Social Icons

-

Friday, July 8, 2011

Negara perlu guru berdaya kreatif : Najib

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak malam tadi berkata, negara memerlukan warga pendidik yang memiliki daya kreativiti selain komitmen dan dedikasi terhadap profesion perguruan.

Dalam era globalisasi ini, katanya, golongan guru perlu memiliki kebolehan tinggi dalam soal adaptasi dan melakukan penambahbaikan dalam tugas supaya anak murid mereka tidak menjadi bosan dalam proses pembelajaran.
Berucap merasmikan Konvensyen Guru-Guru Muda 2011 (KOGUM) di sini, Najib menegaskan sekiranya guru ingin mengajar kemahiran berfikir maka mereka juga mesti tahu cara berfikir.

"Kita tidak mahu anak-anak kita menghafal atau rote learning," katanya.
Najib berkata negara mahukan murid-murid di negara ini boleh berfikir secara kreatif dan boleh membuat rumusan menerusi pemikiran lebih daripada penghafalan.

Beliau berkata, guru-guru juga perlu mempunyai kebolehan pelbagai kemahiran misalnya guru subjek Kesusasteraan Inggeris juga memerlukan kemahiran penguasaan bahasa Malaysia untuk memberi pengajaran yang lebih berkesan.

Katanya, warga guru juga perlu mempunyai komitmen di dalam menjalankan amanah mereka terutamanya dalam mengotakan janji untuk sanggup berkhidmat di kawasan pedalaman.
Beliau mengimbas kembali karenah guru yang tidak sanggup berkhidmat dalam tempoh masa yang lama di kawasan pedalaman semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran satu ketika dahulu.

Katanya, sebenarnya Malaysia bukan kekurangan guru tetapi terdapat ketidakseimbangan di mana lebih ramai guru di bandar daripada di luar bandar.

Oleh itu, beliau berkata, jika para guru ada semangat perjuangan, mereka akan sanggup berkorban.

Najib berkata, jasa guru kepada negara adalah hebat selain daripada mempelopori perjuangan kemerdekaan, mereka juga meniti kemerdekaan dan sebagai agen mobiliti sosial.

Menerusi pendidikan, Malaysia berjaya membebaskan sesebuah keluarga daripada kemiskinan dalam peringkat satu generasi sahaja dan perkara ini agak sukar disaksikan di negara membangun mahupun di negara maju seperti United Kingdom.

Pada majlis itu, Najib melancarkan KOGUM 2011, Majlis Perundingan Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia, dan portal pendidikan SKOR Ai-Teacher. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara