Social Icons

-

Wednesday, December 12, 2012

Sekolah i-Think


Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi. Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek i-THINK.

Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

Agensi Inovasi Malaysia (AIM) merupakan badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memacu dan memperkukuh kemajuan Malaysia dengan mempercepat budaya inovasi. Penyediaan peluang sama rata serta pendidikan berkualiti untuk semua merupakan fokus utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat pendidikan Malaysia telah dimanifestasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan muktamad untuk mencapai wawasan negara dalam menyediakan anak-anak Malaysia supaya menjadi individu yang berpengetahuan dan berkemahiran ke arah menghadapi cabaran Abad ke-21.

Penekanan juga diberi kepada sains, teknologi dan teknologi maklumat, selain daripada menyemai etika moral dan etika kerja yang baik. Ini menjadi tumpuan utama untuk membangunkan kurikulum bertaraf dunia yang akan membantu guru, ibu bapa dan murid agar seiring dengan kadar perubahan ekonomi dan teknologi yang bergerak pantas.

Akses, ekuiti dan pendidikan berkualiti akan memastikan masa depan yang progresif untuk Malaysia, dan turut mengambil kira bidang-bidang yang sukar dicapai. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, inisiatif baru dipertingkat melalui kitaran hayat pembangunan pendidikan yang menyeluruh, daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas dan pendidikan tertiari sehingga ke pendidikan semasa bekerja. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menyediakan pelan hala tuju dengan objektif terperinci, hasil dan tindakan untuk menangani cabaran tersebut dalam memastikan pendidikan berkualiti dapat disediakan kepada semua.


Sekolah Rintis i-Think
NegeriSekolahAlamat
    
JOHORSMK CONVENT MUAR100, JLN DAUD, 84000 MUAR
    
SABAHSMK KOTA MARUDU,
KOTA MARUDU
KM 1, JALAN PEKAN BARU
89107 KOTA MARUDU

    
SARAWAKSK TAN SRI DATUK HAJI
MOHAMED PADAWAN
TMN MALIHAH, JLN MATANG
93050 KUCHING

    
KELANTANSMK GAALJALAN JERTEH, PASIR PUTIH KELANTAN
    
PENANGSMK TUN HUSSEIN ONNJALAN HUSSEIN ONN
13700 SEBERANG JAYA

    
NEGERI SEMBILANSJKT PORT DICKSONJALAN DATO PATMANABAN
71000 PD

    
PAHANGSK PAYA PULAIKM 6 JALAN MARAN
TEMERLOH

    
KUALA LUMPURSK KIARA MASPERSIARAN DUTA MAS
KUALA LUMPUR

    
MELAKASJKC WEN HUA
BATU BERENDAM
BATU BERENDAM
75350 MELAKA

    
TERENGGANUSK PUSAT BUKIT BESARJALAN PASIR PANJANG
KUALA TERENGGANU


Bahan Sokongan

   Hots (Majalah Elektronik)




Poster

  • i-THINK Intro - English


  • i-THINK Intro - Bahasa


  • The 8 Thinking Processes - English


  • 8 Proses Pemikiran - Bahasa


  • i-THINK Feedback - English


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara