Social Icons

-

Wednesday, March 6, 2013

Tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2013 Yayasan Tunku Abdul Rahman


Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan Biasiswa Tunku Abdul Rahman  peringkat ijazah Sarjana Muda.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a)  Syarat Asas

(i)       Warganegara Malaysia.
(ii)     Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
   
(b)  Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum

(i)       Pelajar lepasan STPM / Asas / Matrikulasi / Diploma yang tamat minimum PNGK 3.75 atau pelajar  yang sedang mengikuti pengajian ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dalam negara yang mencapai minimum PNGK 3.75 dan masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
(ii)     Sekurang-kurangnya Kepujian Tertinggi dalam Bahasa Melayu  dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iii)    Memiliki kualiti kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam kokurikulum (terutama di peringkat luar sekolah /universiti).


KADAR BIASISWA

Kadar Biasiswa adalah seperti berikut:
(i)       Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar yang dituntut oleh universiti.
(ii)     Elaun Sara Hidup bernilai RM1,000 sebulan.
(iii)    Elaun Buku bernilai RM500 / semester.
(iv)    Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amali / kertas projek, elaun alat perkakas (sekali setahun).
(v)      Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung).

   
PERMOHONAN

Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman  boleh dimuat turun daripada laman web Yayasan Tunku Abdul Rahman  di: www.yayasantar.org.my

Semua permohonan daripada pemohon yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di IPT tempatan dalam negara mesti mendapat ulasan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti.

Tarikh tutup permohonan: 29 Mac 2013.

lHanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi program pemerhatian dan temuduga.

lPemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara