Social Icons

-

Tuesday, March 20, 2012

Pelan Perancangan Strategik JPN Johor

SEKILAS WACANA

Pembangunan modal insan dalam sesebuah negara seringkali dikaitkan dengan pemajuan pelan pembangunan pendidikan yang dirancang secara sistematik dan holistik. Apa yang kita lihat kemenjadian insan hari ini berasal dari perancangan pendidikan puluhan dekad yang lalu dan begitu jugalah perancangan hari ini akan menghasilkan kemenjadian manusia pada masa akan datang. Oleh itu, dalam merancang pembangunan pendidikan kita harus mempunyai kesedaran yang tinggi akan tanggungjawab terhadap impak yang akan terhasil khususnya terhadap kemenjadian modal insan daripada perancangan hari ini.

Atas kesedaran itulah maka, Jabatan Pelajaran Johor bersungguh-sungguh memastikan perancangan strategik yang dibangunkan mendapat komitmen oleh seluruh warga pendidikan sama ada di peringkat pengurusan tertinggi Jabatan, di peringkat pejabat pelajaran daerah, di sekolah mahupun oleh kumpulan pelanggan dan stake holder.

Perancangan Strategik 2009 - 2011 merupakan kesinambungan daripada Perancangan Strategik 2006 - 2008 yang telah berakhir pada tahun 2008. Dalam wadah perancangan yang lalu terdapat 39 aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan sebagai pelan tindakan operasi untuk memastikan agar visi dan misi Jabatan Pelajaran Johor yang telah dikongsikan bersama oleh semua warga Pelajaran Johor dapat direalisasikan. Perancangan 2009-2011 kali ini merupakan satu pelan penambahbaikan dan penerusan visi yang menepati mandat Kementerian Pelajaran berdasarkan kepada Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala yang dirancang adalah seiring dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang mensasarkan kepada matlamat pendidikan berkualiti untuk semua.


SENARIO PERANCANGAN STRATEGIK 2006-2009

Perancangan Srategik 2006-2008 dibangunkan atas kesedaran bahawa Jabatan Pelajaran Johor memerlukan satu sistem pengurusan yang efektif dan efisien bagi menyelesaikan isu strategik semasa yang dilihat meruncing ketika itu. Dalam enam bidang yang melibatkan enam sektor iaitu Sektor Pengurusan Akademik, Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan, Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan, Sektor Pendidikan Islam dan Moral dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, didapati isu yang paling kritikal ketika itu ialah isu kualiti pencapaian prestasi akademik yang sangat rendah.

Dalam tiga kategori peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR dan SPM, negeri Johor tidak pernah menyerlah malah sentiasa berada di bawah paras 10 terkebawah berbanding negeri lain di peringkat kebangsaan. Anaslisis data peperiksaan 5 tahun,menunjukkan keputusan peperiksaan yang sangat menyedihkan dalam kedua-dua aspek sama ada peratus keseluruhan mahupun gred purata. Angka tersebut sentiasa meletakkan negeri Johor jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri yang sekelas dengannya seperti Selangor, Perak dan Pahang. Walau bagaimanapun, dalam bidang-bidang yang lain Negeri Johor sentiasa mengungguli di peringkat kebangsaan seperti pendidikan khas, pengurusan, sukan, kokurikulum, pembangunan ICT dan kewangan tetapi malangnya kecundang dalam bidang akademik, sedangkan bidang inilah yang menjadi kayu ukur bagi menentukan kemenjadian produk yang akan kita hasilkan iaitu murid.

Disebabkan faktor itulah, maka Perancangan Strategik 2006-2008 dibina dan dirancang agar lebih memberi tumpuan kepada bidang akademik. Ini tidak bererti bahawa bidang lain harus dikesampingkan tetapi fokus yang lebih harus diberikan kepada akademik memandangkan ia menjadi isu kritikal ketika itu.

Maka, sebagai langkah menyelesaikan isu strategik ini, Jabatan Pelajaran Johor telah menghasilkan pelan pembangunan strategik dengan visi yang berbunyi Ke arah Pendidikan Johor Gemilang pada Tahun 2008 dan Misi : Berusaha Mencapai Kecemerlangan Akademik Melalui Pengemblengan Segala Sumber Secara Optimum. Sebanyak 39 aktiviti telah dirangka dan dilaksanakan sepanjang 3 tahun sebagai modus operandi merealisasikan visi dan misi JPN Johor.


PEMANTAUAN AKTIVITI

Hasrat dalam Perancangan Strategik 2006-2008 telah diuar-uar kepada seluruh warga pendidikan negeri Johor dalam pelbagai platform pendidikan agar segala yang dirancang dapat disampaikan kepada mereka dan yang paling penting dapat dilaksanakan oleh kumpulan akar umbi. Dengan Slogan JOHOR TOP 5, gerakan mempertingkat prestasi akademik bermula di seluruh pelosok negeri Johor dengan mengambilkira semua jenis sekolah, pemimpin sekolah, guru, murid, fizikal dan lokasi sekolah. Perancangan Strategik 2006-2008 memperlihatkan empat era gelombang yang melanda seluruh negeri Johor dengan begitu sistematik dan berkesan iaitu Gelombang Pertama; Kepimpinan Instruksional, Gelombang Kedua;Headcount, Gelombang Ketiga ; Expert-based Leadership dan Gelombang Keempat; Pemantauan. Jawatankuasa pemantauan yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Johor telah ditubuhkan bagi tujuan memantau perkembangan semua aktiviti sehinggalah pada tahun 2008.

PERANCANGAN STRATEGIK 2009-2011 SEBAGAI SATU PENAMBAHBAIKAN


Berakhirnya tahun 2008, bererti kita sekarang sedang berada di ambang fasa baru dalam pembangunan pendidikan di negeri Johor. Kita seharusnya telah bersiap untuk mendepani segala cabaran yang bakal ditempuhi untuk mencapai matlamat pendidikan yang dihasratkan sama ada di peringkat kementerian maupun di peringkat jabatan sendiri.

Sebagai memastikan kelangsungan agenda dapat diteruskan dan perancangan 3 tahun kehadapan dapat dilaksanakan dengan berkesan maka, Pelan Perancangan Strategik 2009-2011 dibangunkan. Perancangan kali ini melibatkan 10 sektor iaitu Sektor Pengurusan Akademik, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Pendidikan Islam, Sektor Jaminan Kualiti, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Sektor Pengurusan Swasta dan Pendidikan Khas, Sektor Psikologi dan Kaunseling dan Sektor Teknologi dan Maklumat serta Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor yang telah membariskan 6 Matlamat Strategik bagi mencapai visi dan misi yang kita kongsikan bersama dengan visi dan misi Kementerian iaitu;


Visi

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.


Melalui 6 Matlamat Strategik berkenaan, semua sektor telah merangka objektif, strategik dan aktiviti masing-masing. Hasil daripada percambahan minda, sebanyak 121 aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang 3 tahun akan datang bagi merealisasikan misi dan visi tersebut.
Menyelusuri prestasi perancangan strategi yang lalu, kebanyakan aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan cemerlang. Walau bagaimanapun masih ada juga aktiviti yang memerlukan penambahbaikan secara berterusan, namun secara keseluruhan, visi dan misi JPN Johor telah dapat dicapai dan perancangan baru wajar dibangun. Sebagai indikator kejayaan dalam Perancangan Strategik 2006-2008,berikut adalah data berkaitan pencapaian peperiksaan awam di negeri Johor.


HASRAT DAN HARAPAN


Dengan terbinanya Perancangan Strategik 2009-2011 ini, JPN Johor mengharapkan agar segala apa jua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan penuh tanggungjawab demi mencapai hasrat Kementerian Pelajaran untuk menjadikan sekolah di Malaysia khususnya di negeri johor ini unggul dan mempunyai generasi terbilang pada masa akan datang.

Sebagai penerusan perancangan,pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan seterusnya pihak sekolah semestinya menyambut pelan pembangunan 3 tahun ini untuk disesuaikan di peringkat masing-masing dan yang paling penting melaksanakan dengan penuh iltizam dan penuh kesedaran bahawa apa yang kita rancang hari ini akan memberi impak kepada anak didik di sekolah.

Your vision will become clear only when you can look into your own heart.
Who looks outside,dream,
ho looks inside, wakes. –Carl Jung

In the end,it is important to remember that
We cannot become what we need to be
By remaining what we are.
-Max de Pree in Leadership is an Art (1989,p.100)

Sesungguhnya,hari ini mesti lebih baik dari semalam dan esok mesti lebih baik dari hari ini. Insya-Allah.

MATLAMAT STRATEGIK


MEMPUNYAI SISTEM PENGURUSAN YANG CEKAP DAN BERKESAN

MEMPUNYAI BARISAN PEMIMPIN PENGURUSAN PENDIDIKAN YANG BERINTEGRITI

MEMPUNYAI SUMBER MANUSIA YANG BERKUALITI DARI SEGI KEILMUAN, KEMAHIRAN DAN SAHSIAH

MELAHIRKAN INSAN BERKUALITI YANG DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN GLOBAL

MENCAPAI PRESTASI CEMERLANG DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

MEMPUNYAI KEMUDAHAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara