada. Teknik ini dikenali sebagai touch typing. Panduan seperti gambar di bawah.

- Kalau korang perasan pada huruf F dan J di keyboard ada garisan timbul kan? Itu adalah panduan untuk korang letakkan jari jemari korang pada home keys yang betul. Ibu jari hanya digunakan untuk menekan space barsahaja. Saya pula lebih suka meletakkan jari pada home keys secara separa terapung iaitu sentuh sedikit sahajakey tersebut dengan hujung jari.
- Pada QWERTY keyboard yang biasa kita gunakan home keys ialah “asdfjkl;”
- Fungsi home keys ni adalah untuk membolehkan setiap huruf-huruf pada keyboard ditekan oleh home keys yang terhampir seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

2. Berlatih menaip tanpa melihat keyboard
- Setelah tahu kedudukan home keys dan pergerakan setiap jari yang betul. Berlatih untuk menaip secara drilling tanpa melihat keyboard. Mata hanya tertumpu pada huruf-huruf yang muncul pada skrin bukannya padakeyboard. Untuk mahir korang hanya perlu buat latihan dan ulangan secara sangat kerap pada peringkat awal.
- Ingat bahawa teknik touch typing tidak melibatkan penglihatan untuk mencari huruf-huruf dan aksara padakeyboard sebaliknya ingatan secara spontan pada pergerakan jari.
- Jadi masa berlatih jangan tengok keyboard langsung.
3. Tumpukan kepada ketepatan (accuracy) perkataan dan bukan kepada kepantasan (speed)
- Antara faktor utama yang membuatkan anda menaip tidak pantas ialah kecenderungan untuk membetulkan kesilapan menaip dengan segera semasa berlatih.
- Seharusnya semasa latihan tumpuan harus diberikan kepada ketepatan (accuracy) dan bukannya pada kelajuan (speed) namun sekiranya terdapat kesalahan, biarkan kesalahan tersebut dan teruskan menaip. Apabila korang hanya cenderung untuk menaip pantas pada peringkat awal, percayalah bahawa korang hanya akan membuat lebih banya kesilapan.
Kaedah terbaik yang menyumbang ke arah kejayaan korang menguasai kemahiran menaip dengan pantas ini adalah melalui latihan yang sangat kerap bermula dengan berlatih home keys terlebih dahulu.
Tidak dinafikan bahawa ada di antara kita yang mampu menaip dengan pantas meskipun tanpa menggunakan kesemua jari bahkan mungkin hanya menggunakan kedua-dua jari telunjuk sahaja. Jadi sekiranya korang sudah selesa dengan teknik korang itu terserahlah pada kehendak masing-masing.

Korang kini tidak perlu bersusah payah merancang urutan latihan untuk berlatih menaip kerana kini sudah terdapat pelbagai software yang menyediakan modul untuk menaip secara pantas. Software yang saya cadangkan ialah Typing Master Pro. Korang boleh membeli terus dari laman web rasminya di SINI atau sekiranya korang tak kisah korang boleh download versi crack dengan mengklik butang download di bawah
Kursus yang disusun di dalam Typing Master Pro ini adalah sangat tersusun dan sangat sistematik. Korang boleh tengok progress korang dari masa ke semasa dan berlatih key-key yang bermasalah. Korang juga boleh pilih course yang korang nak iaitu touch typing course (untuk yang baru belajar menaip) ataupun speed building course (untuk yang dah pandai touch typing tapi sekadar nak tingkatkan lagi kepantasan menaip)
Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya anda betul-betul komited dalam mengikuti modul dan latihan yang disediakan, anda dapat menguasai kemahiran touch typing ini hanya dalam tempoh sebulan. Sepanjang sebulan itu anda perlu berlatih setiap hari. Selain dari itu, latihan intensif seperti ini memerlukan anda mempunyai kesabaran yang tinggi kerana belajar menaip ini mudah membuatkan anda mengalami tekanan perasaan.
Sekiranya anda telah install Typing Master Pro ini ke komputer anda, tahniah saya ucapkan kerana ini adalah langkah pertama anda ke arah menguasai kemahiran touch typing. Anda tidak perlu mengadap selama sejam setiap kali berlatih. Cukuplah sekadar berlatih satu sub-topik (lebih kurang 3-6 minit) setiap kali sebelum berfacebook, main game, buat assignment, surt internet ataupun sebelum tgk movie. Seperti saya saya katakan sebelum ini yang penting ia dilakukan secara berterusan dan biasakan diri menaip dengan sepuluh jari setiap kali anda menaip.
Screen Shot Typing Master Pro:



Lama kelamaan bila korang dah rasa mahir ataupun agak-agak dah mahir dan ingin menguji kepantasan korang untuk mendapatkan ranking secara online, korang boleh uji kepantasan di Malaysian Typing Speed Test dan dapatkan result korang.
Friday, November 23, 2012
“Download” Cara Mudah Dengan Internet Download Manager
Kelebihan Internet Download Manager (IDM) memberikan anda kepantasan mendownload sehingga lima kali ganda. Jika proses download korang kerap terganggu akibat masalah internet, laptop abis bateri ataupun masalah gangguan elektrik, tak perlu bimbang lagi kerana kebanyakannya mampu disambung semula oleh oleh IDM. Bentuk antaramukanya juga mudah dan senang digunakan.
Selain itu satu ciri pintar yang ditawarkan oleh IDM ialah korang boleh mendownload video-video streaming yang berformat .flv seperti di Youtube hanya dengan satu/dua klik.
Lihat di bawah:

Lebih menarik lagi, fungsi IDM bukan hanya terhad untuk download kandungan video sahaja tetapi juga sebarang kandungan lain. Beberapa file juga boleh didownload secara serentak!
Sekiranya IDM tidak mendownload secara automatik sesetengah sambungan fail (file extension) sila ke Downloads>Option (Rujuk bawah)

Sekian tutorial buat kali ini. Dapatkan IDM V 5.19 (Lengkap) pada link di bawah. Sebarang masalah jangan segan-segan tanya..
Save atau convert video dari Youtube
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk download dan save video dari dari streaming site seperti youtube, dailymotion, metacafe dan sebagainya. Banyak video dari stereaming site ini sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama atau digunakan di dalam P&P.

Kali ini saya ingin berkongsi satu cara mudah untuk save video dari Youtube, antara streaming site yang terpopular pada masa kini tanpa perlu memasang sebarang software ke dalam komputer atau sebarang add-on mahupun plugins. Melalui cara ini korang boleh gunakan mana-mana komputer yang mempunyai akses internet. Korang boleh terus mendownload mana-mana video yang korang suka.
Mula-mula, kenalpasti URL video youtube yang hendak didownload terlebih dahulu. (Contohnya:-http://www.youtube.com/watch?v=9pBe2_tbPUE )
Kemudian korang boleh convert atau save secara online di laman web www.keepvid.com
Di situ pada ruangan URL, masukkan url video dari youtube yang korang nak tu. Dah siap masuk, tekan “DOWNLOAD” (lihat gambar di bawah)

Tunggu beberapa saat (bergantung kepada saiz video) sehingga page akan reload.
Sebaik sahaja proses tersebut selesai, korang boleh pilih samada nak simpan file tadi dalam bentuk .flv (kualiti rendah) ataupun .mp4 (kualiti tinggi). Klik kanak pada pilihan dan pilih “save link as..”

Jadi selepas ini korang boleh download mana-mana video dari youtube yang korang suka tanpa perlu memikirkan tentang software yang sesuai.
Sekian dan selamat mencuba!
Thursday, November 22, 2012
Aplikasi rekodkan salasilah keluarga
sekadar hiasan
Untuk memulakannya, anda perlu masukkan maklumat yg diminta seperti nama anda,bapa,ibu,email dan sebagainya.setelah anda melengkapkanny,anda akn dibawa ke page samada mahukan aplikasi yg berbayar atau free.
Selepas membuat plhn tersebut,anda diminta utk membuat pasword. page pengenalan akan muncul untuk memberitahu apa fungsi&aplikasi yang disediakan.kemudian anda diberi peluang untuk membuat page khas utk keluarga anda seperti ".......myheritage.com.
dengan arahan yang diberikan,maka anda boleh la mulakan explorasi keluarga anda. =)
saudara anda juga boleh masukkan nama2 ahli keluarga dia di page yang anda bina itu.contohnya anda d malaysia,anak saudara anda di Jepun.dia boleh mengakses page ini dan masukkan data seperti adik beradik dia,anak dia dan sesape sahaja yang ada kaitan dengan keluarga anda.
Permainan / Aktiviti Dalam P Dan P
Berikut adalah senarai aktiviti / permainan yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran samada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Aktiviti ini boleh juga dijalankan pada masa-masa yang dirasakan sesuai. semoga anda berjaya.
- Permainan Arah dan Tunjuk
- Permainan Telefon Rosak
- Permainan Kotak Beracun
- Permainan Teka Lakonan
- Permainan "Ini Satu Kisah"
- Permainan Galah panjang
- Permainan Jala Itik
- Permainan Ketinting
- Permainan Cari Cucu
- Permainan Rebut Kerusi
- Permainan Baling Dan Sambut Pundi Kacang
- Permainan Lari Sambil Meniup Belon
- Permainan Sapu Tangan
- Permainan Burung dalam Sangkar
- Susup Gelung Rotan Berganti-Ganti
- Permainan Bola dan Monyet
- Permainan Batu Seremban
- Permainan Aci Sorok
- Permainan Guli
- Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau
Subscribe to:
Posts (Atom)