Social Icons

-

Thursday, November 10, 2011

Celik Huruf

Takrifan celik huruf (literasi atau kenal huruf) biasanya memaksudkan keupayaan membaca dan menulis, atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis, mendengar, dan bertutur. Dalam konteks yang lebih tepat, celik huruf bermaksud mampu membaca dan menulis di tahap yang memadai untuk berkomunikasi, atau tahap yang membolehkan seseorang memahami dan meluahkan pandangan dalam masyarakat celik huruf agar dapat bergaul dalam masyarakat. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah menggariskan takrifannya seperti berikut: "'Celik huruf' iadalah keupayaan mengenal pasti, memahami, mentafsir, mencipta, menyampaikan, mengira dan menggunakan bahan cetak dan bertulis yang berkenaan dengan pelbagai konteks. Celik huruf melibatkan suatu kontinum pembelajaran untuk membolehkan seseorang individu mencapai matlamatnya, mengembangkan ilmu pengetahuan dan potensinya, serta menyertai masyarakat lebih luas dengan sepenuhnya." Pada zaman moden, buta huruf dipandang sebagai masalah sosial yang perlu diatasi melalui pendidikan.

Pada tahun 1998, 20% dari seluruh penduduk dunia adalah buta huruf mengikut takrifan PBB, iaitu ketakupayaan membaca dan menulis ayat yang mudah dalam mana-mana bahasa. Berdasarkan takrifan: "umur 15 tahun ke atas boleh membaca dan menulis", pada tahun 2007 CIA World Factbook Amerika Syarikat menganggarkan kadar celik huruf sedunia berada di takat 82%." Kadar buta huruf di negara-negara Asia Timur dan Amerika Latin biasanya terletak dalam lingkungan 10–15% manakala negara-negara maju cuma sedikit peratusan kadar sedemikian. Kadar buta huruf amat berbeza antara negara atau rantau, dan selalunya nampak bersamaan dengan kekayaan atau pembandaran sesuatu tempat, namun banyak juga faktor-faktor lain.

Ramai penganalisa politik menganggap kadar celik huruf sebagai sukatan modal insan setempat yang penting, atas sebab bahawa orang celik huruf tidak semahal dilatih berbanding yang buta huruf, serta secara amnya lebih tinggi darjat sosioekonominya dan menikmati prospek kesihatan dan guna tenaga yang lebih baik. Para pembuat dasar juga berhujah bahawa celik huruf itu menambahkan peluang pengambilan kerja dan kemasukan pendidikan tinggi. Contohnyam di negeri Kerala, India, kadar kematian wanita dan kanak-kanak menjunam pada 1960-an sejak anak perempuan yang menikmati pendidikan kesan pembaharuan pendidikan selepas tahun 1948 sudah mampu menampung keluarga mereka. Bagaimanapun, kajian-kajian terkini mendakwa bahawa korelasi sebegini mungkin lebih rapat kaitannya dengan kesan persekolahan keseluruhan berbanding setakat celik huruf. Selain potensi menambah kekayaan dari menjadi celik huruf, kekayaan itu juga boleh memupuk celik huruf melalui norma-norma kebudayaan dan capaian lebih mudah kepada sekolah dan perkhidmatan pengajaran.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara