Social Icons

-

Saturday, July 16, 2011

Sekolah Kluster

Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak 30 Mac 2007.

Latar Belakang

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

Definisi

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Tujuan

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:-

* Jawatankuasa Pemilihan Sekolah

o dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

* Panel Penasihat

o dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad

* Jawatankuasa Pelaksana

o dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

Kriteria pemilihan

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

* Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.

* Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.

* Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).

* Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta

* Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat Pertama

* Pengukuran Standard Sekolah:

o Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Prasyarat Kedua

* Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)

* Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:

o SBP : GPS 2.5 dan ke bawah

o SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah

o SMT : GPS 4.0 dan ke bawah

o SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah

* Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):

o Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau

o Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau

o GPS UPSR : 2 dan ke bawah

Syarat pemilihan

* Kecemerlangan murid dalam aspek:

o Akademik

o Kokurikulum

o Sahsiah

* Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.

* Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.

* Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.

* Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

* Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.

* Keberkesanan pelaksanaan program KPM

* Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

* Langkah 1: Penerimaan pencalonan

* Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex

* Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster

* Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional

* Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat

* Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

Pengurusan Sekolah

Pimpinan

Pemimpin sekolah kluster ialah:

* Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)

* Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang

* Jawatan: school-based post

Guru

Guru-guru sekolah kluster pula:

* Memenuhi kriteria Guru Cemerlang

* Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.

* Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan

* Nisbah kelas: guru ialah 1:2

Pemilihan Pelajar

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:

* Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada

* Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah

* Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah berpandukan:

* Key Performance Indicator (KPI)

* Pengurusan sumber manusia dan fizikal

* Sumber kewangan

* Pembangunan profesionalisme staf

* Program kurikulum dan kokurikulum berkesan

* Lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.

* TOR Sekolah Kluster

Autonomi

Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:

* Umum (untuk semua sekolah)

* Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:

* Pematuhan piawai yang berikut:

* Akta Pendidikan 1996

* Sistem Pendidikan Kebangsaan

* Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran

* SKPM

Senarai Bidang Autonomi:

* Pengurusan Sekolah

* Pengurusan Sumber Manusia

* Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal

* Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum

* Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Peranan agensi lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

* Biasiswa

* Kewangan/Dana

* Program Kecemerlangan Akademik

* Program Kecemerlangan Kokurikulum

* Program Kerjaya

Impak

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:

* Program Kecemerlangan Kokurikulum

* Program Kerjaya

* Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar

* Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara

* Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster

* Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan

* Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)

* Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara

* Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru)

* Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara