Social Icons

-

Thursday, November 22, 2012

Teknik Format Ghani bantu pelajar mudah ingat


TEKNIK Format Ghani, yang diperkenalkan Universiti Malaysia Pahang (UMP) boleh dimanfaatkan guru dan pelajar sebagai kaedah belajar serta menghafal fakta secara mudah, ringkas dan tepat. 

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi UMP, Dr Mohd Ghani Awang, berkata teknik itu membantu pelajar mengetahui kesilapan dan cara membetulkan kesilapan dalam kemahiran belajar mereka menerusi analisis profil kemahiran belajar secara berkomputer. 



Beliau yang menghasilkan pendekatan itu berkata, teknik itu boleh digunakan pelajar yang mengikuti jurusan Sains dan Sastera kerana modulnya merangkumi subjek Bahasa Melayu, Kimia, Sejarah, Sains dan Pengajian Islam. 


Dr Mohd Ghani berkata, keberkesanan teknik itu terbukti menerusi penggunaannya di 15 sekolah menengah, lima sekolah rendah, politeknik serta universiti seluruh negara. 

Terbaru, seramai 51 guru Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seluruh negara mendapat pendedahan penggunaan teknik itu sebagai alternatif pengajaran dan pembelajaran subjek Kimia. 

“Aspek akademik dan emosi adalah penting bagi melahirkan insan yang cemerlang pada masa depan, malah bijak dalam akademik akan membantu individu berjaya dengan cemerlang dalam hal ehwal akademik, manakala pelajar yang stabil dalam emosi akan memastikan individu itu cemerlang dalam mengharungi kehidupan. 

“Bengkel Format Ghani yang dijalankan berjaya membimbing guru membantu pelajar memahami kaedah mengingati fakta penting dalam pembelajaran termasuk sebagai persiapan menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah,” katanya. 

Beliau yang juga Pengarah Penerbit UMP berkata, pengguna kaedah itu akan dibekalkan dengan cakera padat video bagi setiap topik pelajaran selain nota, soalan objektif, soalan struktur serta soalan esei yang dilengkapi jawapan sebagai rujukan. 

Selain itu, Format Ghani turut diperkenalkan dalam kalangan guru sekolah luar bandar menerusi Program Pembangunan Modal Insan ECER sekitar Jeli, Bachok dan Marang. 

Dr Ghani berkata, perbincangan kini diadakan dengan penyelaras program bagi menggunakan kaedah sama dalam subjek Sains lain termasuk Fizik dan Biologi, menggunakan Format Ghani yang memenangi pingat emas sempena Ekspo Teknologi Malaysia 2007. 

Sementara itu, Guru Kimia yang juga Ketua Jabatan Sains, MRSM Kota Putra Besut, Jamaludin M Sharif, mengakui kelebihan dan kesesuaian Format Ghani dengan gaya pembelajaran pelajar tempatan berbanding kaedah lain yang diperkenalkan daripada luar negara.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara