Social Icons

-
Showing posts with label Isu-isu Pendidikan KPM. Show all posts
Showing posts with label Isu-isu Pendidikan KPM. Show all posts

Monday, June 11, 2012

5,500 guru interim diserap


Surat tawaran penempatan graduan ke seluruh negara sedang diagih

BATU PAHAT: Seramai 5,500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk 4,500 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berjaya pada temuduga antara Januari hingga Mac lalu akan ditempatkan di sekolah seluruh negara, mulai bulan ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata surat tawaran penempatan kepada semua graduan berkenaan yang sebelum ini dilantik sebagai guru interim (guru sementara) itu sedang diagihkan. 

“Daripada kira-kira 5,500 calon yang ditemuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), hanya 62 calon gagal namun mereka kini dalam proses rayuan selepas wakil mereka bertemu saya kelmarin.

“Saya harap, semua guru yang berjaya dan sudah menerima surat tawaran penempatan itu menerima jawatan mereka dengan semangat tinggi untuk mendidik anak bangsa.

“Jika boleh tidak perlulah membuat rayuan untuk mendapatkan sekolah berhampiran rumah... jika dapat mengajar di Sarawak atau Sabah, terimalah dengan berlapang dada, demi mendidik anak bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian peruntukan RM1 juta kepada Sekolah Menengah Tinggi Cina Chong Hwa Rengit, dekat sini, semalam.

Mac lalu, Berita Harian melaporkan Kementerian Pelajaran giat mengumpul rekod terkini kekosongan guru di sekolah seluruh negara daripada Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengisi calon graduan berkenaan yang selesai sesi temu duga oleh SPP, berakhir 16 Mac lalu.

Disember tahun lalu, 5,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Mereka mendakwa kementerian menganaktirikan mereka dan lebih mengutamakan GSTT untuk diserap sebagai guru tetap.

Sementara itu, Puad ketika ditanya sama ada pihaknya ada menerima permohonan pertukaran sekolah daripada guru yang sudah menerima surat tawaran penempatan itu berkata, buat masa ini tiada lagi permohonan sedemikian.

“Mungkin semua guru ini mempunyai semangat berkobar-kobar dan tidak kisah bertugas di mana saja mereka ditempatkan dan itulah yang kita harapkan daripada mereka,” katanya.

Friday, June 8, 2012

PTPTN amal tolak ansur kutip bayaran balik pinjaman: Pengerusi PTPTN


TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengamalkan sikap berunding dan bertolak ansur di dalam memungut kembali wang pinjaman itu.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata pihaknya sentiasa membuka pintu untuk rundingan dan menjadualkan semula bayaran kepada peminjam yang menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman. 

"Dakwa sesetengah pihak, PTPTN mengkhianati atau menganiayai pelajar (peminjam) tidak benar sama sekali, malah jika mereka bersedia membayar RM50 sebulan pun kita terima. 

"Apa yang dikesalkan mereka yang mendapat pinjaman itu terus tidak menghubungi PTPTN selepas tamat pengajian walaupun berpuluh kali dihubungi dan jalan terkakhir kami adalah terpaksa keluarkan surat melalui mahkamah," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau turut menggesa graduan yang menghadapi masalah dalam membayar semula pinjaman segera datang berunding dengan PTPTN bagi mengatasi masalah itu.



Mengenai keputusan PTPTN yang mewajibkan pelajar mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanan minimum RM20 bagi mendapatkan pinjaman PTPTN berkuatkuasa 1 Januari lalu, katanya ia bertujuan menggalakkkan budaya menabung di kalangan ibu bapa bagi pendidikan tinggi anak-anak mereka. 


Dengan skim ini, katanya ibu bapa boleh merancang dana pembiayaan pendidikan anak-anak untuk melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi. 

Ismail berkata skim yang dijamin kerajaan itu turut memberi pelbagai keistimewaan merangkumi pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sebanyak RM3,000. 

Katanya dari Januari hingga 31 Mac lalu, sebanyak 1.2 juta akaun SSPN dibuka oleh pendeposit membabitkan simpanan RM605.43 juta. - Bernama

Wednesday, June 6, 2012

NUTP minta semak pangkat guru kanan



Kesatuan mahu kenaikan Gred DGA32 kepada DGA34 dikaji


KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kerajaan menyemak semula kenaikan pangkat daripada Gred DGA32 kepada DGA34 membabitkan kira-kira 10,000 guru kanan yang bertugas melebihi 10 tahun.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata perkara ini perlu diperhalusi kementerian Pelajaran bagi memastikan guru yang sudah lama bertugas dapat menikmati kenaikan pangkat setimpal dengan perkhidmatan mereka.

Beliau berkata, langkah kerajaan memendekkan tempoh kenaikan pangkat daripada gred DGA32 kepada DGA34 daripada 10 tahun kepada lapan tahun mengundang sedikit rasa kurang senang di kalangan guru kanan.
“Dulu kenaikan pangkat daripada DGA32 kepada DGA34 bagi lepasan diploma dan DG41 kepada DG44 bagi lepasan ijazah mengambil masa 10 tahun, tetapi kini dikurangkan kepada lapan tahun.

“Ini menjadikan guru baru melalui proses kenaikan yang cepat berbanding guru lama sedangkan guru yang bertugas sekitar 10 ke 15 tahun baru mendapat kenaikan daripada gred DGA32 kepada DGA34. Ini membuatkan sebilangan mereka tidak puas hati. Jadi saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian bagi memastikan semua pihak gembira.

“Jadi NUTP mencadangkan guru kanan yang sudah bertugas lebih 15 tahun ini diberi kenaikan gaji setiap tiga tahun selepas mereka dinaikkan gred,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan kenaikan pangkat kira-kira 24,053 guru selepas memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai Jun ini, membabitkan 15,831 guru lepas diploma dan 8,222 guru lepasan siswazah.

Keputusan kerajaan itu menyaksikan guru lepasan diploma hanya memerlukan lapan tahun untuk naik dari DGA29 kepada DGA32, lapan tahun dari DGA32 kepada DGA34 dan lima tahun dari DGA34 kepada DGA38.

Hashim berkata, adalah tidak adil bagi guru yang sudah sekian lama bertugas menikmati kenaikan seperti mana guru baru dan perkara ini seharusnya mendapat perhatian serius kerajaan.

“Ada guru kanan ini terpaksa mengambil masa lebih 10 tahun ini naik dari gred DGA29 kepada DGA32, sudah tentu ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka jika angka gaji mereka sama dengan guru baru, lagi pun kebanyakan guru ini juga sudah hampir tempoh bersara,” katanya.

Subjek Sejarah patut dikemas kini



GEORGETOWN: Kementerian Pelajaran disaran mengemas kini sukatan mata pelajaran Sejarah terutama bagi pelajar Tingkatan Enam supaya selaras penemuan teori terkini dan penambahan maklumat oleh sejarawan negara. 

Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Abu Talib Ahmad, berkata beberapa tahun kebelakangan ini banyak aspek yang tercicir dalam subjek Sejarah dibangkitkan ahli sejarah melalui penyelidikan mereka.
“Sebagai contoh sudah sekian lama kita percaya bangsa Melayu berasal dari Yunan tetapi hasil kajian terkini mendapati bangsa itu datang dari Taiwan berkembang di Borneo seterusnya Palembang sehinggalah beranak-pinak di Semenanjung,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Seminar Antarabangsa Perantauan Sumatera-Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CEnPRIS) di kampus USM di sini, semalam. 
Abu Talib berkata, penekanan fakta sejarah juga perlu melihat daripada semua aspek termasuk sosial, agama, budaya, makanan dan sebagainya, bagi membantu pelajar memahami ilmu sejarah dengan lebih terperinci dalam konteks yang lebih luas. 

Sementara itu, Sasterawan Negara, Prof Emeritus Muhammad Salleh berkata, tema dalam sukatan mata pelajaran juga perlu diperluas bagi menarik perhatian generasi muda kerana subjek Sejarah itu adalah kunci bagi memupuk semangat nasionalisme kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.
 
“Kurikulum di sekolah menggalakkan penghafalan menyebabkan kebanyakan pelajar menjauhi mata pelajaran itu kerana ia membosankan. Sebenarnya Sejarah itu lebih menarik jika watak dan kerangka waktu dalam subjek dilakonkan semula,” katanya. 

Seminar tiga hari bermula semalam menghimpunkan 26 pembentang dari institusi pengajian tinggi tempatan dan Indonesia bagi mengupas 23 kertas kerja mengenai perkembangan susur galur bangsa Melayu dan menggalakkan kerjasama intelektual bangsa serumpun di rantau ini. – BERNAMA

Saturday, April 21, 2012

Program Permata Negara tidak membazir


KOTA BHARU -Tiada istilah membazir dalam membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak yang dilaksanakan menerusi program Permata Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kurikulum dan Penyelidikan Majlis Permata Negara, Datuk Profesor Dr Aminah Ayob berkata, pendidikan anak-anak tidak boleh dianggap membazir dan ia tidak sama seperti mewujudkan tempat-tempat hiburan termasuk karaoke.
 
Menurutnya, pihak tertentu tidak boleh melihat setiap pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan dalam memberi keutamaan kepada pendidikan anak-anak sebagai pembaziran.
 
“Segala pendidikan ini adalah sangat berguna untuk anak-anak kita dan sekarang ini secara jelasnya reaksi daripada ibu bapa juga amat positif.
 
“Ibu bapa memaklumkan anak-anak mereka yang mengikuti program ini dilihat tingkah laku lebih baik daripada sebelumnya, boleh berdikari dan lebih yakin,” katanya ketika ditemui sempena Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2012 di sini, semalam.
 
Penutupan program yang berlangsung selama tiga hari itu disempurnakan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Dr Baiduriah Yaakub.
 
Aminah berkata, setakat ini terdapat lebih 23,000 kanak-kanak mengikuti program tersebut di lebih 680 pusat Permata Negara seluruh negara.
 
Dalam masa sama berdasarkan keberkesanan kurikulum di bawah Permata Negara itu beliau mencadangkan supaya peruntukan dapat dipertingkatkan lagi dalam pendidikan awal kanak-kanak.
 
Baiduriah berkata, sehubungan itu juga, IPGM bukan sahaja melatih pendidik untuk pra sekolah tetapi khusus pendidikan awal kanak-kanak bermula tahun 2014 dan pengambilan bagi Diploma Lepasan Ijazah dilakukan pada Januari tahun ini.

Data infrastruktur sekolah akan diwujudkan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran akan mewujudkan satu sistem data yang mengandungi maklumat berhubung keperluan infrastruktur di sekolah di seluruh negara tidak lama lagi untuk mewujudkan suasana kondusif bagi pelajar dan guru.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kementerian akan menggunakan data itu untuk memastikan aset yang dimiliki termasuk bangunan dan infrastruktur di sekolah sentiasa dipelihara (maintenance) dan untuk menilai kekurangan yang dihadapi oleh sekolah.

"Dengan cara ini kita boleh menilai kekurangan di sekolah dan kita akan tahu keadaan di sekolah berkenaan tanpa PIBG perlu mohon (untuk penambahbaikan infrastruktur) kerana data mengenai sekolah itu sudah ada di kementerian.

"Kita juga hendak tentukan ada suasana kondusif di sekolah bukan sahaja untuk kemudahan pelajar, tetapi juga guru. Saya sedia maklum ada sekolah yang bilik gurunya terhad tetapi kita akan perbaiki masalah ini," katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Perdana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata apabila perkara itu dipersetujui, Guru Besar dan Pengetua akan diminta menyediakan laporan tahunan dalam bentuk format mengenai keadaan sekolah masing-masing.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 10,000 buah sekolah di seluruh negara dengan 318 daripadanya di Wilayah Persekutuan sahaja.

"Berdasarkan angka itu, dianggarkan terdapat 20,000 bangunan yang merupakan aset kementerian perlu dijaga dan untuk menjaganya perlu ditingkatkan budaya 'maintenance' kerana jika tidak segala aset ini akan merosot," katanya.- Bernama

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara