Social Icons

-

Friday, February 15, 2013

1Malaysia Training Center (1MTC)


Projek Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) adalah inisiatif yang diilhamkan oleh Jawatankuasa Strategy Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) di bawah inisiatif NBOS 7 pada 29 Oktober 2012. Projek 1MTC bertujuan untuk mengoptimakan penggunaan semua kemudahan latihan yang sedia ada di 324 Institut Latihan Awam (ILA) Kementerian dan agensi Kerajaan yang telah dikenalpasti serta membantu Kerajaan dalam membuat keputusan strategik berkaitan penggunaan ILA. 

Projek ini diketuai oleh MAMPU dan Unit Perancang Ekonomi bersama dengan rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sebanyak lima ILA akan terlibat dalam Fasa 1 iaitu CIAST, ILIM, ILKAP, INSPEN dan INTAN Bukit Kiara. Bilangan ILA seterusnya akan ditambah dalam Fasa kedua secara berperingkat. 

Projek 1MTC adalah inisiatif bitara daripada Kerajaan untuk rakyat dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan.

Senarai Institut Latihan Awam
 AKADEMI AUDIT NEGARA
Akademi Audit Negara (AAN) adalah sebuah Institut Latihan Awam di bawah Jabatan Audit Negara yang telah mula beroperasi sepenuhnya pada 24 September 2005. Perasmiannya telah dilaksanakan oleh YBhg. Tan Sri Samsudin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara pada 24 November 2005 

 AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SABAH
Pusat Latihan Bomba Wilayah Sabah, Kota Kinabalu telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan pada 1hb. Jun 2009 ianya telah dinaiktaraf kepada Akademi. Selaras dengan penstrukturan ini, maka Kepimpinan Tertinggi Institut Keilmuaan ini turut dinaiktaraf daripada Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 kepada Penguasa Kanan Bomba Gred KB44. Institut ini, merupakan nadi penting Jabatan dalam penyaluran dan pengembangan ilmu-ilmu kebombaan secara berterusan khususnya kepada Pegawai-Pegawai Bomba di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berasaskan keperluan piawaian MS ISO 9001:2000. Penekanan kursus yang dilaksanakan berasaskan kepada Core Buisnes dan keperluan semasa jabatan yang begitu dinamik. Pada 1986, Pusat Latihan Bomba Wilayah Sabah, Kota Kinabalu terletak di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dengan berkongsi bangunan pentadbiran dengan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan pada tahun 2009, setelah Intitusi ini di naiktaraf sebagai Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Institut ini telah berpindah ke Kompleks Perumahan Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Sulaman, dimana FRAM telah diperuntukkan sebuah Blok Bangunan, yang mempunyai kemudahan Pejabat Pentadbiran, Bilik Kuliah yang boleh menampung seramai 85 orang dalam satu-satu masa, Asrama yang boleh memuatkan seramai 75 orang dalam satu-satu masa, kemudahan Dewan Makan, kemudahan Sukan seperti Dewan Badminton, Tennis dan Bola Tampar serta Surau. 

 AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK
Akademi Kastam DiRaja Malaysia (AKMAL) mula ditubuhkan pada tahun 1956 di atas sebidang tanah seluas 11 ekar di Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru, Melaka. Pada peringkat awal ianya dikenali dengan nama Pusat Latihan Kastam Persekutuan yang terdiri daripada dua blok bangunan bagi pejabat, kelas dan bangunan asrama. Pada tahun 1957, Pusat latihan ini bertukar nama kepada Sekolah Latihan Kastam Persekutuan yang mengendalikan kursus-kursus bercorak ulangkaji untuk Pegawai-pegawai Kastam. Dalam tahun 1960 fungsinya telah diperluaskan dengan melatih Penolong Penguasa Kastam.Dengan penganugerahan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 2 April 1963 nama Sekolah Latihan Kastam Persekutuan telah ditukar kepada Maktab Latihan Kastam Diraja Malaysia. Pada tahun 1987 nama Maktab latihan ditukar kepada nama Maktab Kastam Diraja Malaysia seiring dengan peranannya yang semakin penting. Bangunan pejabat, asrama, bilik-bilik kuliah telah ditambah dan dinaik taraf. Kemudahan-kemudahan bagi tujuan latihan termasuk dewan, surau, gelanggang permainan, gimnasium, perpustakaan dan kolam renang dibangunkan.Pada bulan Oktober 1989 Kastam Diraja Malaysia dinaik taraf menjadi Akademi Kastam Diraja Malaysia selaras dengan perkembangan dan kemampuannya sebagai sebuah Akademi.Pada tahun 1990, projek Pembesaran AKMAL dimulakan yang melibatkan pembinaan pejabat, dewan syarahan, auditorium, asrama, stadium, gelanggang permainan dan makmal-makmal. Projek ini telah disiapkan pada tahun 1991 dan dirasmikan pada tahun 1993.Dengan pembesaran AKMAL ini, kursus-kursus dapat dilaksanakan bukan sahaja untuk anggota jabatan tetapi untuk agensi-agensi lain dan Pertubuhan Kastam Sedunia. 

 AKADEMI KEPIMPINAN PENGAJIAN TINGGI (AKEPT)
Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah ditubuhkan pada Januari 2008 selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk mengubah pendidikan tinggi di Malaysia, terutama di kawasan pembangunan modal insan. Tugas utama AKEPT adalah untuk membangunkan dan menjalankan program-program bersesuaian dengan pengalaman dalam kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran serta dalam bidang penyelidikan dan inovasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan matlamat untuk memupuk dan membangunkan kepimpinan akademik, kecemerlangan akademik dan kemahiran keusahawanan selain memperkukuhkan kemampuan organisasi dan governan IPT melalui latihan, khidmat nasihat, bimbingan yang disusun secara strategik untuk pegawai atasan dan pertengahan di dalam struktur kepimpinan IPT . 

 AKADEMI KOREKSIONAL MALAYSIA, LANGKAWI
Merupakan PUSAT LATIHAN pegawai-pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia dan Regional Training Centre (RTC) bagi negara-negara Asia dan Pacifik.
 AKADEMI LATIHAN PERTAHANAN AWAM (ALPHA), BANGI
Alpha merancang dan melaksanakan kursu-kursus di peringkat pusat untuk pegawai tetap jabatan(skim kp) dan anggota-anggota sukarelawan jabatan pertahanan awam malaysia bagi meningkatkan kefahaman, kemahiran dan kecekapan dalam aspek pengetahuan serta tindakan pertahanan awam bagi membolehkan personal berkenaan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa. 

 AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (PENGURUSAN) BATU GAJAH
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah melancarkan penubuhan Institut Usahawan Belia (IUB) di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor pada 23 Mac 1979 dan pada tahun 1986 IUB telah dipindahkan ke Jalan Sturrock Ipoh dengan menyewa sebuah bangunan milik kerajaan Negeri Perak dan dikenali sebagai Institut Bina Usahawan (IBU). Pada tahun 1993 semua pusat latihan belia di bawah KBS telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Institut Keusahawan Belia Negara (IKBN). Pada tahun 1996 tapak Institut Keusahawanan Belia Negara (IKBN), Ipoh telah diambil alih kerajaan negeri untuk projek pembangunan negeri. Oleh itu IKBN Ipoh telah diarah oleh KBS supaya berpindah ke Kompleks Belia dan Sukan negeri Perak. Pada awal tahun 2000 IKBN Ipoh telah ditukar nama kepada Institut Keusahawanan Belia (INSKEB). Dalam usaha mencapai matlamat wawasan Negara. KBS telah mencadangkan pembinaan sebuah kompleks di satu kawasan seluas 237 ekar di atas lot 30804, 51433 dan 57625, Mukim Belanja di Daerah Kinta, Perak. Projek yang bernilai RM47 juta ini telah bermula pada 23 Julai 2003 dan dijangka siap pada 22 Julai 2005. INSKEB telah disusun semula dan secara rasmi telah dinamakan sebagai Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) pada tahun 2006 oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Dato’ Azalina binti Dato’ Othman Said pada 17 Julai 2006. Pada Ogos 2006 APBM telah memulakan operasi di kompleks baru yanf terletak di Km. 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut, 31560 Siputeh, Perak dan dikenali sebagai Akademi Pembanguna Belia Malaysia, Batu Gajah. 

