* Pembiayaan yuran pengajian sepenuhnya? Peluang pekerjaan selepas tamat pengajian? Rebutlah peluang dan kelebihan yang diberikan bagi membantu meringankan beban yang dipikul.
Karangkraf bersedia membantu merealisasikan impian anda untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dan juga Ijazah. Kami mengalu-alukan permohonan bagi pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tnggi terpilih di bawah tajaan kami. Biasiswa Karangkraf ini akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakkan sahaja.
Kelayakkan Pemohon antaranya:
- Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun
- Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian), STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setara dengannya perlulah PNKG sekurang-kurangnya 3.0
- Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum
- Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris
- Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.
Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun. Kemasukan pelajar bergantung kepada Institusi Pengajian Tinggi terpilih.
Kaedah Permohonan:
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui menu pilihan “Mohon Sekarang!” atau daripada Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf (SDPK). Permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah di hantar kepada:
Sekretariat Biasiswa Karangkraf
Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd
Lot 25, Premis No 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor, 40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Sekretariat Biasiswa Karangkraf
Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd
Lot 25, Premis No 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor, 40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
No tel: 03 - 5101 7501
Fax : 03 - 5101 7588
Fax : 03 - 5101 7588
* Tertakluk kepada Perjanjian Dana Pendidikan Karangkraf
No comments:
Post a Comment