Kuala Lumpur: Hari ini genap 100 hari Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 dilancarkan yang menyaksikan inisiatif
kerajaan itu berada di atas landasannya untuk mencapai kejayaan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka melancarkan laporan dan sasaran 100 hari pertama PPPM di Bangi, petang ini yang memperkukuhkan asas pelaksanaan pelan berkenaan bagi kegunaan sistem pendidikan negara sehingga 2025.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka melancarkan laporan dan sasaran 100 hari pertama PPPM di Bangi, petang ini yang memperkukuhkan asas pelaksanaan pelan berkenaan bagi kegunaan sistem pendidikan negara sehingga 2025.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Sektor Dasar dan Pembangunan
Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin (gambar), berkata beberapa inisiatif
utama yang digariskan di bawah 100 hari pertama pelaksanaan PPPM
mencapai sasaran ditetapkan menjelang berakhirnya tempoh itu hari ini.
Katanya, sejak dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 10 Januari lalu, pelaksanaan pelan itu sentiasa mengikut kerangka masa yang ditetapkan.
PPPM 2013-2025 dilaksanakan mengikut sistem gelombang yang dinamakan Gelombang Pertama 2013 hingga 2015, Gelombang Kedua 2016 hingga 2020 dan Gelombang Ketiga 2021 hingga 2025.
Gelombang Pertama 2013 hingga 2015 menumpukan kepada perubahan sistem yang membabitkan pembelajaran murid, guru dan pemimpin sekolah, transformasi kementerian dan struktur sistem.
Jadi 100 hari pertama pelaksanaan PPPM termasuk dalam Gelombang Pertama 2013 hingga 2015 dan ia menekankan beberapa inisiatif yang perlu disempurnakan dalam tempoh 100 hari yang ditetapkan, katanya.
Amin berkata Gelombang Kedua 2016 hingga 2020 pula menumpukan kepada memacu peningkatan dan penambahbaikan sistem pembelajaran.
Inisiatif di bawah gelombang itu termasuk mempertingkatkan standard pembelajaran melalui peperiksaan nasional yang mengandungi 80 peratus soalan berbentuk pemikiran aras tinggi serta memperkenalkan kelas pemulihan Bahasa Inggeris di peringkat rendah atas.
Program murid pintar
Gelombang Ketiga 2021 hingga 2025 pula menumpukan kepada gerakan ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir urus kendiri.
Dalam gelombang itu antara program yang akan dilaksanakan termasuk program pendidikan murid pintar cerdas di peringkat kebangsaan, meningkatkan pembabitan sektor swasta dalam pendidikan vokasional serta memperluaskan model inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), katanya.
Beliau berkata sejak Laporan Awal PPPM dilancarkan pada 11 September 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kementerian sudah mengadakan sembilan Hari Terbuka mengikut zon di seluruh negara untuk mendapatkan maklum balas rakyat terhadap Laporan Awal itu.
Hasil daripada maklum balas itu yang diperoleh daripada pelbagai sumber seperti memorandum, media cetak, elektronik serta sosial, kementerian menganalisis input yang diperoleh dan 100 inisiatif dikenal pasti untuk melaksanakan PPPM 2013-2025 dalam tiga gelombang.
Kementerian juga menetapkan 25 kepentingan utama untuk dicapai dalam Gelombang Pertama pelaksanaan PPPM.
Pelancaran 1 Agenda Kementerian sudah diadakan pada 5 Disember 2012 bagi merencana dan memudahkan pengagihan tugas serta menetapkan piagam untuk setiap Bahagian dalam kementerian.
1 Agenda dirancang dengan teliti merangkumi semua jajaran dalam PPPM dari 2013 hingga 2025 bagi memastikan pelan itu dapat dijalankan dengan jayanya, katanya.
Beliau berkata kementerian beriltizam untuk memastikan inisiatif yang digariskan dapat dilaksanakan dengan berkesan hasil kerjasama yang padu daripada semua pihak, termasuk ibu bapa, komuniti dan sektor swasta.
Di bawah Anjakan kesembilan PPPM yang mana pembabitan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta digalakkan untuk membentuk ekosistem pembelajaran, keberhasilan murid akan dapat ditingkatkan untuk memastikan individu yang melalui sistem pendidikan di negara ini mampu bersaing di peringkat global, tetapi masih kukuh dengan agama dan nilai, katanya.
18 lagi SBT
Majlis Pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sekolah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 24 Februari 2013 membabitkan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru dari seluruh Negara, termasuk warga pendidik, pemimpin masyarakat dan beberapa syarikat swasta.
Pelancaran 100 hari PPPM itu dilihat signifikan kepada pelaksanaan keseluruhan pelan itu.
Menjelang hujung tahun ini, sasaran keberhasilan ialah pengurangan 50 peratus sekolah Band 6 dan Band 7 di Kedah dan Sabah; 50 peratus guru Bahasa Inggeris bawah tahap penguasaan kemahiran berbahasa berada di landasan untuk menamatkan kursus peningkatan kemahiran dan enrolmen prasekolah meningkat kepada 88 peratus berbanding 77 peratus pada 2011.
Selain itu, menjelang hujung tahun ini juga, kementerian mensasarkan penambahan 18 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan mewujudkan 10 sekolah untuk International Baccalaurate (IB)
Dari segi literasi Bahasa Malaysia dan numerasi pula, kementerian menyasarkan 100 pesatus murid Tahun Tiga selain peningkatan signifikan dalam literasi Bahasa Inggeris.
Bagi memperkasa kaedah pembelajaran, 100 peratus sekolah disasarkan memiliki capaian internet sekurang-kurangnya empat mega bait sesaat manakala 410,000 guru akan dinilai melalui instrumen bersepadu.
Sebanyak 1,608 sekolah yang memerlukan pengubahsuaian kritikal pula akan dinaikkan taraf atau diperbaiki dalam tempoh itu.
No comments:
Post a Comment