 AKADEMI PENERBANGAN MALAYSIA (MAVA)
Formal instruction of air traffic controllers only started circa 1950s to 1960s, in the form of ad-hoc temporary classes conducted by senior controllers. Previously, training was carried out on-the-job and appointment was based on competency. After 1960s a few controllers were sent abroad. In response to the growing need to train controllers locally, a Civil Aviation Training Centre was established at the Paya Lebar Airport in Singapore. The cession of Singapore from Malaysia resulted in the reorganizing of the administration of civil aviation. Mr. A. Parker, a Colombo Plan expert from Australia with two other consultants; S. Hill (ATC) and Mathisen (Fire Services) assisted in the setting up of a training centre under the Australian Aid Programme. On 21st September 1969, the Civil Aviation Training Centre (CATC) was established with two branches, namely ‘the School of Air Traffic Services’ and ‘the School of Aerodrome Fire and Rescue Services’. The CATC was temporarily located adjacent to the main terminal building at Subang in buildings that were originally constructed as a quarantine station. The first batch of ATC trainees passed out of the CATC on 25th April 1970. The first RADAR simulator was installed in 1974. By the late 70’s, the CATC was getting congested and plans were afoot to expand the terminal building, thus affecting the CATC, especially the AFRS training. The government approved a 2-phase development plan for the CATC. Phase 1 consisted of 4 wooden blocks, built on a hillock across the road from the terminal building at Subang. Phase two would involve the construction of permanent structures and the wooden blocks were then to be converted into hostels for trainees. The first phase of the plan was implemented and the new college was officially opened on 1st January 1981 and renamed ‘Civil Aviation College’ (CAC). The college was down-sized in October 1992, when airport operations were privatized. The AFRS School moved to Penang to join the Security Training Centre, and became a part of the airport operator, Malaysia Airports Berhad’s training centre. In 1996, in preparation for the opening of the new KLIA airport at Sepang, and the concurrent reorganization of the Kuala Lumpur FIR airspace structure, a massive training schedule was required to train many new controllers as well as retrain all existing controllers. As the college was not in a position to handle such numbers, the training was contracted out to IAL-Serco and Airspace Management Services (a joint venture between a local company and Ambidji of Australia). The second phase of a permanent training complex only materialised in 2009. The new buildings in Sepang is now in operations. The previous training needs concurrent to KLIA’s opening had resulted in the procurement of two new radar simulators of more than 25 Nodes, a number of Non Radar simulators and 3 units of 2-D Aerodrome Simulators and one unit 360 Degrees Aerodrome simulator. These equipments were housed at the branch campus of the CAC in Taman SEA, Petaling Jaya. With the re-location to Sepang, more simulator and other training resources will be added. MAVA is well equipped with a comprehensive range of facilities to conduct all required courses inclusive of training world class Controllers to provide ATM services in Malaysia and internationally. FUNCTION The MAVA provides aviation related training to meet national and international needs; for operational and management personnel. PROGRAM & ACTIVITIES The primary activities of MAVA are associated with Air Traffic Controllers training, which shall observe international standards and up-to-date techniques. Controllers’ training includes a range of courses from ab-initio training for new recruits to other advanced courses required to provide Air Traffic Services within Malaysia. ATC courses scheduling is coordinated with the ATM Sector on need basis. Other aviation related management courses will be conducted towards building MAVA as a centre of excellence for training. MAVA also takes part in Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) and provides training for international participants under ICAO’s umbrella. The following training programs are conducted at MAVA: Primary ATC Aerodrome Control Course Approach Procedure Control Course Approach Radar Control Course Approach Radar Control Course (Conversion) Area Procedure Control Course Area Radar Control Course Air Traffic Flow Management Course Search and rescue Mission Coordinator (SAR MC) Aeronautical Fixed Service HF / Aeronautical Mobile Service Automatic Message Switching System Basic Instructional Techniques Aviation Technical English Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) Implemented since 1980, the MTCP was formulated based on the belief that the development of a country depends on the quality of its human resources. The programme consolidates the various forms of technical cooperation that had been extended by Malaysia to other developing countries since the 1960s and organizes technical cooperation activities on a systematic and sustained basis. Hence, the MTCP emphasizes the development of human resources through the provision of training in various areas which are essential for a country's development such as public administration, agriculture development, development planning, poverty alleviation, investment promotion, central banking and English language. Through these cooperative efforts, Malaysia's bilateral ties with MTCP member countries was strengthened, with many supporting Malaysia's philosophy of promoting smart partnerships, regional cooperation such as that of ASEAN-East Asia and a united South-South position. The MTCP is implemented through several cooperation programmes such as training in both short and long-term courses; study visits and practical attachment; advisory services through the dispatch of experts; and project-type assistance which includes the provision of equipment and assistance in-kind, on a highly selective and case-by-case basis. The CAC was the designated institution for conducting specialized training in its area of expertise - Civil Aviation in general, but more specifically in the field of Air Traffic Management. The first international course was conducted in 1984 by the AFRS School. The first international course was conducted by the School of ATC in 1989 for Aeronautical fixed telecommunication network (AFTN) operators. In 1989, the first ATC course, An Approach Control (Non Radar) course was conducted. Since 1989, the CAC has trained 362 controllers from 63 countries in a range of ATC courses. As of 2012, MAVA continues this MTCP as the designated training institution. 

 AKEDEMI PERCUKAIAN MALAYSIA KUCHING
Akademi Percukaian Malaysia (APM) ialah institusi latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang mula beroperasi pada bulan September 1994. Ianya terletak di sebuah tapak seluas 37.3 ekar (kira-kira 15 hektar) di Bandar Baru Bangi, Selangor, iaitu lebih kurang 35 km dari ibukota Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan. 

 BIRO TATANEGARA 
Biro Tatanegara (BTN) merupakan sebuah organisasi kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Program Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pejabat awalnya terletak di Wisma Keramat, Kuala Lumpur. Pada Oktober 1981, Unit Penyelidikan Belia ini telah diletakkan terus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaras dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang mengasingkan aktiviti belia daripada aktiviti pelajar universiti. Ibu Pejabat Unit Penyelidikan Belia ini kemudiannya dipindahkan ke Jalan Kelantan, Kuala Lumpur. Pada Jun 1982, unit ini telah ditukar nama kepada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. Tiga cawangan BTN telah diwujudkan merangkumi cawangan zon utara, selatan dan timur. Seterusnya pada tahun 1983, BTN telah dipindahkan ke bangunan JKR 742, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Mulai tahun 1987, BTN cawangan negeri telah diwujudkan. Sehingga kini BTN mempunyai empat belas (14) buah cawangan negeri dan tujuh belas (17) buah Kem Bina Negara serta sebuah akademi iaitu Akademi Kenegaraan. 

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara