Pengenalan
Latar Belakang
Yayasan Sultan Iskandar Johor adalah
sebuah syarikat berhad yang telah diperbadan dan didaftarkan pada 21hb. Ogos
1984. Yayasan ini ditubuhkan bagi menganjurkan tujuan-tujuan khairat dan
kebajikan seperti yang dinyatakan dalam MOA ("Memorandum of Association").
Misi & Wawasan Korporat
BERUSAHA untuk:
- menjadi
     pemimpin dalam kerja-kerja sukarela.
 - memain
     peranan dalam bidang pendidikan saintifik dan kebajikan.
 - menjadi
     lebih peka terhadap golongan yang tertindas, tidak berkemampuan dan
     menjadi mangsa.
 
Objektif
Objektif Yayasan yang utama adalah
mewujudkan dan mengekalkan dana untuk digunakan bagi tujuan-tujuan berikut:
- Kemajuan
     pendidikan daripada semua jenis bidang yang diiktiraf oleh sistem
     pendidikan di Malaysia.
 - Mengukuh,
     menjaga dan mentadbir dana biasiswa untuk memajukan moral, intelektual dan
     pendidikan fizikal serta kebajikan kepada pelajar-pelajar yang patut
     menerima dan memerlukan.
 - Penganugerahan
     biasiswa untuk pengajian pra ijazah dan lepas ijazah.
 - Meringankan
     beban si miskin dan yang terdesak oleh umur, keuzuran, kurang bernasib
     baik, tidak terdaya menjaga diri dan tanggungan khasnya balu-balu dan
     anak-anak yatim.
 - Menaja
     mereka yang memerlukan pertolongan daripada segi moral, tujuan sosial atau
     kebajikan.
 - Membantu
     mangsa kebakaran, banjir, kebuluran, takdir tuhan atau lain-lain bencana.
 - Meringankan
     kesengsaraan seterusnya meningkatkan taraf hidup manusia dengan memerangi,
     merawat dan melindungi daripada kesakitan atau keuzuran mahupun penyakit
     melalui peruntukan perubatan, kemudahan pembedahan dan perkhidmatan.
 - Memberi
     bantuan dan meringankan dengan apa jua cara dan hubungan kepada institusi
     kebajikan.
 - Memberi, membangun dan meningkatkan semua jenis sukan tetapi tidak terhad kepada memberi padang permainan, kawasan rekreasi dan kemudahan sukan untuk orang awam semata-mata.
 
Program &
Aktiviti
Pada masa ini Yayasan menumpukan perhatian kepada aspek-aspek kebajikan
iaitu biasiswa dan derma:
Biasiswa
- Pra ijazah - anak-anak Johor
     daripada keluarga miskin yang belajar di UTM Skudai.
 - Lepas ijazah  -
     anak-anak Malaysia yang belajar di universiti-universiti tempatan.
 
Sehingga 2011, seramai 188 orang pelajar telah diberikan anugerah
biasiswa Yayasan di mana 119 orang daripadanya sudah menamatkan pengajian.
Derma
- Projek Literasi Komputer
     bagi sekolah-sekolah menengah luar bandar di negeri Johor.
 - Mesin dialisis bagi
     pusat-pusat dialisis di negeri Johor.
 - Pertubuhan anak-anak yatim
     yang memerlukan bantuan di negeri Johor.
 - Mangsa-mangsa bencana alam
     seperti banjir, gempa bumi, tsunami dan sebagainya.
 
Permohonan Biasiswa
1. Pra Ijazah (UTM Skudai Sahaja)
| 
   
Bidang Pengajian  
Kejuruteraan, Alam Bina dan Sains Komputer. 
Nilai Anugerah 
RM11,000 setahun (RM5,500 bagi satu semester). 
Syarat Kelayakan 
 
Cara Memohon 
Borang permohonan boleh didapati daripada pejabat HEP, UTM Skudai atau muat turun di sini. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap perlu dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan. 
Tarikh Tutup: 12hb. September
  2011 (sebelum 12 tengahari) - akan dibuka semula pada Ogos 2012. 
 | 
 
2. Lepas Ijazah
| 
   
Bidang Pengajian 
Kejuruteraan, Sains & Matematik. 
Nilai Anugerah 
Suatu elaun biasiswa yang merangkumi perbelanjaan sarahidup dan yuran pengajian akan disediakan oleh Yayasan Sultan Iskandar Johor. Tiada jaminan dikenakan ke atas biasiswa. Penerima biasiswa bebas mendapatkan pekerjaan di dalam negara dalam sektor awam atau swasta. 
Syarat Kelayakan  
 
Cara Memohon 
Borang permohonan boleh dimuat turun di sini. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap mesti dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan. 
Tarikh Tutup: 26hb. Jun
  2012. 
Permohonan Derma 
Projek Literasi Komputer 
Projek Literasi Komputer Yayasan di sekolah-sekolah menengah luar bandar
di negeri Johor dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan mencadangkan beberapa buah sekolah yang
memerlukan bantuan kepada Yayasan. Pihak Yayasan yang akan memilih
sekolah-sekolah yang bakal menerima bantuan komputer beserta jumlahnya. 
Sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan komputer bolehlah menghubungi
Unit ICT & Perkomputeraan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk dicalonkan
sebagai penerima bantuan Projek Literasi Komputer Yayasan. 
Mesin Dialisis 
Yayasan menyumbang mesin-mesin dialisis kepada pusat-pusat dialisis di
seluruh negeri Johor. Yayasan juga membantu menggantikan mesin-mesin dialisis
lama yang telah diderma tetapi tidak boleh digunakan lagi dengan mesin yang
baru. 
Pertubuhan Anak-Anak Yatim 
Yayasan memberi derma kepada pertubuhan anak-anak yatim baik daripada
segi infrastruktur, peralatan, pendidikan dan sebagainya. 
Bencana Alam 
Yayasan memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti
banjir, gempa bumi, tsunami dan sebagainya. 
Pusat-pusat dialisis, pertubuhan-pertubuhan anak yatim dan mangsa-mangsa
bencana alam yang memerlukan bantuan bolehlah menghantar surat permohonan rasmi
yang dialamatkan kepada Pejabat Pentadbiran Yayasan. 
 | 
 

No comments:
Post a Comment