Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas (SPSPK), Jabatan Pelajaran Johor ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang berminat untuk mengisi jawatan Penolong Pengarah (Pendaftaran) Gred DG41. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
i. Berumur tidak lebih dari 35 tahun;
ii.Telah berkhidmat tidak kurang dari 5 tahun
iii.Telah disahkan jawatan dalam gred DG41;
iv.Berkebolehan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris;
v. Mahir dalam IT
Sekiranya berminat, sila hantar CV yang lengkap beserta gambar ke alamat e-mail rabiah.taib@moe.gov.my pada atau sebelum 15 Januari 2013. Hanya calon yang disenarai pendekkan akan dihubungi melalui telefon untuk menghadiri sesi temuduga.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Cik Rabiah Mohd Taib di talian 07-2310004.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment